Syria, Tiket Ke Syurga ?

"Krisis Syria yang berlarutan, meragut lebih 150,000 nyawa rakyat Syria, 200,000 orang masih ditahan di bawah tahanan regim, dan lebih 7 juta menjadi pelarian di dalam dan di luar Syria."
- Ikram 4 Syria
Peringatan untuk kita semua sebagai umat Islam, tolong Doakan saudara-saudara kita yang sedang disiksa, dibunuh, di Palestine, Syria, Mesir, Rohingya dan di seluruh dunia. Tolong Doakan juga para pejuang-pejuang Islam, tentera-tentera Muslimin yang sedang berjuang di sana menentang syaitan-syaitan bertopengkan manusia, para pengikut dajjal laknatullah.. tolong doakan mereka ini..

maaf, foto ini bukan mahu mengaibkan, hanya sekadar untuk mengingati diri kita dan menginsafi nasib saudara kita
Allahummansur ikhwananal Muslimiina fi kulli makaan wa fi kulli zamaan..
Ya Allah bantulah saudara² Islam kami di setiap tempat dan di setiap ketika..

maaf, foto ini bukan mahu mengaibkan, hanya sekadar untuk mengingati diri kita dan menginsafi nasib saudara kita
Allahummansur ikhwanana wal Mujahideena fi Suria, fi Filisthin, fi Misr, fi Myanmar, fi kulli makaan wa fi kulli zamaan..
Ya Allah bantulah saudara² kami dan para pejuang yang berjihad di Syria, di Palestin, di Mesir, di Myanmar dan di setiap tempat dan di setiap ketika..

maaf, foto ini bukan mahu mengaibkan, hanya sekadar untuk mengingati diri kita dan menginsafi nasib saudara kita

Kalau nak diikutkan banyak lagi foto² yg jauh lebih dasyat dari foto² ni, cuma sanggup atau tak sanggup jer kita nak tengok

 Tahukah Anda

Ada pendapat (dari para ustaz) yang mengatakan bahawa mereka Muslimin & Muslimat yang disiksa, dibunuh di negara² ini bukanlah disebabkan 'hukuman' Allah.. tapi adalah jalan pintas mereka menuju Syurga Allah. Ada hadis yang menyebut tentang jihad mempertahankan diri, keluarga, harta benda, apatah lagi mempertahankan Islam dan jemaah Muslimin & Muslimat di negara mereka sendiri, maka andai matinya mereka, adalah mati Syahid. Berbahgialah mereka di sana, semoga mereka semua dianugerahkan Syurga Allah.. amiin..

Tapi bagaimana kita yang aman damai di sini..? Jangan mimpi kita boleh dapat tiket mudah ke Syurga dalam keadaan kita yang sentiasa kenyang dengan makanan, hiburan, gelak ketawa..!!?
Apakah sumbangan kita untuk mereka..? Apakah jawapan kita nanti andai di akhirat mereka mempersoalkan sumbangan kita untuk mereka, untuk Islam..? Adakah kita akan jawab sekadar "Aku sudah Share kisah kamu di facebook"..??

Baru-baru ni juga di TV Al Hijrah, segmen Cinta Ilmu oleh Ustaz Badlishah, kalau tak silap tajuk 57 Tanda Kiamat, tanda ke 51; orang² Islam (Muslimin) berperang dengan bangsa Romawi (ditafsirkan sebagai bangsa dari Timur Tengah). Juga disebut tentera Muslimin nanti akan berperang dan berkubu di Syam, juga disebut Damaskus (Syria). Disebut juga bahawa peperangan ini (di Syria) akan berterusan hingga sampai akhirnya tentera Islam menentang tentera Dajjal, bermakna keluarnya Dajjal dalam masa perang di Syria ini masih berterusan. Ini bermakna perang ini akan berpanjangan sampai turunnya Nabi Isa a.s..
wallahu'alam, saya tak tahu: [boleh rujuk tanda kiamat 51]

Bantulah

Terus hulurkan sumbangan anda, login online bankin anda dan Transfer beberapa Ringgit Malaysia ke akaun NGO di bawah ini semampu anda untuk kehidupan saudara kita di sana, Syria, Gaza, Palestine, di mana sahaja mereka amat perlukan pertolongan..

Malaysia Life Line for Syria

https://www.facebook.com/MLL4S

Syria Care

https://www.facebook.com/syria.care

IKRAM for Syria


https://www.facebook.com/ikram4syria

ikram.org.my

Muslim Care

https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia


www.muslimcare.org.my

Haluan Malaysia

https://www.facebook.com/haluanmalaysia

www.haluan.org.my

Semoga sedikit usaha kita membantu, doa & sumbangan yang tak seberapa ini, mampu meringankan sedikit beban dan dugaan berat mereka serta dapat menjadi saksi bantuan kita untuk mereka dan dapat menjadi sebahagian dari sumbangan untuk syiar Islam, insya'Allah.
wallahu'alam..


credit image:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2544711/Starved-tortured-throttled-The-true-horror-Assads-soldiers-execute-rebel-prisoners-revealed-new-images-released-today.html

No comments:

Powered by Blogger.