Bila Perempuan Lagi Pengotor Dari Lelaki



Salam,, semalam terpandang satu feed dari tweeter, seorang yang share macamana pengotornya haousemate beliau. Kiranya mereka ni student laa, duduk sewa serumah ramai². Jadi guna barang dapur kongsi sama², biasalah tukan.

Jangan sampai orang lain atau kawan kita sendiri nanti cop kita sebagai PENGOTOR, muka saja lawa.

Mula admin tengok & baca, ingatkan yang share tu lelaki, lepas baca komen² beliau + gambar² menjijikkan dari barangan dapur kotor yang disharenya serta bahasa yang digunakan menunjukkan sangat marahnya beliau pada housematenya. Kemudian barulah admin 'usha' profile fotonya, rupa²nya beliau seorang perempuan.. ohh, ok.. ingat lelaki :)

Malas nak cerita panjang korang tengoklah sendiri, tapi ni sebagai peringatan & iktibar supaya kita / korang / bakal anak² korang yang akan belajar 'u' nanti bila tinggal bujang kat asrama atau sewa rumah ramai², JANGAN ada yang berperangai sedemikian.. ok.

Diulangi, bukan niat nak dedah aib kepada sesiapa, tapi sebagai pengajaran & iktibar sahaja.

Tweet Topic Starter




Artikel berkaitan: Produk Sabun Pencuci Halal


dan bila ada yang reply benda yg serupa dialaminya ↓

Tweet² Reply


disambut pula oleh tweeter followers yang lain, pon masalah yang sama ↓


ada lagi ni, nampak 'lebih hardcore belaan' dalam periuk nasi tu ↓


ramai gak #perempuan bujang tinggal serumah yang macamni ek'.. patutlah perempuan dgn perempuan pon ramai yg tak ngam..


korang kene klik gambar tu untuk full view ↑ aduhh tak sanggup nak tengok..


umang aii, macam ni punya malas pon ada ↑

ok².. bukan perempuan saja yang pengotor 🙏 lelaki pon sama aje 😅 ni reply dari lelaki ↓


Nanti² nanti dulu..!! Ssebelum kita sangka buruk pada mereka yang dituduh oleh empunya tweet (topic starter), kita dengar pula cerita dari sebelah pihak lagi.

Apa Kisah Sebenarnya


Sebenarnya apa yang kita lihat tu biasa berlaku dalam kehidupan bujang bersama kawan² serumah. Admin pon pernah lalui zaman student sampailah zaman bekerja tapi tinggal bujang satu ketika dulu. Cuma takde laa sampai tahap bela hidupan dalam periuak nasi berhari² atau berminggu². Parah sangat tu.

Kita tak payah berburuk sangka dengan mereka, kita dengar cerita yang sebelah pihak lagi, iaitu 'pihak yang dituduh' cuba untuk mempertahankan diri mereka, melalui Tweet balas di bawah.


Artikel berkaitan: Sifat Tercela, Riyak, 'Ujub, Sum'ah


Kalau rajin, korang boleh hadam sampai khatam, tapi jangan cop diorg buruk ek', kita semua pon lebih kurang aje.. cuma takde lah sampai tahap kronik macam tu kan :)


Kesimpulan & Pengajaran


Kita tak nak tudung sesiapa atau berburuk sangka dengan mereka. Seperti yang admin sebut di perenggan ke-3 di atas. Ini sebagai pengajaran untuk kita / bakal adik kita / bakal anak dara kita nanti bila zaman tu mereka akan alami nanti.

Pesanlah dengan bakal adik² atau bakal anak² kita, tak kiralah lelaki atau perempuan, supaya jangan bertabiat macam itu nanti bila tinggal bujang, hormat orang lain. Jangan menyusahkan orang lain, biar diri sendiri susah.

Jangan sampai orang lain atau kawan kita sendiri nanti cop kita sebagai PENGOTOR, muka saja lawa.

Jadi korang rasa, PEREMPUAN ke atau LELAKI yang lagi pengotor..!!? Mohon share di ruang komen di bawah..

Masa zaman sekolah dulu yg admin ingat sampai skg, masa assembly kat padang tiap pagi Isnin, ada beberapa kali cikgu yang berucap (cikgu ponpuan), komplen tandas perempuan kotor, katanya.. tandas lelaki pon kotor juga laa, tapi takde lah sampai cikgu kene komplen masa assembly.. korang pernah alami keadaan mcm tu..?

🤣


Nota Penafian:
Tajuk post ni: Bila Perempuan Lagi Pengotor Dari Lelaki..!! hanyalah sebagai maklumat umum, TIDAK ditujukan & TIDAK dimaksudkan khusus dengan sesiapa, sama ada individu² dalam kisah tweeter tersebut, atau di luar sana, atau yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia.
Tajuk tersebut dibuat hanyalah sebagai tarikan untuk pembaca, sementara paparan² tweeter di atas adalah kisah benar yang pihak admin ingin kongsikan semata² sebagai pengajaran sahaja,untuk diri sendiri dan semua pembaca.

No comments:

Powered by Blogger.