2 Billion Pahala Sekali Doa


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". [Al Quran, Surah Al Asr, 103:1-3]
Pesan seorang guru (ustaz) yang pernah mengajar kami di sebuah majlis ilmu (kuliah maghrib), katanya.. nak dapatkan berjuta pahala dengan cara yang cukup mudah dan ringkas, 'Doakan keampunan untuk para Muslimin, Muslimat, Mukminin & Mukminat.. maka pahala baginya sebanyak bilangan Muslimin, Muslimat, Mukminin & Mukminat yang didoakan tersebut'.. yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia..!!
Maka berapakah bilangan Muslimin & Muslimat yang wujud dalam dunia ni..? Kalau mengikut statistik 2014 populasi umat Islam adalah 2.08 billion (2,038,040,000). Jadi, itulah nilai Pahala (hasanah) bagi kita bila kita mendoakan keampunan untuk Muslimin, Muslimat, Mukminin dan Mukminat.. insyaAllah.
Dari Ubadah ibn As Samit katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memohon ampun untuk Mukminin dan Mukminat, Allah catatkan
untuknya dengan setiap orang Mukmin dan Mukminah itu satu kebaikan”.
[HR At Thabarani] Al Haithami berkata: Sanadnya baik.


Andai amalan mendoakan untuk seluruh umat Islam pon kita tak mampu nak buat, maka benarlah betapa ruginya kita seperti Firman Allah dalam Surah Al Asri di atas. Nak berdakwah seperti seorang ustaz rasa tak mampu sedang diri sendiri perlukan bimbingan.

Sekurang-kurangnya berdoalah untuk keampunan para Muslimin, Muslimat, Mukminin & Mukminat dalam setiap doamu.. kerana aku juga mendoakan keampunan untukmu..!!
wallahu'alam..

... update ...

Doa Untuk Ibu Bapa Ku (Untuk Bacaan Diri Sendiri)

seperti post di atas..
...

Doa Untuk Ibu Bapa Kami (Bacaan Imam Kepada Keluarga Sendiri)


...

Doa Untuk Ibu Bapa-Ibu Bapa Kami (Imam Kepada Jemaah Umum)


...

Doa Untuk Ibu Bapa Dari Al Qur'an

Harus di ingat Doa dari Al Quran adalah yang terbaik, namun kita tak boleh suka-suka ubah ikut kita. Harus dibaca secara lengkap, wallahu'alam..

Surah Ibrahim, Ayat 41



"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
[QS 14:41]

Surah Al Israa', Ayat 24



Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[QS 17:24]

Surah Nuh, Ayat 28



"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
[QS 71:28]

..

No comments:

Powered by Blogger.