Jururawat Muda Mendapat Hidayah Melalui Pesakit Alzheimer Jagaannya



Kisah benar ini seperti yang dikisahkan semula..

Nama saya Cassie, saya berumur 23 tahun, lulusan sebagai seorang jururawat bertauliah tahun ini dan telah diamanahkan tugas pertama saya sebagai seorang jururawat rumah (home care nursing).

Pesakit saya adalah seorang lelaki Inggeris di awal 80an, beliau menderita penyakit Alzheimer (gangguan sel saraf otak / nyanyuk). Dalam pertemuan pertama, pesakit itu menyerahkan rekod dirinya dan daripadanya saya dapat melihat bahawa dia adalah seorang yang telah menukar agama 
asalnya kepada agama Islam, oleh itu dia adalah seorang Muslim.

Jadi, saya tahu bahawa saya perlu mengambil kira beberapa mod rawatan yang mungkin tidak bersesuaian dengan agamanya, oleh itu saya cuba untuk menyesuaikan cara penjagaan saya untuk memenuhi keperluannya. Saya membawa beberapa daging halal bagi masakan untuknya dan memastikan bahawa tidak ada daging babi atau alkohol di rumahnya seperti
beberapa kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa perkara seperti ini adalah dilarang dalam Islam.

Keadaan pesakit saya ini adalah di peringkat yang sangat kritikal, hingga ramai rakan-rakan saya tak dapat memahami mengapa saya melakukan begitu banyak usaha semata-mata untuk beliau. Tetapi saya memahami bahawa seseorang yang cenderung kepada keagamaan, perlu dihormati dan diberikan komitmen yang sewajarnya, walaupun mereka tidak berada dalam keadaan untuk memahami.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu dengan pesakit ini, saya mula perasan beberapa corak pergerakan yang dilakukannya.


Pada mulanya saya fikirkan ia adalah beberapa gaya perlakuan yang ditirunya dari orang lain, tetapi saya nampak dia mengulangi pergerakan tersebut pada masa yang tertentu; pagi, petang, malam.


Pergerakannya mengangkat tangan, tunduk dan kemudian meletakkan kepalanya ke lantai. Saya tidak dapat memahaminya. Beliau juga mengulangi menyebut ayat dalam bahasa lain, saya tidak dapat memikirkan apa bahasa yang diucapkan, ucapan beliau tidak berapa jelas tetapi saya tahu ayat-ayat yang sama diulang setiap hari.


Juga ada sesuatu yang pelik, dia melarang saya untuk memberi makan kepadanya dengan tangan kiri saya (saya seorang kidal).


Entah macamana saya tahu ini dikaitkan dengan agama tetapi tidak tahu bagaimana.


Salah seorang rakan sekerja saya memberitahu saya tentang paltalk sebagai tempat untuk perbahasan dan perbincangan dan kerana saya tidak tahu apa-apa tentang orang Islam kecuali pesakit saya, saya fikir adalah baik untuk berbincang dengan seseorang secara langsung dan bertanya soalan. Saya pergi pada bahagian Islam dan memasuki room 'True Message' (di paltalk tersebut).


Di sini saya bertanya soalan-soalan mengenai pergerakan berulang pesakit saya itu dan diberitahu bahawa itu adalah perlakuan sembahyang. Saya tidak percaya hingga seseorang (dalam room paltalk itu) memberikan link video youtube berkaitan sembahyang cara Islam.


Saya terkejut.

Seorang lelaki yang telah kehilangan semua memori tentang anak-anaknya, pekerjaannya dan hampir tidak boleh makan dan minum, dapat mengingati bukan sahaja gerakan ketika sembahyang tetapi dapat membaca (menghafal) ayat-ayat dalam bahasa lain (bacaan dalam solat).


Ini sesuatu yang luar biasa dan saya tahu bahawa lelaki (pesakit) ini adalah seorang yang taat dalam agamanya, membuat saya ingin mengetahui lebih lanjut untuk memberikan penjagaan terbaik yang saya mampu (sebagai jururawat yang diamanahkan).

