Hidayah 2 Gadis Bekas Model
Ketika yang bukan Islam bersungguh-sungguh berkorban segala-galanya hanya kerana mahukan Islam sebagai cara hidup, ramai orang yang sedia Islam, 'enggan' untuk menuruti cara hidup Islam.
1. The Truth That Found Me - Aliza Kim
Semalam lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi, di TV2 ada disiarkan rancangan masakan (sebab dah takde rancangan menarik lain masa tu) masa aku sedang buat sikit kerja di pc dan juga online ketika off peak (tgh malam - pagi) ni line internet agak smooth. Sambil menghadap pc, aku layan TV2 tu rancangan Hearty Flavours, hos dia (lepas aku search net) Aliza Kim & Chef Ismail, bersama tetamu rancangan tu veteran Nancy Foo & Dato' Yasmin Yusof, dua² selebrity ni kalau tak silap adalah bekas model.
Anyway, ntah macamana aku tertarik nak search pasal nama hos dia tu, so aku search 'Hearty Flavours' dan akau dapat info tentang Aliza Kim memeluk Islam. Seterusnya google membawa aku sampai ke note beliau di facebooknya, dan ini adalah kisah bagaimana beliau meluangkan masa menceritakan tentang Hidayah dan Hijrahnya menjadi seorang Muslimah. Menarik dan aku hargai masa yang beliau peruntukkan untuk menaip panjang lebar semata² mahu share apa yang telah dilaluinya..
thanks Aliza, for your patience to write a quite long article for the sake of sharing with us, I was read it☺
Ya aku memang suka membaca kisah² 'Revert' (mereka yang kembali kepada Islam) dari agama atau kepercayaan lain kepada bagaimana mereka 'berkorban' berhijrah demi untuk Islam.
Semoga beliau terus dirahmati Allah dan semoga keluarga & saudara²nya juga akan menerima hidayah sepertinya, Amiin..
2. 'Saya Hanya Tunggu Hidayah' - Felixia Yeap
Ini pula kisah popular gadis (juga) bekas model
Pada pendapat ku yang daif ini, beliau sudah pun mendapat Hidayah dari Allah melalui perubahannya dirinya dari jahil (tak tahu apa² tentang Islam) kepada mengetahui, malah sudah mencintai cara Islam melalui pakaian dan slowly berubah cara hidupnya. Beliau hanya sedang menunggu saat beliau untuk dapat melafazkan Syahadah sahaja sebagai pelengkap menjadi hamba Allah.
Jadi marilah kita sama-sama Doakan untuk Felixia semoga Allah membuka Hatinya, sebagaimana Allah membuka hati Aliza Kim, untuk menerima Islam melalui declaration hati dan lisan dengan Kalimah Syahadah, demi untuk kebaikan dirinya sendiri dan dengan niat kerana Allah jua.. insya'Allah..
Bismillah.. Ya Allah kurniakanlah Taufik dan Hidayah kepada gadis bernama Felixia ini setelah dia memilih cara hidup Islam dan dia telah meninggalkan perkara tak baiknya dahulu. Permudahkanlah lafaz Syahadah baginya sebagai kunci untuk dia menjadi Muslimah dan peliharalah hidupnya.. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.------------------------------------------------------------
"Islam will win with or without you..!!" - Ahmad Deedat
credit: OfficialAlizaKim & hmetro.com.my
No comments: