Lalat Dalam Al Quran


Ada beberapa spesis haiwan yang disebut dalam Al Qur'an sepertimana Lebah, dalam Surah An Nahl (Lebah), begitu juga Semut dan burung Hud-Hud dalam surah An Naml (Semut), Ikan Nun (paus) dalam Surah Yunus.. termasuklah juga haiwan Lalat. Dalam surah ke 22, iaitu Surah Al Hajj ayat 73, Allah S.W.T. ada menyebut perihal haiwan spesis lalat ini yang kebiasaanya tidak dipandang atau tidak disukai manusia. Allah berfirman yang bermaksud:
Surah Al Hajj Ayat 73
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). [AQ 22:73]

English (Sahih International)
O people, an example is presented, so listen to it. Indeed, those you invoke besides Allah will never create (as much as) a fly, even if they gathered together for that purpose. And if the fly should steal away from them a {tiny) thing, they could not recover it from him. Weak are the pursuer and pursued. [AQ 22:73]

Semoga kita mendapat pengajaran darinya, InsyaAllah..
wallahu'alam


credit image: http://www.flickr.com/photos/pipoujid/4981838055/in/gallery-29287337@N02-72157627663463228/

No comments:

Powered by Blogger.