Saya masuk ke room paltalk sekerap yang saya boleh dan telah diberi link untuk membaca terjemahan Al-Quran dan mendengar bacaannya.


Bab 'Lebah' (Surah An-Nahl) menggetarkan saya dan saya ulanginya beberapa kali sehari.


Saya simpan rakaman al-Quran ke dalam iPod saya dan memperdengarkannya kepada pesakit saya itu, dia tersenyum dan menangis, dan saya yang membaca terjemahannya mula memahami mengapa beliau sebak.


Saya amalkan segala ilmu yang saya perolehi dari paltalk semata-mata untuk menjaga pesakit saya, tetapi lama-kelamaan saya mula sedar saya masuk ke room tersebut sebenarnya adalah untuk mencari jawapan bagi diri saya sendiri.

Selama ini saya tidak pernah benar-benar mengambil kira untuk melihat kehidupan saya; Saya tidak tahu tentang bapa saya, ibu saya meninggal dunia ketika saya berumur 3 tahun, saya dan abang saya telah dibesarkan oleh datuk dan nenek kami yang meninggal dunia 4 tahun yang lalu, jadi sekarang hanya kami berdua.

Tetapi di sebalik semua kehilangan ini, saya sentiasa fikirkan saya adalah seorang yang gembira.

Hanya selepas menghabiskan masa bersama pesakit saya ini, saya mula terfikir dan merasakan seperti saya telah kehilangan sesuatu. Sayalah yang telah kehilangan rasa ketenangan (dalam hidup) berbanding pesakit saya tersebut, walaupun beliau yang melalui penderitaan penyakitnya itu.


Saya mahukan perasaan kasih sayang dan ingin menjadi sebahagian dari sesuatu seperti 
yang beliau rasakan itu, walaupun beliau tiada sesiapa di sekelilingnya.

Ketika di paltalksaya telah diberi senarai masjid di kawasan saya oleh seorang wanita dan saya keluar untuk melawat salah satu darinya. Saya memerhatikan solat mereka dan saya tak dapat menahan airmata.

Saya telah tertarik dengan masjid setiap hari dan imam serta isterinya akan memberikan saya buku-buku dan pita rakaman dan mengalu-alukan sebarang soalan dari saya.

Setiap soalan yang saya ajukan di masjid dan di paltalk telah dijawab dengan jelas dan mendalam hingga saya tak mampu berkata apa-apa melainkan menerima penjelasan mereka.

Saya tidak pernah mengamalkan agama tetapi sentiasa percaya adanya Tuhan; Saya tidak tahu bagaimana untuk menyembah Dia.

Satu petang saya datang ke paltalk dan salah seorang penceramah pada mikrofon cuba menarik perhatian saya. Dia bertanya kepada saya jika saya mempunyai apa-apa soalan, saya katakan tidak. Dia bertanya jika saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, saya berkata ya.

Dia bertanya lagi, jadi apakah yang telah menghalang saya dari menerima Islam, saya tidak dapat menjawab.

Saya pergi ke masjid untuk menyaksikan solat subuh. Imam tanya saya soalan yang sama, saya tidak dapat menjawab.

Saya kemudian pergi kepada pesakit saya, saya memberinya makan dan ketika saya melihat ke dalam matanya saya mulai sedar, dia telah ditakdirkan untuk hadir ke dalam hidup saya atas suatu sebab tertentu dan satu-satunya perkara yang menghalang saya daripada menerima (Islam) adalah perasaan takut... bukan takut akan sesuatu yang buruk, tetapi takut untuk menerima sesuatu yang baik, dan saya memikirkan yang saya tidak layak seperti lelaki ini.

Petang itu saya pergi ke masjid dan bertanya imam di situ, jika saya boleh melafazkan pengakuan keimanan, Shahadah:. "La ilaha illallah, Muhammadun rasulullah". Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.

