Keselamatan Facebook - Part 1

Facebook diwujudkan dengan matlamat menggalakkan perkongsian maklumat khususnya maklumat peribadi, sebab facebook adalah website kategori Social Media yang sememangnya bermotifkan perihal kehidupan sosial untuk dikongsi bersama kawan² (friends) secara online. Itulah sebabnya facebook begitu cepat berkembang kerana 'features' yang disediakan menepati kehendak pengguna internet iaitu kita, yang sukakan konsep jaringan sosial.

Kita boleh ambil tahu hal kawan², tengok foto² mereka, dapat 'update' mereka dan yang lebih seronoknya kita suka kongsikan kisah dan perihal yang berlaku dalam hidup kita supaya semua kawan² kita tahu tentang apa yang sedang kita buat, di mana kita berada sekarang, dan berbagai² lagi. Termasuklah keinginan kita untuk mempamerkan foto² kita, keluarga kita, foto anak² dan keletahnya, foto kereta kesayangan kita dan berbagai² lagilah. Itu belum masuk senarai kawan² kita yang juga boleh dilihat bahkan dikenali oleh kawan² kepada kawan² (mutual friends) kita yang lain yang mungkin akan menambahkan lagi jaringan atau bilangan kawan, (friends) kita.

Jadi jaringan (network) sosial ini akan terus berkembang hinggalah facebook menjadi website no.1 di lautan internet di kebanyakan negara termasuk Malaysia dan no.2 selepas google dalam senarai seluruh dunia. Namun sedarkah kita bahawa facebook kita tersebut sebenarnya mendedahkan sebahagian peribadi kita ke dunia. Antaranya yang mungkin boleh menjadi mangsa penyalahgunaan penjenayah siber atau pihak jahat:
  • foto² peribadi kita - manipulasi foto oleh pihak tidak bertanggungjawap bertujuan untuk memalukan kita dengan foto yang boleh diedit dengan photoshop seperti 'membogelkan' gambar² khususnya perempuan dengan teknik menukar kepala dgn badan orang lain dan sebagainya.. na'uzubillah..
  • alamat tempat tinggal atau 'location map' - yang ni bahayanya kerana mendedahkan rumah atau keluarga kita kepada penculik, pemecah rumah yang mungkin tau akan kekayaan atau harta kita dan rumah kita (mungkin) telah lama ditarget.. atau keluarga, anak² kita..!! (saya belum berkeluarga huhu)
  • no. telefon - sindiket pencuri maklumat perbadi yang kerja mereka mengumpul (nama, alamat, kerjaya & no. fon) hingga beribu² senarai untuk dijual kepada pihak 'time sharing', bank, pihak penjual insuran, penjual yang kadang² entah dari mana boleh call kita untuk offer macam², dll.
  • emel - spam yang berterusan masuk dalam emel kita.
  • friends - kita mungkin menjadi penyebab kepada kawan kita pula bakal menjadi mangsa penjenayah siber atau penjenayah pro yang lain, secara nama kita digunakan oleh mereka untuk meyakinkan kawan² kita yang mereka sebenarnya ditarget oleh penjenayah ini tanpa pengetahuan kita pon.


Jadi bagaimanakah untuk kita sentiasa berjaga² bukan sahaja ketika di jalan raya, malah di internet pon kita kena tahu cara selamat untuk kita berhubung bersama kawan² atau terus bersosial secara berhemah..? Saya akan berkongsi maklumat langkah tersebut di post Keselamatan Facebook - Part 2 nanti.. insya'Allah..


img: by Yuji Yoshimoto, photograph by Tom Schierlitz for TIME

No comments:

Powered by Blogger.