Kisah Abid & Tukang Kasut
Aku cukup suka untuk berada dalam kuliah ilmu seperti Penawar Hati dan lain² bab dalam Ilmu Tasawuf. Aku dapati kebanyakan ustaz / ulama Tasawuf pasti akan menyelitkan kisah & tauladan berkaitan hati & akhlak dalam penyampaian mereka, termasuklah juga Ustaz Dr. Zulkifli Al Bakri dalam kuliah Cinta Ilmu di TV AlHijrah, sentiasa beliau akan ada 'kisah' yang disampaikan. Para ustaz / ulama Tasawuf ini biasanya gaya percakapan mereka yang agak lembut tapi penuh berhikmah, seolah² butir bicara mereka cukup berhati² tak seperti ustaz / ulama bab lain yang kadang² sampai bertempik, lantang bersuara seperti ustaz bab hukum (fiqh) atau tafsir, sirah dan umum. Walaupon ulama Tasawuf ini berbicara lembut, tetap meninggalkan kesan mendalam pada aku sendiri khasnya, inilah agaknya yang dikatakan berhikmah (tanpa perlu bersuara keras).
Kisah kali ini diceritakan oleh Ustaz Amal disuatu masa dulu (tahun lepas kalo tak silap), kisah berkaitan ilmu Penawar Hati atau kisah² akhlak dalam ilmu Tasawuf. Kisah ini hanyalah sebahagian dari penceritaan beliau dalam tazkirah ilmu Penawar Hati di sebuah surah suatu masa dahulu. Mungkin beliau ambil dari kitab² ulama mahsyur (tak pasti sebab tak dinyatakan), jadi sebelum aku lupa terus kisah ini baik aku rakamkan dulu dalam blog terpencil ni.
Ada seorang abid (ahli ibadah) yang tinggal di atas sebuah bukit (atau gunung), kerana mengasingkan dirinya dari dunia luar semata² untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Begitulah sehariannya beliau beribadah sahaja aktivitinya. Memang baguslah sebab terhindar dari maksiat, dosa mata, dosa telinga, dosa lidah, dosa tangan & kaki serta dosa kepada manusia.
Suatu hari, abid ini bermimpi dalam tidurnya, beliau mendengar suatu suara menyuruhnya turun ke pekan, keluar kepada masyarakat, cari seorang tukang kasut dan minta situkang kasut itu mendoakan untuknya. Kemudian terjagalah siabid ini dan termenung memikirkan mimpinya. Dia berfikir ini mungkin hanyalah mainan tidur sahaja dan beribadah seperti biasa. Namun keesokan harinya, dia bermimpi lagi suara yang sama menyuruhnya turun dari bukit / gunung tempat tinggalnya itu keluar ke pekan dan mencari seorang tukang kasut, minta situkang kasut itu mendoakan untuknya. Terjagalah siabid ini dari tidurnya dan mula berfikir lagi, apakah maksud mimpinya itu, suara yang menyuruhnya turun, keluar ke pekan mencari tukang kasut.
"Apakah aku ini yang setiap hari setiap malam semata² beribadat kepada Allah tak cukup lagi doa aku..?" bisik hatinya.
"Kenapa pula aku kene cari tukang kasut dan minta tukang kasut pula mendoakan untukku..?" "Hmm tak mungkinlah." bisiknya lagi dan terus beribadah seperti biasa.
Malam ketiga dia bermimpi yang sama, suara itu tetap menyuruhnya turun, keluar ke pekan dan cari seorang tukang kasut, minta tukang kasut itu mendoakan untuknya. Dan abid ini terjaga lagi dengan mimpi ini, kali ini mimpi tersebut cukup membuatnya tak senang hati selagi tak melakukan seperti yang disuruh suara itu. Lagi pun mimpi ini tidak mengandungi hal² dosa atau bertentangan dengan hukum syarak (mungkin fikirnya). Lantas abid ini mula bersiap untuk turun dari tempat tinggalnya atas bukit / gunung, menuju ke pekan bertemu masyarakat dan berusaha mencari tukang kasut.
Setelah berjalan beberapa lama mencari tukang kasut, dia hampir tidak berjumpa seorang pun tukang kasut di pekan. Ditanya kepada beberapa orang yang mungkin mengetahui di mana ada tukang kasut, akhirnya dia bertemu juga dengan seorang tukang kasut. Tapi siabid ini melihat dari jauh situkang kasut itu kelihatan tak ubah seperti seorang tukang kasut yang sememangnya selekeh dan pucat wajahnya. Didatanginya situkang kasut ini diberi salam dan ditanya kepadanya, apakah aktivitinya selain dari bekerja sebagai tukang kasut, apakah ibadah yang dilakukannya (hingga suara dalam mimpinya tiga hari berturut² menyuruhnya minta tukang kasut itu mendoakannya).
Setelah dinyatakan oleh situkang kasut, aktivitinya hanyalah bekerja sebagai tukang kasut, tidak ada apa² ibadah dilakukannya selain dari ibadah solat seperti kebiasaan. Oleh sebab tak puas hati dengan jawapannya itu, siabid bertanya lagi..
