Hadis-Hadis Palsu & Lemah Tentang Ramadan



Dari Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda..
"Barang siapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, nescaya akan diberikan keampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang telah lalu".
[HR Al-Bukhari & Muslim]

Dalam kita menjalani ibadah Ramadan, sering kita diperdengarkan tentang beberapa Hadis Nabi S.A.W. yang kita rasakan benar dan sahih, namun ada antaranya yang dinyatakan sebagai Dha'if (lemah) dan Maudhu' (palsu).

Masalahnya yang memberikan Hadis² (yang bercampur sahih, dha'if & maudhuk) ini bukanlah orang awam, sebaliknya dari kalangan ustaz² yang menyampaikan tazkirah Ramadan, tak kiralah ustaz dari dalam TV, Radio, bahkan di Masjid² ketika penuh dengan jemaah Tarawih yang mendengarkan tazkirah Ramadan tersebut atau pon ketika khatib berkhutbah Jumaat.

Antara Hadis² Popular Yang Dinyatakan Sebagai Dha'if & Maudhuk


1. Awal Ramadan Rahmat, Tengahnya Keampunan, Akhirnya Bebas Dari Neraka


"Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka".

Ini adalah antara hadis yang sangat popular, namun ramai ulama' hadis khususnya (yang lebih arif), menasihati supaya ditinggalkan hadis ni sebab statusnya lemah..

Status - Dha'if (Lemah)
Sumber:

2. Doa Buka Puasa (update 19 Jun 2016)

"Ya Allah, kerana Mu kami berpuasa dan dengan rizki Mu kami berbuka".

<update> 'Doa' ni sangat popular di TV (tak pasti skg ni TV masih tunjuk doa ni atau tak sebab saya berbuka di Masjid), di Masjid² dan juga di rumah² kita atau saudara kita. Umumnya doa ni baik lafaznya, namun ada ulama' (dari kalangan para Imam terdahulu) mengatakan Hadis ini Lemah dan tak kurang juga yang mengatakan Hadis ini Palsu..!!

Status: Ada yang mengatakannya Dha'if (Lemah) dan ada yang mengatakannya sebagai Maudhu' (Palsu)
Sumber:
Nota: Ada beberapa hadis yang lebih Shahih tentang Doa Berbuka Puasa, sila lihat link Sumber di atas.

3. Tidur Orang Berpuasa Itu Ibadah

"Tidurnya orang puasa itu adalah ibadah dan diamnya adalah tasbih".

Ada juga kdg² kedengaran dari ustaz tentang banyaknya pahala Allah berikan dalam bulan Ramadan hingga terkeluar 'hadis' ni.. namun harus diingat walaupon tidur boleh jadi ibadah bila kita niat kerana Allah, tapi ayat tersebut bukanlah Hadis Nabi SAW..!! Jadi hati²..

Status: Maudhu' (Palsu)
Sumber:

4. Bulan Rejab, Bulan Sya'aban, Bulan Ramadan (update 19 Jun 2016)


"Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku".

Tak kurang juga kita mendengar 'hadis' seperti di atas ni..

Status - <update> Ada ulama' yang mengatakannya Dha'if (Lemah) & Dha'if Jiddan (Terlalu lemah). Bagaimanapun (menurut saudara Lenggang Kangkung di komen dibawah), Imam as-Sayuthi RH telah membenarkannya dalam kitab beliau, sila baca komen saudara kita di ruang komen di bawah..<update> Wallahua'lam

5. Kalau Tahu Manusia Mahu Setahun Itu Ramadan


"Kalaulah seandainya umatku tahu apa yang ada di dalam Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan agar satu tahun Ramadan seluruhnya".

Ni antara 'hadis' yang bunyinya sangat menarik, bahkan saya sendiri hampir² berkongsi 'hadis' ni ke facebook cover page ;) alhamdulillah Allah ilhamkan utk search dulu statusnya, nasib baik..

