Felixia Yeap #AmoiBerhijab Di TV Al Hijrah


Felixia Yeap nama yang cukup popular dalam dunia internet Malaysia khususnya ketika ini, kerana beliau cukup berani dan mempunyai pendirian teguh 'berhijrah' dari kehidupan yang 'terdedah' kepada cara hidup yang lebih 'terlindung'. Anda mungkin sudah sedia maklum, Felixia Yeap seorang gadis Cina, Non Muslim, cantik (model laa katakan), adalah seorang bekas model Playboy, owh tak perlu cerita panjang, apa yang anda bayangkan itulah dia. Lihat di blog beliau, atau di facebook beliau..

Peringatan: Saya tak menggalakkan anda melihat gambar² pendedahan aurat beliau, bukankah itu dosa bagi kita (yg melihat) dan lebih teruk lagi adalah dosa bagi diriku sendiri sebab menunjukkan (link to) foto² dedah aurat org lain untuk dilihat.. so berdouble² laa dosa ku nanti.. TakNak..!! Aku takut berdosa atas dosa org lain (yg melihat aurat yg haram dilihat). Jadi anda tengok foto² berhijab beliau yg cun tu jer laa.

Felixia di TV AlHijrah


Apa yang menariknya, Felixia mengatakan, dia lebih selesa dalam keadaan berhijab terasa lebih selamat, terlindung (dari pandangan² jahat / evil), lebih dihormati. Ya memang itulah yang di nyatakan dalam Islam sendiri bahawa menutup aurat itu sebagai melindungi wanita, menyelamatkan mereka dan juga lelaki (dari dosa² mata), mengangkat martabat kaum wanita itu sendiri umpama harta yang sangat bernilai, seperti berlian yang harus dilindungi.

Beliau juga menyatakan (di blognya / facebooknya kalau tak silap), bahawa beliau lebih selesa dan tak kisah walaupon tak dapat wang yang banyak hasil dari tayang body (model separuh bogel) seperti Playboy bunny yang pernah dilakukannya dulu. Janji hati senang katanya.. yaa, setuju, apalah sangat tunjuk body untuk tatapan manusia² yang bernafsu rakus. Maruah itu lebih utama, rezeki itu kurniaan Allah, pasti ada rezeki halal untuk kita, cuma kita kene pandai memilih yang halal dari yang haram.. barulah hidup lebih berkat dan tenang.


First time aku tgk foto Felixia ni berhijab terus (tiba² jer) teringat kat Leia Azzahra Justin. Cuba tengok foto Leia sebelah ni kan seiras tu dengan image youtube atas.

Leia Azzahra Justin adalah pengasas kumpulan trio nasyid Saffiya, juga telah berhijrah dari non-Muslim menjadi Muslimah yang banyak membantu masyarakat sebagai seorang aktivitis (pandai² jer aku ni, sory Sis kalo salah, I ♥ Sabah anyway hehe)..

Seriously Felixia a.k.a #amoiberhijab ni jauh lebih cantik dalam berpakaian mengikut syariat Islam (Muslimah style) berbanding dari gaya 'sekularisme' a.k.a jahiliyah stylenya dahulu. Kalaulah aku seorang perempuan yang tak tutup aurat pon aku akan malu dengan beliau (nasib baik aku lelaki)☺.
Semoga Tuhan benar² memberikan Hidayah untuk gadis ini, supaya dia dapat mengenali dan mengakui akan Tuhannya - Allahu Rabbul 'Alamin, Tuhan seluruh alam. Kepada Nyalah jua kita semua akan dikembalikan, akan dipersoalkan, akan dijudge.
Bismillah.. Ya Allah terimalah gadis ini sebagai seorang lagi dari kalangan hamba Mu yang Dikau berikan Hidayah, jadikan gadis ini ikhlas menerima Mu sebagai Tuhan yang Satu, mengakui Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul Mu & menerima Islam sebagai (Deen) Agama yang Dikau redhai.. amiiin.
Beruntunglah gadis bernama Felixia ini andai beliau memilih Islam (dengan penuh keikhlasan hatinya) sebagai cara hidup baru beliau, kerana sudah pasti beliau akan diberi ganjaran Pahala setiap saat beliau berhijab dan berbagai ganjaran dari Tuhan atas setiap perbuatan baiknya, walau hanya tersenyum (pon akan dapat Pahala).
wallahu'alam..


credit image: youtube (screenshot)  |  Leia Azzahra  |  felixia

No comments:

Powered by Blogger.