3 Fitnah Dajjal & 3 Perlindungan Dari Fitnah Dajjal



Maksud Dajjal


Pemanupulasi, putarbelit, penipu.
  • Melakukan penipuan yang hingga sesuatu itu kelihatan bersifat sebaliknya (tidak benar) untuk memperdaya orang lain.
  • Memanipulasi perkara baik menjadi kelihatan buruk dan sebaliknya yang buruk dimanipulasi menjadi kelihatan baik.
  • Memutarbelit sesuatu yang benar menjadi kelihatan palsu dan sebaliknya yang palsu diputarbelit menjadi kelihatan benar.



3 Jenis Fitnah ad-Dajjal

  1. Fitnah Aqidah & Iman
  2. Fitnah Harta
  3. Fitnah Sumber Maklumat (sedang berleluasa sekarang)

Peringatan Tentang Dajjal Oleh Para Nabi

video 10:40 (time)
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tidak ada Nabi yg diutus oleh Allah setelah Nabi Nuh (bermula dari Nabi Nuh a.s.), melainkan akan mengingatkan kepada umatnya tentang fitnah ad-Dajjal"

video 13:55
Pastinya Dajjal bermata satu..!!
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tapi Tuhanmu tidak buta"

Antara mulanya sebab kenapa Nabi s.a.w. menyatakan sifat Tuhan tidak buta berbanding Dajjal,
kerana bahayanya fitnah Dajjal hingga menjadikan manusia kufur kepada Allah, manusia berpaling daripada Allah kepada Dajjal..!!


3 Perlindungan Dari Fitnah Dajjal

video 17:09
Amalan dan Doa untuk selamat dari fitnah ad-Dajjal

Amalan menurut Hadith Sahih, daripada Rasulullah s.a.w.

"Barang siapa yang menghafal 10 ayat pertama daripada Surah Al Kahfi, maka ia akan dijaga dari fitnahnya ad-Dajjal".

"Barang siapa yang membaca 10 ayat terakhir daripada Surah Al Kahfi, maka ia akan dijaga dari fitnahnya ad-Dajjal".

video 18:35
Doa mohon berlindung daripada fitnah ad-Dajjal setiap hari, dalam setiap solat (selepas tahiyyat akhir).
"Allah, aku berlindung kepadaMu daripada azab Neraka Jahannam,
aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur,
dan aku berlindung kepadaMu daripada fitnah kehidupan dan kematian,
dan aku berlindung kepadaMu daripada fitnah al-Masikh ad-Dajjal".

Tidak Ada Perkara Yang Akan Berlaku Kecuali Sudah Diceritakan Oleh Nabi Muhammad s.a.w.

video 30:04
Tidak ada perkara yang berlaku di atas muka bumi ini kecuali sudah diceritakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam suatu khutbah panjang baginda Rasulullah s.a.w. berkenaan fitnah kubur (soalan Mungkar & Nangkir) dan fitnah ad-Dajjal diperlihatkan kepada Nabi s.a.w.
"Wallahi (Demi Allah), tidak ada perkara yang tertutup sebelum ini kepada aku melainkan aku dapat melihatnya saat aku berdiri sekarang ini, sehingga Neraka dan Syurga aku boleh nampak, dan kamu akan terkene dengan fitnah nanti termasuk di kubur kamu akan diduga dengan fitnah oleh Allah S.W.T., termasuk juga fitnah ad-Dajjal".

Mengetahui Rukun Agama - 4 Perkara

video 32:20
Ketika Jibril a.s. datang berupa sebagai seorang laki-laki dalam suatu majlis ilmu Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat, Jibril a.s. masuk ke dalam masjid Nabi dan duduk menghadap Nabi s.a.w secara bertemu lutut. Ditanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang 4 perkara, yang merupakan sebagai Rukun Agama:

  1. Mengetahui Rukun Islam
  2. Mengetahui Rukun Iman
  3. Mengetahui Ihsan
  4. Mengetahui Tanda-tanda Hari Kiamat

Mengetahui Tanda-tanda Hari Kiamat


video 33:00

Tanda-tanda kecil

  • "Tidak akan berlaku Hari Kiamat melainkan masjid akan dihias".
  • "Tidak berlaku Hari Kiamat kecuali ramai orang yang alim meninggal dunia, atau ilmu akan diangkat".
  • "Tidak berlaku Hari Kiamat kecuali masa itu akan semakin cepat".
  • "Tanda-tanda Hari Kiamat ialah ramainya 'al-Maazif', alat-alat muzik".
  • "Diantara tanda-tanda Hari Kiamat adalah jumlah bilangan perempuan lagi ramai daripada laki-laki".
  • "Bangunan pencakar langit dilihat di mana-mana".
  • "Diutuskan Nabi Muhammad s.a.w."

Tanda-tanda Besar

  • "Yakjuj dan Makjuj"
  • "Terbitnya matahari dari sebelah barat"
  • "Fitnah ad-Dajjal"

Bagaimanapun tidak disebut oleh Allah S.W.T. akan ad-Dajjal secara langsung dalam Al Quran, walaupun fitnah Dajjal ini merupakan fitnah terbesar dan paling bahaya. Ulama' mentafsirkan kerana Dajjal laknatullah ini tak layak sama sekali disebutkan dalam Al Quran - Habib Ali Zaenal Abidin.


Fitnah Dajjal Fitnah Terbesar

video 39:35
Hadith Nabi s.a.w.
"Tidak ada fitnah terbesar pada umat Rasulullah s.a.w. di akhir zaman, yang lebih besar daripada fitnahnya ad-Dajjal".

Boneka / Pengikut Dajjal

video 40:00
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Yang aku takutkan, kekhuatiran dan ketakutan aku itu adalah menyamai kepada kekhuatiran bahaya fitnahnya Dajjal kepada manusia adalah, 'al-munafiqqu alimullisan' munafiq yang pandai bercakap".
(Khinzir-khinzir di atas mimbar-mimbar)
Orang alim kalau tergelincir mulutnya (lisannya), satu alam boleh tergelincir (pengikutnya).

Golongan manusia yang terpedaya dengan fitnah dajjal:

  • mereka yang rakus dan cinta kepada harta dan dunia
  • mereka yang lemah iman dan kurangnya ilmu
  • mereka yang terpedaya dengan ilmu / maklumat bersumberkan dajjal (sumber palsu)
wallahu'alam..


via Darul Murtadza

No comments:

Powered by Blogger.