"Apakah kamu ada ibadah lain yang lebih, selain dari itu..?" tanya siabid untuk mengetahui apakah rahsia yang mungkin disembunyikannya.
"Tidak ada, kalau aku mampu aku berpuasa." jawab situkang kasut dengan wajah yang pucat.
Setelah merasakan dia sudah mendapat jawapan yang dicarinya, maka siabid pun kembali semula naik ke bukit / gunung tempat tinggalnya dan menjalani rutin seperti sehariannya, beribadah kepada Allah. Namun malam ketika waktu tidurnya, dia bermimpi lagi. Kali ini suara itu bertanya kepadanya..
"Mengapakah kau tidak meminta tukang kasut itu mendoakan untuk mu..??" suara itu menegurnya.
"Tanyalah kepada tukang kasut itu, kenapakah wajahnya pucat..?" tambah suara itu menyuruhnya lagi.
Terkejutlah siabid ini hingga terjaga lagi dari tidurnya dan memikirkan lebih mendalam, memang benar, si tukang kasut itu pucat wajahnya.
"Mengapakah wajah kamu pucat wahai tuan..?" tanya abid seperti yang disuruh oleh suara dalam mimpinya.
Tukang kasut diam, wajahnya kelihatan bertambah pucat, kemudian dia menjawab..
"Wahai tuan, setiap saat aku rasa takut, apalah nasibku nanti dihadapan Allah selepas ini. Sedangkan aku merasakan orang² lain semuanya telah selamat." kata situkang kasut dengan wajah yang kelihatan pucat ketakutan.
Bergugurlah air mata siabid mendengarkan jawapan situkang kasut, lantas dia meminta tukang kasut mendoakan untuknya. Benarlah fikirnya akan suara itu menyuruhnya meminta doa dari seorang hamba Allah yang lebih mulia darjatnya di sisi Allah, walaupun hamba Allah itu tidak dipandang orang.
Apakah yang membuatkan tukang kasut itu lebih mulia dari abid tersebut adalah hatinya yang bersih, takut kepada Allah dan dalam masa yang sama hatinya tidak terpaut kepada dunia (sama seperti siabid), dan yang lebih istimewa (tiada pada siabid) hatinya tidak menganggap orang lain buruk (atau tidak baik), melainkan dia merasakan orang lain jauh lebih baik darinya. Itulah Hati Yang Sejahtera, Qalbun Salim.
wallahu'alam..
Kisah kali ini diceritakan oleh Ustaz Amal disuatu masa dulu (tahun lepas kalo tak silap), kisah berkaitan ilmu Penawar Hati atau kisah² akhlak dalam ilmu Tasawuf. Kisah ini hanyalah sebahagian dari penceritaan beliau dalam tazkirah ilmu Penawar Hati di sebuah surah suatu masa dahulu. Mungkin beliau ambil dari kitab² ulama mahsyur (tak pasti sebab tak dinyatakan), jadi sebelum aku lupa terus kisah ini baik aku rakamkan dulu dalam blog terpencil ni.
Yang dipandang bukanlah jasad luaranmu, tapi hatimu. |
Suatu hari, abid ini bermimpi dalam tidurnya, beliau mendengar suatu suara menyuruhnya turun ke pekan, keluar kepada masyarakat, cari seorang tukang kasut dan minta situkang kasut itu mendoakan untuknya. Kemudian terjagalah siabid ini dan termenung memikirkan mimpinya. Dia berfikir ini mungkin hanyalah mainan tidur sahaja dan beribadah seperti biasa. Namun keesokan harinya, dia bermimpi lagi suara yang sama menyuruhnya turun dari bukit / gunung tempat tinggalnya itu keluar ke pekan dan mencari seorang tukang kasut, minta situkang kasut itu mendoakan untuknya. Terjagalah siabid ini dari tidurnya dan mula berfikir lagi, apakah maksud mimpinya itu, suara yang menyuruhnya turun, keluar ke pekan mencari tukang kasut.
"Apakah aku ini yang setiap hari setiap malam semata² beribadat kepada Allah tak cukup lagi doa aku..?" bisik hatinya.
"Kenapa pula aku kene cari tukang kasut dan minta tukang kasut pula mendoakan untukku..?" "Hmm tak mungkinlah." bisiknya lagi dan terus beribadah seperti biasa.
Malam ketiga dia bermimpi yang sama, suara itu tetap menyuruhnya turun, keluar ke pekan dan cari seorang tukang kasut, minta tukang kasut itu mendoakan untuknya. Dan abid ini terjaga lagi dengan mimpi ini, kali ini mimpi tersebut cukup membuatnya tak senang hati selagi tak melakukan seperti yang disuruh suara itu. Lagi pun mimpi ini tidak mengandungi hal² dosa atau bertentangan dengan hukum syarak (mungkin fikirnya). Lantas abid ini mula bersiap untuk turun dari tempat tinggalnya atas bukit / gunung, menuju ke pekan bertemu masyarakat dan berusaha mencari tukang kasut.