Dia membantu dan membimbing saya untuk melalui apa yang saya perlu lakukan seterusnya.

Saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya apabila saya melafazkannya.

Ianya seperti seseorang yang telah mengejutkan saya dari tidur dan saya mula melihat segala-galanya dengan lebih jelas.

Perasaan yang sangat gembira, terang dan yang paling penting... ketenangan.

Orang pertama yang saya beritahu bukanlah adik kandung saya, tetapi pesakit saya itu.

Saya pergi kepadanya, dan belum pon sempat saya membuka mulut, dia menangis dan tersenyum pada saya.

Saya merasa sebak di hadapan beliau, saya banyak terhutang budi kepadanya.

Saya pulang ke rumah dan log masuk kembali ke paltalk dan saya mengulangi syahadah di room paltalk tersebut (yang telah banayk membantu saya itu).

Mereka semua banyak membantu saya walaupun saya tidak pernah bertemu seorang pun daripada mereka, saya rasakan mereka lebih dekat kepada saya daripada adik lelaki saya sendiri.

Akhirnya saya menghubungi adik lelaki saya untuk memberitahunya walaupun dia tidak gembira, beliau tetap menyokong saya dan berkata beliau akan berada di sisi saya, saya tidak meminta apa-apa lagi darinya.

Selepas seminggu saya sebagai seorang Muslim, pesakit saya itu telah meninggal dunia dalam tidurnya ketika dalam jaga saya. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon.

Beliau meninggal dengan tenang dan saya satu-satunya orang yang berada bersamanya.

Dia seperti seorang bapa yang saya tidak pernah ada dan dia merupakan pintu saya kepada Islam.

Dari hari pertama saya melafazkan Shahadah hingga ke hari ini dan bagi setiap hari selama saya masih hidup, saya akan berdoa agar Allah mengurniakan rahmat kepadanya dan memberinya setiap kebaikan yang saya lakukan hingga sepuluh kali ganda.

Saya menyayanginya demi kerana Allah dan saya berdoa setiap malam untuk menjadi berat atom Islam beliau.

Islam adalah agama dengan pintu yang terbuka; ia sedia menerima sesiapa yang ingin memasukinya... Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasihan, Lagi Maha Penyayang.

Nota:
Cassie telah meninggal dunia pada Okt 2010. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon, selepas beliau berdakwah kepada adiknya, yang akhirnya telah menerima Islam Alhamdulillah.

Artikel asal

My name is Cassie, I am 23 years old. I graduated as a qualified nurse this year and was given my first position as a home nurse.

My patient was an English gentleman in his early 80s who suffered from Alzheimer’s. In the first meeting, the patient was given his record and from it I could see that he was a convert to the religion of Islam, therefore he was a Muslim.

I knew from this that I would need to take into account some modes of treatment that may go against his faith, and therefore try to adapt my care to meet his needs. I brought in some ‘halal’ meat to cook for him and ensured that there was no pork or alcohol in the premises as I did some research which showed that these were forbidden in Islam.

My patient was in a very advanced stage of his condition so a lot of my colleagues could not understand why I was going through so much effort for him. But I understood that a person who commits to a faith deserves that commitment to be respected, even if they are not in a position to understand.

Anyway after a few weeks with my patient I began to notice some patterns of movement.

At first I thought it was some copied motions he’s seen someone doing, but I saw him repeat the movement at particular time; morning, afternoon, evening.

The movements were to raise his hands, bow and then put his head to the ground. I could not understand it. He was also repeating sentences in another language, I couldn’t figure out what language it was as his speech was slurred but I know the same verses were repeated daily.

Also there was something strange, he didn’t allow me to feed him with my left hand (I am left-handed).

Somehow I knew this linked to his religion but didn’t know how.

One of my colleagues told me about paltalk as a place for debates and discussions and as I did not know any Muslims except for my patient I thought it would be good to speak to someone live and ask questions. I went on the Islam section and entered the room ‘True Message’.

