Kami Nak Melawat Masjid Anda Tapi Mereka Tak Benarkan Kami Masuk



Ini adalah program lawatan ke rumah-rumah ibadah agama lain yang terdapat di Malaysia anjuran Interactive Dakwah Training (IDT) di bawah pimpinan (ustaz) Bro Lim Jooi Soon, bekas penganut kristian yang telah menjadi Muslim dan aktif berdakwah melalui PERKIM dan IDT.

Foto di atas adalah lawatan ke salah satu gereja dan perbincangan harmoni diadakan sebagai perkongsian maklumat. Anatara dialog yang menarik perhatian dan sering diberitahu oleh mereka yang bukan Islam ini kepada orang Islam adalah..
"We would like to visit your mosque too, but they didn't allow us to go in"
"Kami juga berminat untuk melawat masjid anda, tapi mereka tak benarkan kami masuk"
Sila ke Post Asal di facebook tuan punya artikel.

Memang benar apa yang diperkatakannya, kebanyakan masjid dibawah tadbiran pengerusi masjid, nazir, setiausaha masjid tak memberi ruang kepada orang-orang bukan Islam masuk. Mungkin ada tapi protokol yang ketat atau menyusahkan, atau mungkin juga terlalu sedikit bilangan masjid yang membenarkan secara mudah. Jadi bagaimana peranan masjid untuk menarik minat bukan Islam memperlihatkan Islam itu melalui aktiviti masjid..!!?

Harus juga diingat, ramai dari kalangan muallaf (new reverted to Islam), yang mendapat Hidayah Allah melalui masjid. Mereka dapat merasai kedamaian rohani dari masjid, seperti Hidayah Yusuf Islam (Cat Steven) datang melalui abangnya (walaupon abangnya tak Muslim), diceritakan bagaimana abangnya ketika berada di bumi Palestin, beliau melawat Masjid Al Aqsa dan merasai suatu ketenangan di Masjid Al Aqsa tersebut, lantas mencari kitab Al Quran untuk dihadiahkan kepada adiknya ketika itu penyanyi top - Cat Steven (1970an) yang sering berilham dengan bait-bait lagu ciptaannya yang berkonsep kerohanian seiring dengan hatinya yang ketika itu mencari sesuatu. Akhirnya beliau menerima Al Quran hadiah dari abangnya yang mengatakan "mungkin ada sesuatu dari kitab ini untuk kamu". Dari situlah Cat Steven mula mengenali Tuhan, para Nabi dan berhijrah kembali (revert) kepada Islam, dan dikenali sebagai Yusuf Islam kerana katanya beliau suka akan kisah Nabi Yusuf a.s. (Joseph).

Putera William dan Catherine Melawat Masjid As Syakirin KLCC - 2012

Wahai pengerusi masjid, wahai nazir, wahai setiusaha, AJK masjid, berilah peluang orang² bukan Islam datang untuk melawat masjid. Pelawalah mereka masuk dengan senyuman mesra sebagaimana mereka menyambut orang Islam datang masuk ke gereja, kuil² mereka. Masjid sepatutnya bahkan lebih lagi harus menyambut mereka dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

PM Kanada ketika Melawat Masjid Negara - Okt 2013

Wahai para ustaz yang memberi kuliah di masjid², tegurlah para pentadbir masjid yang diberi amanah ini supaya mereka sedar, supaya terbuka minda mereka untuk lebih beramanah menarik minat orang luar termasuk yang bukan Islam dapat masuk menzirah masjid, supaya mereka dapat kenal Islam melalui masjid. Bukannya terus-terusan dengan amalan menghalang orang luar khususnya yang bukan Islam dari masuk melawat masjid.

President Obama Melawat Masjid Negara - Apr 2014

Sebenarnya terdapat beberapa pendapat mengenai kebenaran untuk orang bukan Islam masuk ke masjid berdasarkan dalil-dalil. Namun selain dari Masjidil Haram di Makkah, ada beberapa pandangan yang membolehkan orang bukan Islam masuk ke masjid untuk tujuan yang baik dengan menurut syarat-syarat tertentu.
Janganlah terlalu keras melarang tanpa usul periksa akan niat mereka, manalah tahu andai di antara mereka ada yang sedang 'mencari Tuhan' di masjid.
Maka atas asbab itu mereka bersaksi dan mengucapkan kalimah La ilaha illallah dihadapan anda..

wallahu'alam..


Cadangan bacaan:
Hukum non Muslim masuk masjid (Dr. Faisal Ahmad Shah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

No comments:

Powered by Blogger.