Qunut Nazilah #PrayForGaza

Pray For Gaza
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.. " Surah Al Mu'min (Surah Ghafir) surah ke-60, Ayat 40 | [Al Quran 60:40]

Marilah kita (sekurang²nya) berdoa untuk Muslimin, Mukminin, Mujahidin di Gaza, Palestine, Syria, Mesir, Rohingya dalam setiap doa kita, insyaAllah, Allah perkenankan sebagaimana fimanNya dalam ayat di atas, dan doa untuk saudara kita (utk org lain) adalah mustajab..

Qunut Nazilah oleh Ustaz Shazly KLCC


Qunut Nazilah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami letakkan Engkau di leher musuh-musuh kami,
dan kami mohon perlindungan kepada Engkau,
dari kejahatan-kejahatan mereka..

Ya Allah Ya Tuhan kami,
hancurkan kesatuan mereka,
leburkan kumpulan mereka,
ceraikan pakatan mereka,
goncangkan kaki-kaki mereka..
dan perintahkanlah kepada mereka..
dikalangan tentera-tenteraMu ya Allah..
wahai Tuhan Yang Maha Mengalahkan,
Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas..

Ya Allah Tuhan yang menurunkan Al-Qur'an,
yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,
tewaskanlah mereka..
dan berikanlah pertolongan kepada kami,
untuk menewaskan mereka,
tewaskanlah mereka..
dan berikanlah pertolongan kepada kami,
untuk menewaskan mereka,
tewaskanlah mereka..
dan berikanlah pertolongan kepada kami,
untuk menewaskan mereka,

Cukuplah Allah bagi kami..
Cukuplah Allah bagi kami..
Cukuplah Allah bagi kami..
Sebaik-baik Penolong,
Tidak ada daya dan kekuatan,
kecuali dengan Allah..

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Bantuan Ramadan Untuk Palestine

Marilah kita bersungguh² memberikan apa yang mampu kita hulurkan untuk saudara Muslim kita di Palestin melalui NGO² yang aktif membantu ini.. insyaAllah.. Pilih salah satu NGO di bawah untuk maklumat Sumbangan Derma Palestin.




http://aqsasyarif.org.my/v3/


http://haluanpalestin.org/


http://vpm.org.my/


#PrayForGaza  |  #GazaUnderAttack  |  #GAZA

No comments:

Powered by Blogger.