Here I asked questions regarding the repeated movements and was told that these were the actions of prayer. I did not really believe it until someone posted a link of the Islamic prayer on youtube.

I was shocked.

A man who has lost all memory of his children, of his occupation, and could barely eat and drink was able to remember not only actions of prayer but verses that were in another language.

This was nothing short of incredible and I knew that this man was devout in his faith, which made me want to learn more in order to care for him the best I could.

I came into the paltalk room as often as I could and was given a link to read the translation of the Quran and listen to it.

The chapter of the ‘Bee’ gave me chills and I repeated it several times a day.

I saved a recording of the Quran on my iPod and gave it to my patient to listen to, he was smiling and crying, and in reading the translation I could see why.

I applied what I gained from paltalk to care for my patient but gradually found myself coming to the room to find answers for myself.

I never really took the time to look at my life; I never knew my father, my mother died when I was 3, me and my brother were raised by our grandparents who died 4 years ago, so now its just the two of us.

But despite all this loss, I always thought I was happy, content.

It was only after spending time with my patient that felt like I was missing something. I was missing that sense of peace and tranquility my patient, even through suffering felt.

I wanted that sense of belonging and a part of something that he felt, even with no one around him.

I was given a list of mosques in my area by a lady on paltalk and went down to visit one. I watched the prayer and could not hold back my tears.m

I felt drawn to the mosque every day and the imam and his wife would give me books and tapes and welcome any questions I had.

Every question I asked at the mosque and on paltalk was answered with such clarity and depth that could do nothing but accept them.

I have never practiced a faith but always believed that there was a God; I just did not know how to worship Him.

One evening I came on paltalk and one of the speakers on the mic addressed me. He asked me if I have any questions, I said no. He asked if I was happy with the answers I was given, I said yes.

He asked then what was stopping me accepting Islam, I could not answer.

I went to the mosque to watch the dawn prayer. The imam asked me the same question, I could not answer.

I then went to tend to my patient, I was feeding him and as I looked in his eyes I just realized, he was brought to me for a reason and the only thing stopping me from accepting was fear.... not fear in the sense of something bad, but fear of accepting something good, and thinking that I was not worthy like this man.

That afternoon I went to the mosque and asked the imam if I could say my declaration of faith, the Shahadah.: lā ilāha illà al-Lāh, Muhammadun rasūlu Al-Lāh. There is no god except Allah, Muhammad is Allah’s messenger.

He helped me through it and guided me through what I would need to do next.

I cannot explain the feeling I felt when I said it.

It was like someone woke me up from sleep and sees everything more clearly.

The feeling was overwhelming joy, clarity and most of all.... peace.

The first person I told was not my brother but my patient.

I went to him, and before I even opened my mouth he cried and smiled at me.

I broke down in front of him, I owed him so much.

I came home logged on to paltalk and repeated the shahadah for the room.

They all helped me so much and even though I had never seen a single one of them, they felt closer to me than my own brother.

I did eventually call my brother to tell him and although he wasn’t happy, he supported me and said he would be there, I couldn't ask for any more.

After my first week as a Muslim my patient passed away in his sleep while I was caring for him. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon.

He died a peaceful death and I was the only person with him.

He was like the father I never had and he was my doorway to Islam.

From the day of my Shahadah to this very day and for every day for as long as I live, I will pray that Allah shows mercy on him and grant him every good deed I perform in the tenfold.

I loved him for the sake of Allah and I pray each night to become an atoms weight of the Muslim he was.

Islam is a religion with an open door; it is there for those who want to enter it.... Verily Allah is the Most Merciful, Most Kind.

*Note*

Our sister Cassie passed away October 2010. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon, after she gave da’wa to her brother, who had accepted Islam Alhamdulillah.

[Source: a da’wa organization in the UK]

No comments:

Powered by Blogger.