Dosa Besar Meninggalkan Solat


"Yang membezakan seorang laki-laki atau seorang hamba yang mukmin dengan seorang kafir, iaitulah meninggalkan Solat" [video 15:15]

Video Kuliah Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman (beliau juga dikenali sebagai Abu Anas Madani), yang sangat bermanfaat untuk muhasabah kita bersama, bagaimana BESARnya peranan solat dalam hidup seorang Muslim. Luangkan sedikit masa kita untuk dengar ilmu ini, insyAllah diberkatiNya dan semoga mendapatlah kita akan hidayahNya.. amiiin..

Dosa Besar - Meninggalkan Solat (Part 1)



Bagaimana Orang Yang Meninggalkan Solat Dibangkitkan Di Hari Kiamat


  1. Iaitu orang yang meninggalkan solatnya kerana disibukkan dengan hartanya, perniagaannya, maka dia akan dibangkinkan bersama Qarun".[video time 23:52]
  2. Dan orang yang meninggalkan solatnya kerana disibukkan oleh kerajaannya, kekuasaannya, persidangan, mesyuarat, maka dia akan dibangkinkan bersama Firaun".[video time 24:29]
  3. Dan orang yang meninggalkan solatnya kerana disibukkan oleh jabatannya, kementeriannya, maka dia akan dibangkinkan bersama Haman (Perdana Menteri Firaun)".[video time 25:02]
  4. Dan orang yang meninggalkan solatnya kerana disibukkan oleh perdagangannya, maka dia akan dibangkinkan bersama Ubai bin Khalaf (seorang perdagang kafir yang jahat dari Makkah)".[video time 25:14]

Pendapat Ulama, Imam & Mazhab Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat


Ada beberapa pendapat mengenai orang yang tinggalkan Solat. Mari kita ketahui (lihat sambungan video di bawah), betapa BERATnya hukum bagi sesiapa yang meninggalkan Solat.. wa iyazubillah..

Dosa Besar - Meninggalkan Solat (Part 2)




Dan telah berbeza pendapat di kalangan Ulama tentang Hukuman Orang Yang Meninggalkan Solat, kata Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad: "Bahawa orang yang meninggalkan Solat iaitu dipancung lehernya dengan pedang, bunuh hukumannya". [video time 4:15]

Kalau kita (sebagai orang biasa lagi jahil ni), fikirkan kenapa layak dihukum bunuh kepada sesiapa yang tinggalkan Solat, mungkin kita akan kata 'kejamnya Islam'.. Tapi bila kita rujuk semula tujuan kita (manusia) ni dihidupkan sepertimana firman Allah dalam Al Quran di bawah ni (Surah 51 - Adz Dzariyat, Ayat 56):
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku" [Al Quran 51:56]
..maka patutlah para Ulama mentafsirkan pancung (bunuh) sebagai menyatakan betapa Tidak Layaknya manusia itu hidup..!! waiyazubillah..

Jom Solat..


Rekemen

2 comments:

  1. salam...

    saya ingin menjemput anda register dan ping entri anda di http://www.ohpingblog.com/ dan nikmati letusan trafik dari kami.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. w'salam..
    insya'allah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.