Jawapan Allah Kepada Orang Kristian & Yahudi
Kalimah Allah |
Jawapan Allah kepada orang-orang Kristian perihal Allah itu SATU, bukan dua, bukan tiga, bukan tiga dalam satu, bukan trinity..!! Dialah Allah Yang Maha Esa, iaitu Satu-Satunya Dia, tiada yang seumpamaNya (walau dalam gambaran bayangan fikiran sekali pon).
Dan inilah antara jawapan-jawapan Allah kepada orang Kristian (serta Ahli Kitab) yang mengatakan Allah itu 'Jesus' ibni Maryam. Tuduhan yang hampir-hampir menyebabkan langit terpecah, tuduhan yang mampu menggegar dan menghancurkan gunung-ganang.. kerana dasyatnya tuduhan tersebut terhadap Allah Rabbal 'alamin (Allah Tuhan seluruh alam).
Surah Al Ikhlas | Ayat 1 - 4
Bahasa
- Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
- “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
- “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
- “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
[AQ 112:1-4]
English
- Say, "He is Allah , [who is] One,
- Allah , the Eternal Refuge.
- He neither begets nor is born,
- Nor is there to Him any equivalent."
[AQ 112:1-4]
Sekiranya penganut agama selain Islam ingin menggunakan kalimah Allah, boleh dengan syarat, mestilah memaksudkan penggunaan kalimah (perkataan) Allah seperti mana yang dijelaskan (oleh Allah sendiri) dalam Surah Al Ikhlas di atas. Tapi sekiranya penganut agama selain Islam ini berniat menggunakan kalimah Allah ini untuk merujuk kepada Tuhan mereka yang 3 dalam 1 (trinity), tuhan mereka yang ramai, tuhan anak, tuhan bapa dan sebagainya, sebagaimana kepercayaan sesat mereka, maka mereka dilarang menggunakannya. Kerana mereka mencemarkan kemuliaan nama Allah.
If they (Christians) believe they say Allah with mentioned in the Surah Al Ikhlas 1 - 4 (see above), we got no objection. Any whether Muslim or non Muslim, if they use the word Allah for the correct Al Mighty God, we have no objection. But, if they say, Allah is Jesus (peace be upon him), Allah says in the Qur'an, Surah Al Ma'idah, chapter 5, versus 72 (see below)..
[Dr Zakir Naik]
Surah Al Ma'idah | Ayat 72
Bahasa
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah Neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. [AQ 5:72]
English
They have certainly disbelieved who say, " Allah is the Messiah, the son of Mary" while the Messiah has said, "O Children of Israel, worship Allah , my Lord and your Lord." Indeed, he who associates others with Allah - Allah has forbidden him Paradise, and his refuge is the Fire. And there are not for the wrongdoers any helpers. [AQ 5:72]
Surah An Nisaa | Ayat 171
Bahasa
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [AQ 4:171]
English
O People of the Scripture, do not commit excess in your religion or say about Allah except the truth. The Messiah, Jesus, the son of Mary, was but a messenger of Allah and His word which He directed to Mary and a soul (created at a command) from Him. So believe in Allah and His messengers. And do not say, "Three"; desist - it is better for you. Indeed, Allah is but one God. Exalted is He above having a son. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allah as Disposer of affairs. [AQ 4:171]
Jadi kenapa mereka (Kristian) ini masih enggan patuh pada perintah Allah tentang larangan tersebut, sedangkan nama Allah itulah yang mereka mahukan, pada masa yg sama mereka enggan terima perintah Allah (tentang larangan mengatakan Allah itu 3 dlm 1 atau beranak..? Pelik bin Ajaib golongan Kristian ni.
Kesimpulannya
Kebanyakan mereka yg bersungguh² mahukan kalimah suci Allah utk bible bahasa melayu ini memang sengaja cuba mahu mengelirukan orang melayu (atau pembaca melayu) khususnya yang lemah ilmu Islam.
wallahu'alam..
Buku yang bagus tulisan bekas paderi kristian (ex Pastor Yohanes), Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al Hafiz.
Buku Kristianisasi dan Gejala Murtad Di Malaysia, Ust. Mohd Farhan |
No comments: