Kisah Orang Buta..


Masa gi mkn mlm kat kedai biasa area tpt tggl aku mcm biasa duk 1 table ngan sorg mmber umah.. sambil tggu mkn smpai layan projekter screen besar kdg bola kdg2 movie astro.. aku prasan ada 3org gadis duk satu table smbil borak mkn. Aku usha sebab suara diorg leh dgr kdg2 diorg gelak2. Pasal mlm gelap tak klear sgt area outdoor, baru aku prasan 2org tu OKU, buta, sorg lagi normal.. so aku tertarik perhatikan diorg OKU tu, dlm keadaan tak nampak tu diorg happy2 jer mcm tadak masalah.. nikan lgi kita yg celik ni slalu mengeluh mcm2 masalah duniawi..


Tringat lak aku pada satu kisah benar yg pernah berlaku zaman dulu.. (mungkin korg pernah dengar citer ni.. mungkin gak ada antara korg yg blom penah dgr lg..) tp ni adalah antara kisah yg sgt menarik laa pada aku dan mmbuatkan aku rase sebak bila dgr & tiap kali baca semula..

-------------------------------
Update..
-----------
Kisah ni dikatakan Tidak Dijumpai Asalnya Dalam Kitab² Hadis.. dengan kata lain kisah / hadis ini dikatakan sebagai Maudhu' (Palsu).. wallahua'alam..

Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/kedudukan-hadith-rasululah-saw-dan-pengemis-yahudi-buta
walaupon kisahnya menarik, tapi tiada kaitan dengan Nabi SAW & sahabat serta isteri baginda SAW, jadi mohon jangan disebarkan.. atau nyatakan terang² bahawa statusnya adalah Palsu..
-------------------------------

Ok alkisahnyer kire2.. 1400 tahun dulu kat sebuah pekan, di sebuah pasar ada seorg buta berbangsa yahudi, dia ni pengemis.. keje dia mengemis laa a.k.a minta sedekah.. Si buta ni dah laa buta tp mulut dia agak celupar.. mmg jenis takde insurans punye mulut, tak sudah2 menghina, memfitnah dan menghasut org2 yg lalu dekat dgn dia supaya membenci seorg insan bernama Muhammad. Mungkin org2 sekeliling mmg malas laa nak layan sibuta ni pasal keceluparan mulutnyer tu..

Yang menariknyer tu, org yg bernama Muhammad ni pula (yg selalu dicerca, dihina oleh sibuta td) adalah seorg yg secara rutinnyer setiap pagi keluar rumah akan lalu kat pasar tu dgn mmbawa sedikit makanan.. bila sampai dekat sibuta td akan disuapkan makanan yg dibawa kemulut sibuta tu TANPA sibuta tu mengenali lelaki yg hari2 suapkan makanan kemulutnye tu.. lepas disuapkan mkn, lelaki baik hati ni tanpa berkata apa2 terus pergi la atas urusannyer. Sibuta ni lak mcm biasa laa dh dpt mkn terus sambung mencerca, menghina, lelaki bernama Muhammad ni kununnyer Muhammad ni penipu laa, ahli sihir laa, org gila laa.. (agaknyer kalo kita laa yg dicerca dihina mmg dah lama sibuta tu kene teRRanjang)

Rutin yg sedemikian, hari2 sibuta ni disuapkan makanan kemulutnyer terus berlaku mcm biasa sampai laa lelaki bernama Muhammad yg tak pernah ambil hati dgn hinaan, fitnah, hasutan sibuta ni dijemput Tuhan, meninggal dunia. Lepas beberapa hari lelaki berhati mulia ni meninggal dunia, sahabat paling rapat nyer bernama Abu Bakar (yg juga bapa mertuanyer) dtg laa kerumah anak perempuannyer bernama Siti Aisyah (isteri lelaki mulia bernama Muhammad yg dah tiada lg ni). Si bapa, Abu Bakar ni dtg atas tujuan bertanya khabar anak perempuannyer dan nak menyempurnakan tugas2 rutin Muhammad, yg biasa dilakukan masa hidupnyer sekiranya masih ada tugas2 yg perlu di teruskan..

