Jutaan Wang Mengalir di Shopee Setiap Hari.. Tak Terliur Ke ? Kautlah Sikit !!

Assalam.. lama saya tak menulis di sini..

Ok cuba perhatikan data² jualan Shopee ni..


Alirkan sebahagian jutaan wang yang mengalir di Shopee setiap hari, masuk ke akaun bank kita


Ramai yang dah sedia maklum bahawa Shopee (serta Lazada, termasuk Ali baba) target setiap angka haribulan bersamaan angka bulan, akan ada promosi besar²an sale. Contonhya, baru² ni sale 6.6 (6-6-2021) lepas ni tak lama akan ada sale 7.7 (7-7-2021), Shopee sale 8.8 (8-8-2021) dan begitulah sampai 12.12 nanti.


Masa nilah orang ramai (kita lah tu) akan terpengaruh nak membeli di Shopee dan tak peduli dah walau barang akan lambat sampai, janji dapat harga sale / diskaun.


Bila kita berfikir di pihak Shopee, kita akan dapat bayangkan betapa banyaknya wang yang mengalir masuk akaun Shopee. Ya jutaan ringgit dalam beberapa minit sahaja..!! Mungkin kita pernah terbaca berita² Shopee pecahkan rekod jualan tertinggi sehari.


Kalau kita masih tak fikir nak rebut peluang di mana rezeki yang banyak mengalir di situ, maka terasa agak rugi kalau tak ambil peluang ni.


Kaut sikit dari jutaan ringgit tu supaya dapat masuk ke poket kita jom..

Macamana..? Jadi Shopee Seller, mula menjual produk 👍🏻



Susah Tak Nak Jadi Shopee Seller (Penjual di Shopee) ?

Sebelum ni saya pernah register di Lazada, tapi saya lebih suka Shopee berbanding Lazada sebab Shopee sangat mudah untuk register as Seller, sementara Lazada lebih rumit.


Tapi itu masa lebih kurang 5-6 tahun lepas, bila Lazada tengah hot dan Shopee pula baru muncul dan tak familiar lagi. Sebagai seller di Lazada saya rasa agak susah nak penuhi requirement Lazada, macam² bill utiliti diorang minta. Bahkan sampai sekarang saya tak jengok dah saya punya Lazada shop yang dah disetup tu. Nak dapat verified masa tu rasa leceh sikit, tapi sekarang tak tahu laa.


Lepas saya dengar pasal Shopee, saya pon nak try laa register juga sebab saya bekerja dan antara tugas saya untuk jualkan produk syarikat secara online, selain menjual dari website syarikat. Dah tentulah menjual di Shopee lebih banyak trafik dan kemingkinan dapat prospek pembeli berbanding menjual di website syarikat.


Lepas saya register di Shopee as Shopee Seller, proses verify dia rasa agak mudah dan tak perlu sampai minta bank account statement, bill utiliti tempat tinggal / premis perniagaan macam Lazada dulu. Cuma submit IC dan gambar selfie diri kita, sebagai bukti kita orang yang jujur, untuk verify (pengesahan) dah settle serta boleh start berniaga.



Nak Jual Apa? Jom Belajar Bisnes Shopee Dulu

Inilah yang mungkin dapat menjadi shortcut kepada anda untuk memulakan perniagaa dari rumah atau dari atas katil bilik anda, boleh menjana pendapatan ribuan, ratus ribu sebulan bahkan lebih lagi.


Belajar Rahsia Bisness Shopee, sesuai sangat di masa lockdown ni, sebab masa ni majoriti orang yang berkurung dalam rumah asyik layan Shopee aje.

Dapatkan buku ni kalau anda rasa nak alirkan sebahagian wang berjuta² ringgit setiap hari yang mengalir di Shopee, masuk ke akaun bank anda. Klik pada gambar buku tu.



Antara Kisah Seller Yang Belajar Bisness Shopee

Kisah Tokey Kedai Baju

Mr G adalah pemilik kedai pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air, sebelum ini dia dah ada 4 buah kedai, tapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya jatuh merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan dia hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja sebab mahu mengurangkan kos.

Dia ceritakan masalah yang dihadapi kepada penulis buku dan dia tidak pasti sampai bila 1 kedai dia tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari.

Penulis buku pun ceritalah macam mana cara dia menjual di Shopee. Tanpa berlengah, dia pun cuba mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee dia, hasilnya, pendapatan dia kini semakin meningkat dengan kos yang menurun, dia berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee.

Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung kompleks tersebut, kini pakaian yang di jual telah sampai ke seluruh Malaysia. Sekarang dia dah buka 4 kedai baru, tapi bukan kedai kat kompleks tu... tetapi kedai di Shopee dengan pelbagai nama.



Kisah Awek Baru Lepas Grad

Seorang gadis 25 tahun lulusan Ijazah daripada universiti tempatan, gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh² temuduga.

Bagi menampung pendapatan dan membantu ibu bapanya, dia bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter. Gaji yang di terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada, dia teruskan juga bekerja di situ.

Apabila penulis buku menerangkan tentang konsep Shopee kepadanya dan dia menggunakan kelebihan bekerja di situ dan mengamalkan Teknik Firefighter (ada dikongsikan dalam eBook Bisness Shopee), dia semakin seronok bekerja sambil menjual di Shopee.

Sekarang pendapatan dari Shopee dia dah cecah 5x ganda daripada gaji promoternya. Dia masih lagi bekerja sebagai promoter sambil ber'Shopee' kerana bisnes Shopee yang dia lakukan itu langsung tak mengganggu kerjanya.

Dapatkan eBook Bisnes Shopee dan alirkan sebahagian jutaan wang yang mengalir di Shopee setiap hari, masuk ke akaun bank kita..!!


Kesimpulan


Join, jangan tak join, beli eBook tu, insyllh PKP tak PKP takde masalah. Usaha kita mencari rezeki, Allah yang bagi rezeki ☝🏻

Shopee hanyalah perantaraan / asbab. Lepas berjaya, jangan lupa bersedekah, bayar zakat.
Lama saya tak menulis, antaranya sebab sebuk berniaga laa.. alhamdulillah 😇


No comments:

Powered by Blogger.