Status: Maudu' (Palsu)
Sumber:

Cukuplah sekadar itu, kalau nak cari lagi masih banyak sampai saya sendiri pon terkeju juga dengan gejala berluluasanya Hadis Lemah & Palsu. Kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran supaya jangan kita mengatakan yang dusta atas nama Nabi S.A.W. Jadi anda boleh cari sendiri yang lain² dan boleh share juga supaya bertambahnya ilmu kita & amal / praktikal kita yg paling utama, insyllh..

Wallahu'alam..
Selamat berpuasa

Note: Sekiranya tuan² mendapati ada maklumat atau sumber yang lebih sahih / tepat dari yang dikongsi di atas, mohon beritahu kami melalui ruang komen di bawah, terima kasih atas perkongsian tuan² : )

3 comments:

  1. "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".

    Para muhadditsin tidak sekata dan tidak sepakat menghukumkannya sebagai maudhu`(Palsu). Jika ada yang menyatakannya sebagai maudhu`, maka ada pula yang akan menyatakan bahawa ianya bukan maudhu` tetapi dho`if dan sebagainya.

    Imam as-Sayuthi rahimahUllah telah memasukkan hadits ini sebagai hadits yang ke 4411 dalam karya beliau "al-Jaami`ush Shoghir fi Ahaaditsil Basyiirin Nadziir". Jika sahaja hadits tersebut disepakati atas maudhu`nya, maka sudah pasti Imam as-Sayuthi yang terkenal dengan ilmu dan waraknya tidak akan bermudah-mudah meletakkannya dalam karya himpunan haditsnya tersebut. Sudah pasti Imam as-Sayuthi mengetahui akan hukum meriwayatkan hadits maudhu tanpa memperjelaskan kepalsuannya. Sebaliknya, Imam as-Sayuthi menjelaskan bahawa hadits tersebut ada mempunyai sanad yang mursal kepada seorang tabi`in yang agung iaitu Imam Hasan al-Bashri rahimahUllah sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Fath bin Abil Fawaaris dalam kitabnya "'Amaali" dan darjatnya adalah DHO`IF (baca: dho`if bukan maudhu`).

    Selanjutnya, Imam al-Munawi rahimahUllah, pengarang "Faidhul Qadiir" yang merupakan syarah bagi "Jami`ush Shoghir" pada halaman 24, juzuk ke-4, setelah menukil pendapat al-Hafiz al-'Iraqi rahimahUllah yang menghukumkan hadits tersebut sebagai dho`if jiddan (terlalu dhoif) [lagi sekali bacanya "dho`if jiddan", bukan "maudhu` jiddan"], kerana hadits-hadist mursal yang dinisbahkan kepada Imam Hasan al-Bashri tidak mempunyai nilai di sisi para ahli hadits, menyatakan bahawa adalah pelik jika sanad hadits tersebut dihukumkan sebagai mursal sahaja. Ini adalah kerana Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" telah meriwayatkan petikan - petikan hadits yang seumpamanya pada lafaz daripada tiga jalan yang bersambung kepada sahabat Junjungan, Sayyidina Anas r.a. Ibnu Nashr dan lain-lain muhaddits juga telah meriwayat petikan-petikan hadits yang seumpamanya dengan sanad yang sama. Maka ini menunjukkan bahawa hadits tersebut bukanlah semata-mata hadits mursal, tetapi hadits yang musnad yang bersambung sanad segala periwayatnya kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.. terima kasih tuan atas perkongsian & pencerahan tuan, segala yang baik dari Allah jua, kesilapan dari saya mohon maaf..

      p/s: saya sebenarnya membaca & menyalin semula info² ilmu yg saya dapat dari berbagai sumber ke dalam ni hanyalah utk diri saya sendiri supaya saya mudah ingat (dgn teknik menulis & menyalin semula) serta mudah utk saya sendiri amalkan.. disamping tu utk tatapan pembaca lain juga utk sama² berkongsi & memperbetulkan mana² yg tersalah..

      terima kasih :)

      Delete
  2. http://jomfaham.blogspot.com/2013/07/benarkah-doa-berbuka-puasa-yang-selalu.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.