Setelah berjalan beberapa lama mencari tukang kasut, dia hampir tidak berjumpa seorang pun tukang kasut di pekan. Ditanya kepada beberapa orang yang mungkin mengetahui di mana ada tukang kasut, akhirnya dia bertemu juga dengan seorang tukang kasut. Tapi siabid ini melihat dari jauh situkang kasut itu kelihatan tak ubah seperti seorang tukang kasut yang sememangnya selekeh dan pucat wajahnya. Didatanginya situkang kasut ini diberi salam dan ditanya kepadanya, apakah aktivitinya selain dari bekerja sebagai tukang kasut, apakah ibadah yang dilakukannya (hingga suara dalam mimpinya tiga hari berturut² menyuruhnya minta tukang kasut itu mendoakannya).
Setelah dinyatakan oleh situkang kasut, aktivitinya hanyalah bekerja sebagai tukang kasut, tidak ada apa² ibadah dilakukannya selain dari ibadah solat seperti kebiasaan. Oleh sebab tak puas hati dengan jawapannya itu, siabid bertanya lagi..
"Apakah kamu ada ibadah lain yang lebih, selain dari itu..?" tanya siabid untuk mengetahui apakah rahsia yang mungkin disembunyikannya.
"Tidak ada, kalau aku mampu aku berpuasa." jawab situkang kasut dengan wajah yang pucat.
Setelah merasakan dia sudah mendapat jawapan yang dicarinya, maka siabid pun kembali semula naik ke bukit / gunung tempat tinggalnya dan menjalani rutin seperti sehariannya, beribadah kepada Allah. Namun malam ketika waktu tidurnya, dia bermimpi lagi. Kali ini suara itu bertanya kepadanya..
"Mengapakah kau tidak meminta tukang kasut itu mendoakan untuk mu..??" suara itu menegurnya.
"Tanyalah kepada tukang kasut itu, kenapakah wajahnya pucat..?" tambah suara itu menyuruhnya lagi.
Terkejutlah siabid ini hingga terjaga lagi dari tidurnya dan memikirkan lebih mendalam, memang benar, si tukang kasut itu pucat wajahnya.
Tapi apakah kaitan wajah yang pucat itu hingga suara tersebut menyuruhnya memintakan doa dari situkang kasut itu..?Kali ini siabid ini nekad turun kali kedua dan akan melakukan seperti yang dinyatakan oleh suara itu. Setelah sampai kepada situkang kasut, dilihatnya tukang kasut masih seperti semalam, melakukan kerjanya dengan wajah pucat dan tidak dihiraukan pun oleh orang yang lalu lalang. Diberinya salam dan kali ini siabid mula berterus terang akan tujuan kehadirannya. Diceritakan tentang mimpinya menyuruhnya datang bertemu dengannya dengan mengatakan dia disuruh untuk meminta didoakan oleh beliau (situkang kasut). Namun tukang kasut seperti terpinga², mungkin tak faham kenapa perlu datang bertemunya minta didoakan, siapalah dia, tukang kasut yang dhaif, orang ramai pun tak hiraukannya. Seperti memahami apa yang difikirkan situkang kasut, siabid mula bertanya kepadanya..
"Mengapakah wajah kamu pucat wahai tuan..?" tanya abid seperti yang disuruh oleh suara dalam mimpinya.
Tukang kasut diam, wajahnya kelihatan bertambah pucat, kemudian dia menjawab..
"Wahai tuan, setiap saat aku rasa takut, apalah nasibku nanti dihadapan Allah selepas ini. Sedangkan aku merasakan orang² lain semuanya telah selamat." kata situkang kasut dengan wajah yang kelihatan pucat ketakutan.
Bergugurlah air mata siabid mendengarkan jawapan situkang kasut, lantas dia meminta tukang kasut mendoakan untuknya. Benarlah fikirnya akan suara itu menyuruhnya meminta doa dari seorang hamba Allah yang lebih mulia darjatnya di sisi Allah, walaupun hamba Allah itu tidak dipandang orang.
Apakah yang membuatkan tukang kasut itu lebih mulia dari abid tersebut adalah hatinya yang bersih, takut kepada Allah dan dalam masa yang sama hatinya tidak terpaut kepada dunia (sama seperti siabid), dan yang lebih istimewa (tiada pada siabid) hatinya tidak menganggap orang lain buruk (atau tidak baik), melainkan dia merasakan orang lain jauh lebih baik darinya. Itulah Hati Yang Sejahtera, Qalbun Salim.
wallahu'alam..
Biarlah anggota jasad kita yang lain buruk, tak sempurna keadaannya, tak dipandang oleh manusia.."Ramai antara ahli Syurga itu dari kalangan orang² miskin.."
Asalkan Hati kita cantik, bersih, terpelihara dan sempurna kerana disitulah Allah memandang dan Hati itulah juga yang akan kita persembahkan kepada Allah s.w.t. di hari kembalinya kita nanti kepadaNya.. sedang jasad yang lain akan hancur lenyap. Jadi peliharalah hatimu, bukan wajahmu..
No comments: