Kisah Yakjuj & Makjuj



"Mengetahui tanda-tanda Hari Kiamat adalah lebih memberikan galakan kepada kita sebagai orang yang beriman sebelum hari itu terjadi kita sudah bersedia". Habib Ali Zainal Abidin [video 6:03]

Berikut adalah kisah sambungan dari kisah 3 Fitnah Dajjal & 3 Perlingungan Dari Fitnah Dajjal pada post lepas.
"Tidak diutus seorang Nabi kecuali akan mengingatkan akan bahaya fitnahnya Dajjal" [al Hadis]

Diriwayatkan (dari Sunan Ibn Majah) menurut Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, pada malam Isra' & Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w duduk bersama Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. berbincang tentang ilmu Hari Kiamat.
Ditanya kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai menghormati baginda Bapa Para Anbia' (Nabi), maka dijawab baginda Ibrahim a.s. "Aku tidak tahu".
Maka ditanya pula kepada Nabi Musa a.s. dan dijawab baginda, "Aku tidak tahu" juga.
Maka ditanya pula kepada Nabi Isa a.s. dan dijawab baginda akan apa yang (sedikit) diberitahu kepadanya, dan berikut adalah melalui hadis² Nabi s.a.w. menurut riwayat para ulama' tentang perihal Tanda-Tanda Kiamat.




Makanan Ketika 3 Tahun Musim Kebuluran Zaman Dajjal

[video 20:00]
Ketika orang² yang beriman tidak terkene fitnah dan mengikut Dajjal, mereka akan menghadapi 3 tahun musin ketiadaan hujan, kemarau dan tiada makanan. Jadi apakah yang mereka makan..?

Makanan mereka yang beriman itu (boleh jadi anak, cucu, keturunan kita) nanti adalah zikrullah, iaitu 4 zikir akan menjadi makanan ketika menghadapi 3 tahun musim kebuluran tersebut; At Tasbih, At Tahmid, At Tahlil, At Takbir, (SubhanAllah, Alhamdulillah, Laa ilaha illAllah, Allahuakbar)

سُبْØ­َانَ اللهِ ، ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ ، Ùˆَ لآ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ، Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ

Tentunya tidak akan bertasbih (berzikir) kecuali orang² yang beriman.

Keluarnya Yakjuj & Makjuj adalah sebagai Tanda Kiamat kedua besarnya, dan berlaku ketika selepas matinya Dajjal laknatullah, dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dan ketika Nabi Isa a.s. masih hidup (sekitar 40 tahun ketika itu, wallahua'alam).

Perihal Yakjuj & Makjuj

[video 21:20]
Yakjuj atau Makjuj adalah sama maknanya tapi keduanya itu dari kabilah yang berbeza.
Yakjuj atau Makjuj berasal dari perkataan 'ajij' bermaksud api marak yang berkecamuk, kerana terlalu ramainya Yakjuj & Makjuj.

Dikatakan ramainya Yakjuj & Makjuj ini sehingga 1 orang Yakjuj & Makjuj boleh melahirkan 1000 orang (Yakjuj & Makjuj).

Ramainya Yakjuj & Makjuj ini akan menjadi penghuni neraka, iaitu 1 orang manusia nisbah 1000 Yakjuj & Makjuj (ahli neraka).

Terdapat 3 pendapat ulama' berkenaan siapa Yakjuj & Makjuj
  1. Pendapat yang mengatakan Yakjuj & Makjuj dari keturunan Nabi Nuh, dari anaknya yang bernama Yafith bin Nuh. (ini pandangan majoriti ulama')
  2. Pandangan yang mengatakan Yakjuj & Makjuj bukan dari manusia tetapi berasal dari makhluk yang dicipta hasil dari percampuran air mani ke tanah dari Nabi Adam a.s. (ini pandangan sebahagian kecil ulama')
  3. Pandangan yang mengatakan mereka berasal dari golongan Al Attrak atau Turk.
Bagaimanapun pandangan yang pertama yang diterima secara majoriti ulama' kerana Yakjuj & Makjuj ini dikatakan juga sebagai mereka dipertanggungjawabkan ke atas hukum Allah.

Dinding Binaan Zulkarnain Penghalang Yakjuj & Makjuj

[video 30:30]
Dinding binaan Zulkarnain diperbuat daripada besi setinggi gunung dan disi dengan tembaga panas yang cair dituang kedalamnya untuk menutupi rongga gap antara besi yang disusun tersebut. Dinding ini adalah binaan yang dibangunkan setelah

Dinding kukuh binaan Zulkarnain ini telah pon berlubang dikorek Yakjuj & Makjuj, sebagaimana diberitahu oleh hadis Nabi s.a.w. (ketika baginda bermimpi) dinding tersebut sudah berlubang sebesar ibu jari bertemu jari telunjuk, Rasulullah s.a.w. menceritakan 1435 tahun dahulu.. bayangkan bagaimana besar agaknya lubang tersebut telah dikorek hingga hari ini..!!?

Dinding ini pasti akan runtuh (atau berjaya dikorek atau dipecahkan, wallahu'alam) dan keluarnya Yakjuj & Makjuj ini nanti sangat ramai dalam keadaan yang kelaparan dan kehausan. Mereka akan makan dengan rakusnya apa sahaja yang mereka temui disepanjang perjalanan mereka keluar (merosakkan bumi) nanti.

Mungkin kita cuba membayangkan bagaimana kumpulan hyena yang ganas meyerang dan memakan seekor kambing hidup².. tapi tu tak seberapa kalo dibandingkan dengan peristiwa besar ini nanti.

Yakjuj & Makjuj Tidak Ada Bahasa

[video 39:58]
Yakjuj & Makjuj tidak ada bahasa komunikasi hanya berisyarat seolah² (seperti haiwan) anjing yang menyalak sesama mereka.

Kalau Dajjal mati dibunuh oleh Nabi Isa a.s., Yakjuj & Makjuj pula tidak ada manusia yang boleh membunuhnya.

Jadi Nabi Isa a.s. memerintahkan umat Islam melindungi diri dalam benteng kediaman untuk mengelak dari Yakjuj & Makjuj. Manusia tidak keluar, dan membawa haiwan ternak sebagai bekalan makanan sepanjang berkurung.

Bagaimana Membunuh Yakjuj & Makjuj Yang Ganas Ini

[video 41:42]
Allah sendiri akan membunuh Yakjuj & Makjuj ini dengan 'tentera'Nya yang dihantar berupa sejenis ulat atau virus (wallahu'alam) selepas Nabi Isa a.s. berdoa kepada Allah.

Matinya kesemua Yakjuj & Makjuj ini hingga tidak kelihatan tanah kerana terlalu banyaknya mayat / bangkai Yakjuj & Makjuj bergelimpangan.

Manusia ketika itu masih takut untuk keluar melihat perkembangan keadaan diluar. Diriwayatkan hanya seorang lelaki yang menyahut saranan untuk keluar mendapatkan maklumat, sementara yang tinggal menganggap lelaki itu sama ada dia akan kembali dengan selamat atau pergi tak kembali (terkorban dimakan Yakjuj & Makjuj). Namun lelaki itu membawa berita baik, Yakjuj & Makjuj telah mati kesemuanya.

Bumi akan menjadi busuk kerana terlalu banyaknya mayat / bangkai Yakjuj & Makjuj. Bahkan tidak ada haiwan pemakan bangkai kecuali semuanya gemuk.

Kemudian Allah menjadikan semula kehidupan bumi menjadi luar biasa harmoni dan diberkati. Hinggakan hubungan sesama manusia menjadi sangat baik, bahkan haiwan buas boleh berkawan baik dengan mangsanya sendiri.

Emas Dibuang Ke Laut / Sungai

[video 51:00]
Kehidupan selepas itu menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya, hingga diriwayatkan, tidak ada orang yang mahu menerima sedekah.
"Bersedekahlah kamu sebelum datang suatu masa kamu tak akan jumpa orang yang mahu menerima sedekah" [al hadis]
Tidak ada lagi golongan yang mahukan kemewahan dunia, emas, harta, sedangkan ramai yang mahu bersedekah pada zaman itu.

Orang² beriman hidup harmoni, aman tenteram dan bersedia untuk menghadapi kehadiran Hari Kiamat, hinggalah Allah meniupkan angin yang lembut mencabut roh orang² beriman dan Al Quran kemudiannya diambil oleh Allah.

Akhirnya tiada lagi orang yang menyebut nama Allah S.W.T. kemudian terbitnya matahari dari barat dan akhir sekali berlakunya kiamat secara mengejut kepada orang² yang terburuk yang tinggal, iaitu tiada lagi orang² yang menyebut kalimat Allah. Diriwayatkan juga berlakunya kiamat itu dalam keadaan yang dasyat kepada golongan tersebut.

Ada ustaz menyatakan, dasyatnya kiamat itu Allah tidak perlihatkan kepada orang² yang beriman melainkan kepada orang² yang teruk ahlaknya.

wallahu'alam.

Semoga kita terselamat dari fitnah dunia, fitnah zaman, fitnah kedudukan, fitnah aqidah.. dan semoga kita menjadi dari golongan orang² yang beriman.. insyaAllah.. aaameen..

No comments:

Powered by Blogger.