Hikmah Lebah & Sifatnya

Terdapat lebih 20,000 spesis lebah di seluruh dunia. Namun bukan semua jenis-jenis lebah ini menghasilkan madu. Tetapi antara yang paling kerap diperkatakan adalah lebah madu, lebah yang paling bermanfaat bagi manusia. Sebagaimana yang telah dirakankan oleh Allah melalui 2 ayat dalam Al-Qur'an, Surah An-Nahl (Lebah):
وَأَوحىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحلِ أَنِ اتَّخِذى مِنَ الجِبالِ بُيوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمّا يَعرِشونَ ﴿٦٨﴾
(68) Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. [Al-Quran 16 : 68]
ثُمَّ كُلى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسلُكى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ ﴿٦٩﴾
(69) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [Al-Quran 16 : 69]

Ada beberapa kategori lebah dalam satu koloni (sarang) lebah, iaitu Ratu Lebah, Lebah Jantan dan Lebah Pekerja. Mari kita lihat bagaimana Allah S.W.T telah memberikan kita sebagai manusia, manfaat dari lebah ini.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam atas limpah rahmat dan nikmat kurniaanNya.


Ratu Lebah


Ratu Lebah biasanya dikelilingi oleh Lebah Jantan
  • Hanya ada 1 ekor sahaja Ratu lebah dalam satu koloni sarang lebah.
  • Ratu lebah bersaiz besar dengan abdomennya lebih panjang dan bersayap pendek.
  • Ratu lebah boleh hidup lebih lama antara 2 - 5 tahun malah boleh juga sampai 8 tahun.
  • Bertugas menghasilkan telur bagi melahirkan anak-anak lebah sepanjang hidupnya.
  • Mampu menghasilkan hingga 2000 biji telur sehari.
  • Seekor Ratu lebah ini mampu mengawal keseluruhan sistem kehidupan koloni lebah tersebut.
  • Ratu lebah hanya makan Royal Jelly suatu makanan terbaik hasil dari madu lebah.

Lebah Jantan

Lebah Jantan yang ramai mengelilingi Ratu (di tengah)
  • Boleh hidup hingga 60 hari sahaja.
  • Lebah jantan dewasa mempunyai fizikal yang lebih kecil dari Ratu lebah dan besar sedikit dari lebah pekerja.
  • Tidak memiliki sengat dan tidak keluar bekerja mencari makanan.
  • Hanya bertugas untuk mengawan dengan Ratu lebah bagi menghasilkan lebah-lebah baru.
  • Lebah jantan mencapai tahap dewasa pada usianya 21 hari untuk mengawan.

Lebah Pekerja


  • Boleh hidup hingga 45 hari sahaja.
  • Dianggarkan dalam suatu koloni lebah terdapat 10,000 - 200,000 ekor lebah pekerja.
  • Bekerja mencari madu dan memberi makan kepada anak-anak lebah yang dihasilkan oleh Ratu lebah.
  • Lebah pekerja hanya bekerja dan bersifat setia serta hidup berdisiplin dalam sistem koloni lebah.
  • Kitaran hidup lebah pekerja:
    • Hari pertama - ke3 lebah bertugas membersihkan sarang lebah.
    • Hari ke3 - ke5 lebah pekerja memberi makan kepada anak-anak lebah (lava).
    • Hari ke5 - ke21 lebah pekerja bertugas mengawal sarang lebah dari musuh, penceroboh atau pencuri madu.
    • Hari berikutnya hingga hari ke45, lebah pekerja mula bertugas keluar mencari madu hingga akhir hayatnya.

Kawasan Koloni Lebah


Lebah membina sarangnya di kawasan bukit, pada pokok-pokok di hutan dan di bumbung kawasan perumahan. Lebah diilhamkan oleh Allah untuk membina sarangnya pada pokok-pokok yang besar, kuat dan kukuh untuk menampung sarangnya yang akan menghasilkan madu lebah hingga 30 kilogram beratnya.
Sumber makanan atau hasil dari lebah juga mudah didapati dari kawasan hutan. Walaupon terdapat juga sarang lebah di bina di bumbung rumah, tetapi adalah jarang sekali berlaku. Masyarakat Cina juga percaya andai lebah bersarang di kawasan rumah, maka rumah itu dianggap bertuah. Secara logiknya memang benar, kerana kita akan mudah mendapatkan madu lebah dari sarangnya.. tetapi perlu kene cara mengambilnya.

Manfaat Dari Hasil Lebah


Kesihatan

Manfaat utama lebah adalah untuk kesihatan manusia dimana Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan madu lebah untuk kesihatan. Maka kalau kita makan madu sebaiknya hendaklah kita berniat untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga kita dapat bukan sekadar kebaikan madu lebah, tetapi juga pahala kerana mengamalkan sunnah baginda s.a.w. insya'Allah.

Ajen Pendebungaan

Secara ekologinya lebah diketahui sebagai ajen pendebungaan bagi tumbuh-tumbuhan. Industri pertanian mendapat hasil dari secara tidak langsung. Juga secara langsung bila mana petani juga menternak lebah.

Ketenteraan

Pernah direkodkan, di Croatia lebah digunakan oleh pihak tentera untuk mengesan Periuk Api. Dan lebah telah dibuktikan mampu mengesan dengan tepat melalui deria baunya yang hebat kawasan yang terdapat Periuk Api. Mungkin juga kajian-kajian lain sedang dijalankan menggunakan lebah untuk tujuan tertentu.

Industri Madu Lebah

Setelah diketahui berkurun lamanya akan kebaikan madu lebah, ternakan lebah madu telah menjadi suatu industri menguntungkan bagi menghasilkan madu dan lain-lain produk kesihatan serta kecantikan dari hasil madu lebah.


Sifat Lebah


Suci & Mulia

Lebah dikenali bersifat bersih dan mulia, ia tidak akan hinggap pada tempat-tempat yang kotor dan hina melainkan tempat-tempat yang bersih. Tidak seperti serangga lain seperti lalat yang hinggap dimana-mana ia suka sama ada pada makanan atau pada sampah serta najis. Sedangkan lebah sebagai makhluk Tuhan yang dicipta untuk hidup bagi menghasilkan yang terbaik dari sumber yang terbaik dan bermanfaat untuk manusia khususnya. Lebah juga memiliki sifat yang bukan sahaja hinggap pada tempat-tempat suci dan bersih tetapi juga ia akan hinggap tanpa menjejaskan atau merosakkan tempat tersebut seolah-olah ia tidak hinggap di situ.

Kebaikan Untuk Manusia

Lebah memerlukan kepada 100 jenis bunga untuk mendapatkan hanya beberapa auns madu sahaja. Lebah akan memilih madu dari bunga-bunga terbaik untuk menghasilkan madu yang terbaik. Dengan kata lain lebah memilih bukan sebarangan bunga sebagai sumber madunya, hanya yang terbaik sahaja akan dipilih. SubhanAllah..

Inilah yang digambarkan dalam Islam bagaimana sifat orang-orang Mukmin itu seharusnya mencontohi sifat lebah, hasilkan yang terbaik dari sumber makanan yang terbaik (halal zahir & batin). Keluar dari tempat yang baik, pergi ke tempat yang baik-baik, tidak merosakkan tempat atau kawasan tersebut serta memberikan pula suatu hasil yang terbaik untuk masyarakat dan persekitaran. Walaupon hanya sekadar senyuman (sekecil-kecil pemberian) untuk masyarakat di situ.

Lebah memiliki sistem hidup yang terurus, berdisiplin, bekerja secara berpasukan, dan setia kepada Ratu lebah serta memelihara generasi anak-anak lebah dengan menjaganya dan memberinya makanan yang terbaik dari sumber yang terbaik dan suci.

Lebah keluar pada waktu 'dhuha', iaitu waktu pagi ketika matahari mulai naik dan pulang pada waktu petang. Untuk mengambil madu lebah tidak boleh diambil pada waktu dia pulang (petang), kerana ia akan marah dan menyerang kita. Sila rujuk kepada pihak tertentu atau yang ahli untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan madu lebah secara selamat.

Tips Mengelak Bahaya Disengat Lebah

Secara umumnya lebah tidak membahaya kepada manusia, melainkan sengaja diancam.
  • Jangan pakai pakaian yang terang atau bercorak warna yang menarik. pakailah pakaian berwarna putih.
  • Jangan melambai-lambai tangan untuk mengelak dari menarik perhatian mereka.
  • Kalau kene sengat lebah, jangan dipicit. Ambil sengat yang tinggal itu dan sapukan.
Lebah akan meninggalkan suatu tanda apabila menyerang mangsa seperti manusia, supaya tanda itu nanti akan memberitahu kawanan mereka tentang kita (musuh) yang mungkin akan kembali mengancam dan tanda itu akan membuatkan kawanan lebah akan bertindak balas menyerang kembali sekiranya terancam.

Akan datang kita akan melihat pula akan pelbagai Khasiat Dari Hasil Lebah, seperti Madu, Royal Jelly, Propolis, Sarang Lebah, Sengat Lebah dan lain-lain.. insyaAllah..

1 comment:

  1. Hey there I am so thrilled I found your web site, I really found you by mistake, while I was researching on Google
    for something else, Anyhow I am here now and would just like to say thanks for a marvelous post and a all round thrilling blog (I also love the theme/design), I don't
    have time to read through it all at the moment but I have saved it and also added in your RSS feeds,
    so when I have time I will be back to read much more,
    Please do keep up the superb job.

    Have a look at my blog; Tips Isteri Idaman

    ReplyDelete

Powered by Blogger.