Inilah Nama-Nama Asal Lelaki Yang Telah Bertukar Menjadi Nama Perempuan

Assalamualaikum WBT.. Kali ni admin nak kongsikan suatu hal berkaitan beberapa Nama Islam yang asalnya adalah Nama Lelaki tapi entah macamana dah jadi Nama Perempuan khususnya di negara kita ni.

Idea ni admin dapat dalam sebuah kuliah maghrib beberapa minggu atau bulan lalu, seorang ustaz ada menyebut tentang seorang Sahabat Nabi SAW yang 'bernama perempuan', tapi kata ustaz tersebut, Sahabat ini adalah lelaki, kita yang selama ni sangka beliau adalah perempuan. Siapakah beliau.. teruskan dengan info di bawah..



Pentingnya Tahu & Hafal Kisah / Sirah Nabi SAW

Untuk mengetahui dan memahami Nama² Lelaki Sahabat Nabi SAW ini, wajiblah kita ingat semula kisah Sirah Nabi SAW, jangan pula kata tak ingat, malangnya nasib sekiranya kita tak ingat Sirah Nabi SAW, apatah lagi kalau kita tak tahu langsung Sirah Nabi SAW, teramatlah malang, mungkin juga musibah ke atas diri. Kerana seorang Ulama' Islam Andalusia (Sepanyol) di zaman kegemilangan Islam di Eropah, Sepanyol dulu, beliau pernah mengatakan bahawa kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol adalah disebabkan 2 perkara:
  • Umat Islam sudah tidak Menghafal Al Quran, dan..
  • Umat Islam sudah tidak menghafal Sirah Nabi SAW..

Nama Lelaki Yang Telah Bertukar Ke Nama Perempuan

Antara beberapa Sahabat Nabi SAW di bawah ini adalah Lelaki, bernama Lelaki. Namun nama² mereka ini telah disangka perempuan dan diberikan Nama² ini kepada anak² masyarakat Melayu kita. Ya nama² ini nama² yang indah bunyi serta lafaznya, mungkin atas kejahilan kita tak tahu Sirah Nabi SAW, maka Nama² ni kita berikan kepada anak² perempuan kita. Apakah salah..? Taklah salah, cuma asalnya itu adalah nama Sahabat Lelaki Nabi SAW.. maka lebih baik kita ikut yang seperti asalnya. Wallahua'lam..


1. Uqashah / Uqasyah / Ukasyah

Ukasyah bin Mihsan r.a. adalah seorang dari Sahabat Lelaki Nabi SAW yang terdapat beberapa hadis tentang beliau. Antaranya yang paling terkenal adalah kisah Ukasyah ingin masuk Syurga tanpa dihisab ini.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِي الْجَنَّةَ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهِ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، قَالَ: اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ، ثُمَّ قَامَ آخَرُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهِ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ: سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

Maksudnya:
"Akan masuk Syurga daripada kalangan umatku 70 ribu tanpa hisab". Maka berdiri seorang lelaki sambil berkata: "Wahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripada mereka". Maka Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah jadikanlah dia sebahagian daripada mereka". Kemudian berdiri seorang lagi lelaki yang lain dengan berkata: "Wahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripada mereka juga". Maka Rasulullah SAW bersabda: "Ukasyah telah mendahului mu dalam perkara ini".
[HR Muslim No. 367]

Semoga Allah SWT memasukkan kita juga ke dalam golongan umat Nabi SAW yang akan masuk Syurga tanpa hisab.. aamiiin..

Ada juga Hadis Palsu yang cukup terkenal dikaitkan dengan beliau, iaitu kisah kononnya Ukasyah ingin memukul / mencambuk / mengqisas (membalas pukulan) Nabi SAW. Ini dikatakan adalah hadis palsu.

Jadi kita biasa dengan nama Uqasyah dalam masyarakat kita ni selalunya sebagai nama perempuan.. kan..? Sebenarnya ramai juga Lelaki bernama Ukasha ni kalau kita Search di internet, terutamanya di Timur Tengah & Afrika.




2. Rabi'ah / Rabiah

Rabi'ah bin Ka'ab adalah salah sorang Sahabat Nabi SAW yang sangat mencintai baginda Nabi SAW. Ya beliau seorang Lelaki. Kisah yang paling mahsyur tentangnya adalah kisah beliau berbakti kepada Rasulullah SAW tanpa disuruh. Hinggakan akhirnya Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Wahai Rabi'ah, mintalah apa yang kau hajatkan" Kerana Rabi'ah telah banyak berbakti kepada Rasulullah SAW tanpa disuruh pun. Beliau pun berkata, "Aku tidak terfikir untuk mengharapkan apa² balasan".

Setelah ditawarkan beberapa kali oleh Rasulullah SAW supaya dia minta sesuatu, sedang Rasulullah SAW sedia untuk mendoakannya, akhirnya beliau meminta untuk dapat berdamping dengan Rasulullah SAW di Syurga.. MasyaAllah.. Bacalah kisah Rabi'ah disampaikan oleh Ustaz Hazri Al Bindani. Atau sedikit kisah beliau dalam video di bawah oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.



Tapi kalau kita bagitau orang, kita ada kawan Nama Rabiah / Rabi'ah, automatik dia akan imagine perempuan kan..?


3. Maisarah

Nama Maisarah adalah Nama yang paling banyak diberikan kepada anak Perempuan masyarakat kita, kan..?  Admin pernah bagitau kepada seorang kenalan Perempuan admin pasal Namanya Maisarah, admin cakap pada dia..
"Maisarah, tau tak nama awak ni sebenarnya Nama Lelaki..!!" dengan muka selamba :) Maka terkesima kejap beliau.. ahahahaha..
Jadi benarkah Maisarah adalah Nama Lelaki..? Kalau benar, apakah kisah Maisarah, Lelaki di zaman Nabi SAW ini sebenarnya..?

Lebih baik kita dengar Kisah Maisarah ni Sahabat Nabi SAW dari video Uztaz Nazmi Karim di bawah.. dengar betul² ek'..



Jadi..
adakah anda kalau perempuan, termasuk dalam senarai nama di atas..?
Tak apa, takde masalah pon :)

Sila share, terima kasih..



Kredit:

  • http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2721-irsyad-al-hadith-siri-ke-295-kisah-ukasyah-memukul-rasulullah-saw

No comments:

Powered by Blogger.