Maka ditanyakan pada anak perempuannye tu;
"Apakah masih ada lgi tugas kebiasaan kekasihku (sahabatku Muhammad) yg masih belum aku sempurnakan?" (setelah yg lain2 selesai diuruskan oleh Abu Bakar)..

Dijawab Siti Aisyah, "Tiada lgi ayahku, melainkan satu perkara, setiap pagi suamiku akan keluar dgn membawa sedikit makanan menuju kehujung pasar dan menyuapkan seorg yahudi buta disana".

Mendengar penjelasan anak perempuannyer itu, keesokkan hari, Abu Bakar siap menyediakan makanan seperti mana rutin sahabat yg sgt dikasihinyer tu, Muhammad ketika hayatnyer melakukan dengan rela hati, pergi ke pasar utk menyuapkan sibuta dgn makanan. Sebaik jer Abu Bakar sampai, mendekati sibuta, mcm biasa laa cercaan, hinaan, fitnah kpd lelaki bernama Muhammad spt yg biasa didengar.. tanpa memperdulikan kata2 kesat sibuta tu, Abu Bakar pon suapkan laa makanan yg siap dibawanyer ke mulut sibuta.. tapi pantas sibuta menepis tangan Abu Bakar sambil mengherdik..
"Siapa kamu?"

Abu Bakar pon jawab;
"Aku org yg biasa".

Sibuta tak caya..
"Bukan!! Kau bukan org yg biasa menyuapiku!".. sambung si buta lgi.. "Bila dia dtg, tak susah aku memegangnyer, tak susah aku mengunyahnyer. Org yg biasa mendatangiku itu akan memperhaluskan dahulu makanan itu sebelum memberi dan menyuapiku".

Mendengarkan kata2 sibuta yg tak nampak tu, Abu Bakar tak mampu menahan airmatanyer hingga menangis sambil berkata kpd sipengemis buta;
"Aku memang bukan orang yg biasa dtg padu mu. Aku adalah seorg sahabatnya. Orang yg mulia itu telah tiada lagi. Dialah Muhammad, Rasulullah S.A.W."

Mendengarkan kata2 Abu Bakar, maka terkejut sipengemis buta tu hingga menangis, menyesal yg teramat. Ditanya lagi;
"Benarkah begitu, aku selalu menghinanyer, mencerca memfitnahnye.. dia tak pernah marahkan aku sekali pon bahkan dia menyuapkan makanan kemulutku setiap pagi. Sesungguhnye dia seorg yg sgt mulia".

Lepas tu sibuta ni dengan penuh ikhlas mengucapkan syahadah dihadapan Abu Bakar, menyaksikan (dlm keadaan buta) akan hikmah kemuliaan seorg Rasul Allah, dan terbuka hatinya menjadi seorg muslim.
  • Sesungguhnya Nabi Muhammad itu diutuskan Allah kepada umat manusia untuk menyempurnakan akhlak.
  • Pada tubuh seorang manusia itu ada seketul daging, apabila baik ianya, maka akan baiklah seluruh tubuhnya, ia itulah Hati.
-------------------------------
Update..
-----------
Kisah ni dikatakan Tidak Dijumpai Asalnya Dalam Kitab² Hadis.. dengan kata lain kisah / hadis ini dikatakan sebagai Maudhu' (Palsu).. wallahua'alam..

walaupon kisahnya menarik, tapi tiada kaitan dengan Nabi SAW & sahabat (Abu Bakr AsSiddiq ra serta isteri baginda, Aisya ra., jadi mohon jangan disebarkan.. atau nyatakan terang² bahawa statusnya adalah Palsu..

Dari Anas bin Malik Radhiallahu’anhu, Nabi Sholallahu’alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
"Barangsiapa SENGAJA berbohong dengan mengata atas nama diriku, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari Api Neraka"
[HR. Muslim No. 2 | Bukhari No. 108 | Nasa’i No. 5882)]

Admin mohon maaf atas kesilapan yang tidak diketahui & BUKAN Di SENGAJA kan ini.. walaubagaimanapun admin merasakan kisah (yang diada-adakan) ni ada keunikan & teladan yg boleh dicontohi walaupon kisah dongeng.. admin akan delete kisah ni nanti setelah umum sedia maklum akan Palsu kisah ni, insyllh..

No comments:

Powered by Blogger.