Destinasi Seterusnya - Kekal
Assalam.. semakin banyak (banyak ker..?) ilmu dituntut, semakin jahil terasa diri.. Semakin banyak perkara² yang aku masih tak tahu.. Benarlah kata² mereka, kita akan terasa semakin kurang ilmu apabila kita rajin mencari ilmu² khususnya ilmu agama, tauladan, kisah² akhirat untuk muhasabah diri (melalui majlis² ilmu)..
Semoga kita termasuk dalam golongan orang² yang bijak, iaitu orang² yang sentiasa mengingati Mati. Sesungguhnya orang² yang sentiasa mengingati Mati itu dan membuat persiapan untuk menghadapi keMatian yang pasti itu adalah orang² yang bijak.. Mula² dulu masa zaman jahiliah ku, aku tak berapa faham akan maksud 'bijak' ni berkaitan dgn ingat Mati, tapi lama² atas Rahmat Allah juga, aku mula faham dan aku akui memang benar, orang yang bijak adalah orang yang 'bersedia' untuk menuju ke Destinasi Kekal - Dunia Akhirat. Iaitu Tempat atau Hari di mana Tiada lagi Pemeliharaan & Perlindungan, melainkan hanyalah Pemeliharaan & Perlindungan Allah.
nice reading:
http://mykhilafah1924.tripod.com/Kematian.htm
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/27/mengingati-mati-kelebihan-dan-persiapan-untuknya/
sila rekemen links
Kali ni aku nak share suatu perkongsian dari jemaah tabligh yg bermalam 3 hari di sebuah surau / masjid iaitu di kariah tempat aku tinggal.. dan setiap kali solat berjemaah (aku hanya mampu hadir maghrib & isya' sahaja), mereka akan memberikan sedikit dakwah tentang ilmu yang menjadi fardhu kifayah buat kita sebagai Muslim. Baiklah antara ayat² yang bermain dalam ingatanku melalui perkongsian yang disampaikan mereka;
"Sesiapa yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari, maka Allah akan masukkannya dengan golongan orang² yang mati syahid." (lebih kurang macam tu laa ayat dia yg aku ingat).
Selama ni yang aku tahu stakat;
"Malaikat Maut menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari."
- Iaitu +/- 3 kali setiap 1 jam - Malaikat Maut datang melihat diri kita
- Iaitu sekali setiap 20 minit - dia datang menatap wajah kita
- Dia telah (atau sedang) menziarahi aku saat ketika post ini ditulis
- dan mungkin juga dia datang menziarahi anda ketika anda sedang membaca post ini..
anda boleh search tentang perkara ni untuk lebih info serta dalil yang sah..
Aku cuma tertarik tentang ayat saudara jemaah tabligh tersebut tentang "mengingati Mati sebanyak 20 kali sehari maka kita dimasukkan dengan golongan orang yang Mati syahid". Subhanallah.. Maka aku pon mencari info tentang bas & dalil ayat tersebut.. syukur ada dalil iaitu;
Dalam satu hadis Aisyah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?" Jawab baginda "Ya, iaitu sesiapa yang mengingati Mati 20 kali sehari semalam".
Hikmah
Dengan mengingati Mati;- Secara tak langsung Hati kita menjurus kepada Allah, mengharapkan pengampunannya - Taubat
- Kita terdorong melakukan amal ma'aruf & perlahan² menjauhi / meninggalkan kemungkaran - Istiqomah
- Kita mula berusaha memecahkan tembok konkrit yang menghalang kita dari mendirikan solat
- Sehingga kita dapat merasai Ringannya ibadah solat 5 kali sehari (yg selama ni sangat Berat)
- Kita mampu memecahkan sikap sombong, bongkak, suka cakap besar yg bersemadi dlm diri
- dan lain²
Semoga kita termasuk dalam golongan orang² yang bijak, iaitu orang² yang sentiasa mengingati Mati. Sesungguhnya orang² yang sentiasa mengingati Mati itu dan membuat persiapan untuk menghadapi keMatian yang pasti itu adalah orang² yang bijak.. Mula² dulu masa zaman jahiliah ku, aku tak berapa faham akan maksud 'bijak' ni berkaitan dgn ingat Mati, tapi lama² atas Rahmat Allah juga, aku mula faham dan aku akui memang benar, orang yang bijak adalah orang yang 'bersedia' untuk menuju ke Destinasi Kekal - Dunia Akhirat. Iaitu Tempat atau Hari di mana Tiada lagi Pemeliharaan & Perlindungan, melainkan hanyalah Pemeliharaan & Perlindungan Allah.
Ketika itu anak² dan isteri / suami tidak berguna lagi, apatah lagi saudara mara, sahabat, jiran², bahkan harta benda semuanya tak berguna. Malah mereka mungkin pula akan menjadi SEBAB kita dicampakkan ke neraka.. na'uzubillahi min zalik.. Itulah sebab dikatakan manusia yang bijak adalah mereka yang SENTIASA mengingati Mati (padaku mereka ni bahkan sangat bijak).. Mereka mampu untuk meninggalkan akan kelazatan duniawi dan cenderung mempersiapkan diri untuk menghadapi Maut (meninggalkan 'kelazatan' dunia, bukan mengabaikan tanggungjawab di dunia ini).
Maka aku pon cuba² memahami maksud SENTIASA (mengingati mati) itu dengan mencongak², 20 kali Ingat Mati nisbah 70 kali Malaikat Maut datang ziarah.. tak balance, 20:70 separuh pon tak sampai... Tapi kalau ikut hadis riwayat Aisyah r.a. kat atas tadi tu, 20 kali Ingat Mati sudah cukup untuk dapat masuk bersama golongan Mati Syahid..!! MasyaAllah.. betapa Maha Pemurahnya Allah S.W.T.. tidakkah anda memikirkannya..??? Wallahu'alam..
p/s:
- berapa kali aku Ingat Mati hari ini..? entah aku tak pernah kira, yg pasti hari² aku teringatkannya (sejak akhir² ni)..
- tolong ingat²kan aku.. dan tolong sampaikan juga kepada mereka² yg masih lalai seperti mana aku pernah lalai dulu.. supaya kita semua belum terlambat untuk kembali ke jalan yg lurus..
- ingatkan juga aku supaya aku kurang ketawa dan banyak menangis.. (aku ingin menangis lagi ketika dalam solatku spt yg pernah ku alami sekali dulu)..
- ada beberapa artikel kajian orang barat tentang Ingat Mati membuatkan kehidupan menjadi lebih positif.. sila search..
nice reading:
http://mykhilafah1924.tripod.com/Kematian.htm
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/27/mengingati-mati-kelebihan-dan-persiapan-untuknya/
sila rekemen links
image credit: http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2107-mengingati-mati.html
I don’t get it
ReplyDelete