Deria Keenam - Sixth Sense



Kita memahami akan lima deria asas kita iaitu, lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa (lidah). Apa yang kebanyakan orang tidak begitu menyedari adalah perasaan atau deria keenam mereka, iaitu suatu perasaan 'dunia sebelah sana'.. suatu hubungan kepada sesuatu yang lebih daripada 5 deria fizikal sedia ada mereka.
Perasaan inilah merupakan pintu ke alam yang tidak kelihatan itu tetapi boleh dirasai oleh Pancaindera Keenam (Sixth Sense) kita. Dalam dunia Sixth Sense ini seseorang yang cuba membuat hubungan dengan seseorang yang lain dalam keadaan komunikasi tidak boleh didengar, sentuhan tidak dirasai secara nyata tetapi berlakunya hubungan (connection).

Deria Keenam adalah suatu medium perantaraan di mana minda kita mampu berhubung dengan seseorang atau sesuatu menjangkaui sempadan, jarak dan masa. Sebagai contoh ketika kita sedang memikirkan seseorang di suatu tempat, minda kita sedang fokus tentang dia, tiba-tiba sahaja mobile fon kita berbunyi dan kita lihat dia yang call kita dan kita merasakan seperti suatu  keajaiban. Itulah contoh Sixth Sense bila dua gelombang minda (kita & dia) berhubung.

Kewujudan Pancaindera Keenam atau Deria Rasa Keenam (Sixth Sense) ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama ada kita suka atau tidak. Malahan ianya dipercayai berada dalam tahap tertinggi pada awal usia kehidupan kita, iaitu ketika kita masih kecil dimana dunia anak kecil ini lebih berada dalam peringkat minda bawah sedar (subconcious mind) yang tinggi, semakin kuat deria keenamnya. Semakin meningkat usia kanak-kanak ini dalam proses kematangan akal fikiran, semakin berkurang tahap pula minda bawah sedarnya hingga peringkat matang atau dewasa.

Sixth Senth Adalah Saintifik


Syukur Alhamdulillah.. Setiap kita telah dilengkapi dengan kemampuan Deria Keenam ini sejak dari lahir lagi bagi membolehkan kita (secara sedar atau tidak) untuk berkomunikasi secara spiritual sebagaimana kewujudan roh dalam jasad kita. Contohnya seorang ibu dapat merasai situasi anaknya walaupon berada berlainan tempat antara kedua mereka.

Ini adalah suatu fenomena bersifat saintifik yang berfungsi seperti dalam proses penghantaran maklumat elektronik seperti televisyen atau radio, memerlukan anda menala (tune) ke frekuensi tertentu untuk mendapatkan program yang anda mahu. Begitu juga dengan Deria Keenam, ia memerlukan penalaan kepada frekuensi seseorang itu dalam dunia rohani / spiritual (sixth sense). Kalau penalaan (tuning) elektronik dilakukan secara elektronik yang bersifat mekanikal di alam nyata, penalaan rohani dilakukan melalui otak dengan tumpuan mental (mantle focus), niat dan keinginan untuk tujuan tersebut.



Penalaan Mental (Mantle Tuning)


Walaupun kita mampu untuk melakukan mental fokus (mantle focus), namun penalaan mental fokus ini tidak konsisten dan berubah-ubah, sedang penalaan elektronik boleh dipercayai, konsisten dan hasilnya ketara, kerana sifatnya saintifik. Perbezaannya antara keduanya adalah, mental fokus ini lebih kepada komunikasi 'psikik' (psychic) di mana keketaraannya tidak begitu jelas sebagaimana peringkat awal pembangunan masa depan mampu pergi. Ia mempunyai asas saintifik bagi merealisasikan objektifnya kerana semua perkara yang berlaku bekerja mengikut hukum saintifik (scientific law), malah boleh mengikut hukum yang belum ditemui lagi (by laws that haven’t been discovered yet).

Sebagai contohnya, andai kita renungkan kecanggihan teknologi hari ini, bagaimana tanggapan masyarakat ketika seratus tahun dahulu, pasti mereka akan ketawa atau pelik bila kita mengatakan "teknologi hanya berada di hujung jari" kepada mereka 100 tahun dahulu. Begitulah yang dimaksudkan dengan kemampuan mental fokus ini hanya mampu sampai kepada peringkat awal pembangunan yang belum mampu dilihat hasil akhirnya.. tetapi merupakan permulaan penting untuk mencapai matlamat. Bukankah permulaan peranan otak inilah yang menjurus manusia mencipta kajayaan..?

Peranan


Harus diingat, Deria Keenam atau Sixth Sense ini mempunyai berbagai peranan, rangsanglah Deria Keenam anda untuk tujuan yang baik-baik. Antaranya ketika kita berdoa kepada Allah, penalaan mental fokus adalah sangat penting untuk kita berhubung dengan Tuhan Pencipta kita, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui, maka sambungkanlah (connect) 'blutooth' kita ini semasa kita solat dan ketika kita berdoa kepada Allah supaya solat & doa kita 'sampai' kepadaNya direct. Antara yang menjadi khabar angin masyarakat pula adalah kemampuan Sixth Sense 'melihat makhluk halus' kononnya, sedangkan para ulama' bersepakat mengatakan kita (manusia) tidak boleh melihat mereka. Dan topik ini TIDAK berkaitan dengan makhluk halus..!! Topik ini sekadar meningkatkan lagi pemahaman penulis berkaitan bidang Minda Separa Sedar (Subconscious Mind).. di mana Sixth Sense adalah sebahagian sub topik di bawah topik besar Subconscious Mind. Mungkin akan datang kita akan kupas lebih lagi akan peranan Deria Keenam ini dalam kehidupan dan bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada kita.. insya'Allah.

26 comments:

  1. bagaimanakah cara untuk meningkatkan dan menajamkan deria keenam ini untuk tujuan kebaikan?

    ReplyDelete
  2. Bagaimakah cara untuk meningkatkan atau menajamkan deria keenam ini untuk tujuan kebaikan?

    ReplyDelete
  3. hi nur liyana..
    saya tak mampu nak tunjuk ajar anda, tapi apa yang saya faham, ianya sangat berkait rapat dengan kemampuan Subconscious Mind (Minda Separa Sedar) kita..

    ReplyDelete
  4. assalam nur liyana..

    saya suka mencadangkan kita sentiasa merujuk kepada pandangan Islam dlm setiap perkara.. terus terang saya tak pasti pasal Sixth Sense ni secara tepat adakah dijelaskan dlm Islam sama ada melalui Al Quran ataupun Sunnah Rasul s.a.w.?
    cuma kita pernah diberitahu bagaimana Rasul s.a.w. memiliki kemampuan (seperti ada) Sixth Sense atau bahkan lebih dari itu (sebagai mukjizat kenabian baginda itu yg pasti), kerana kemampuan baginda s.a.w. melihat setiap manusia itu (khususnya para sahabat baginda) dengan potensi mereka yg berbeza². sebab tu setiap soalan dari para sahabat r.a. dijawab baginda s.a.w. dengan jawapan yg berbeza²..

    walauapa pun konsep Minda Separa Sedar ni ada kait rapat dengan kekhusyukkan kita dalam menghayati amalan² ibadah seharian kita, sama ada solat, berzikir, berdoa, dll.. saya rasa itu lebih penting.. "khusyuknya solat itu lebih berkualiti (lebih banyak pahala)".. "lebih khusyuk berdoa lebih mudah Allah terima (dan makbulkan insyllh)"..

    sebab ditakuti kalau kita tersilap penilaian atau pemahaman kita tentang Sixth Sense / Minda Separa Sedar ni, kemungkinan cara pembawaan atau amalan kita bertentangan dengan hukum syarak, yg akhirnya kita tersalah guna / tersalah amal, hingga terberlakunya (wa'iyazubillah) kesyirikan tanpa kita sedar.. sebab pakar barat mengaitkan konsep Minda Separa Sedar ini kepada hukum alam semesta, sedangkan kita WAJIB bersandarkan kepada Hukum Allah secara mutlak..

    jadi saya mencadangkan (diri saya juga) kita belajar pertingkatkan kualiti ibadah kita, insyllh Allah akan permudahkan urusan kita yg lain ☺

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. kalau hati kita bersih..tidak ada hasad dengki, cemburu, irihati, riak, InsyaAllah kita akan mampu menggunakan sixth sense....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..bagaimana jika ada yg boleh mendengar atau berhubung dengan makhluk halus?tidak nampak hanya mendengar suara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. wallahu'alam.. bab 'boleh mendengar / berhubung' dgn makhluk halus tu lebih baik tuan rujuk kpd ahli yg lebih arif, spt ustaz..
      ustaz sharhan | fesbuk
      ustaz haron din | fesbuk

      saya ni bukan siapa², harap maaf..

      Delete
  7. sy antara yg miliki sixsense sejak usia 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk kawan boleh .nk tanya sal sixsense

      Delete
    2. Masih ade lgi six senth?

      Delete
    3. Sy ade... Tp bila sy bgthu ape yg sy nmpk... Ape yg sy rse... Smua kt sy nk prhatian lebih... Kata sy lawan agama bagai..
      Sy trsesatlah.. wlhal sy x mntk pn smua ni...

      Delete
  8. Assalamu'alaikum-Adakah ia sama spti kasyaf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih jahil akan bab ni..
      boleh jadi ya boleh jadi tak..
      wallahua'lam..

      p/s: adalah sgt penting kita sebagai Muslim kene harus berhati² takut kita mudah menyimpang dari kebenaran, bahkan syaitan sentiasa bersedia mencuri peluang menyesatkan kita tanpa kita sedar (dlm apa jua topik).. jadi adalah lebih baik kita belajar dari ahli / guru yg benar (utk sesuatu ilmu yg sukar).. apa yg saya kongsikan ni hanya sebagai rujukan utk maklumat saya sendiri yg saya pernah ikuti.. setakat itu sahaja.. saya tak amalkannya skg, melainkan perintah Allah & Rasul SAW..

      Delete
  9. saya berminat dengan deria sixth sense ini..saya janji tidak akan menggunakannya ke jalan yang salah..
    tolong ajar kami

    ReplyDelete
  10. Kalau org tu dia mimpi buruk, dan keesokan paginya ada perkara buruk atau memalukan dirinya. Adakah orang itu telah diberi anugerah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg selalu saya dgr dari ustaz2, kalo kita mimpi yg baik itu khabar gembira dari Allah.. sementara kalo kita mimpi buruk itu dari (mainan) syaitan, maka jangan diceritakan.. dlm Al Quran ada cerita pasal mimpi spt dlm Surah Yusuf a.s. begitu juga ada Hadis Nabi SAW yg terangkan pasal mimpi, mungkin tuan boleh search..

      Delete
  11. Saya ada sixth sense tapi saya boleh tahu apa yang akan terjadi seperti selepas ini,bukanlah sampai besok ke tahun depan ke...masa 2,3,4,5 saya boleh nampak hantu.betul saya tak tipu

    ReplyDelete
  12. Saya ada sixth sense tapi saya boleh tahu apa yang akan terjadi seperti selepas ini,bukanlah sampai besok ke tahun depan ke...masa 2,3,4,5 saya boleh nampak hantu.betul saya tak tipu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... SIXTH SENSE ni...x dosa ker? Nak kepastian jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam warahmatullah..

      pada saya sixth sense ni ada beberapa kategorilah agaknye..

      ada sesetengah org yg maksudkan sixth sense ni pasal 'nampak hantu', nampak makhluk jinlah tu.. wallahua'lam yg tu saya tak tahu..

      apa yg admin cuba sampaikan dlm post di atas, adalah pasal sixth sense berkaitan 'firasat hati', contoh; seorang ibu mempunyai firasat hati terhadap anaknya yg jauh akan pulang..

      dalam Islam, 'firasat' ni mmg benar wujud, ia juga diterjemahkan sebagai 'Hijab yg dibuka oleh Allah' utk segolongan manusia terpilih.. bahkan ada beberapa Hadis Nabi SAW yg mengatakan tentangnya, antaranya:

      "Takutlah (hat-hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH".
      (HR At Tirmidzi dengan sanad lemah, dalam Al Sunan, Kitab: Tafsir, Bab: Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

      Kalau kita ingat semula dalam Sirah Nabi SAW, iaitu ketika saat kewafatan baginda Nabi SAW, masa Malaikat maut datang ke rumah baginda Nabi SAW setelah mendapat izin Allah, Malaikat maut mengetuk pintu rumah baginda Nabi SAW utk meminta izin masuk. Lalu Nabi SAW yg sedang tenat menyuruh anakandanya Fatimah Az Zahra r.a. membuka pintu melihat siapa yg dtg, lalu Fatimah r.a. melihat kpd yg dtg tu lantas mengatakan kpd 'org yg dtg' tu, Nabi SAW sdg sakit tenat tanpa mempelawanya masuk. Kemudian Fatimah r.a. kembali semula kpd ayahandanya Rasulullah SAW yg sakit, bila Rasulullah SAW tanya kpdnya siapa yg datang, Fatimah r.a. katakan dia tak kenal 'lelaki tu'.. Tapi bila Nabi SAW melihat kedalam mata Fatimah r.a. maka Nabi seolah2 boleh nampak siapa org yg datang ketuk pintu rumahnya.. Lantas Nabi SAW pon mengatakan bahawa 'org itu' adalah Malaikat maut dtg untuk bertemunya.. terkejut semua yg ada di situ mungkin..

      begitu juga dalam kisah hidup Imam Abu Hanifah (spt yg pernah diceritakan), Imam Abu Hanifah pernah dianugerahkan oleh Allah suatu kelebihan, dibukakan hijab kpdnya hingga beliau dapat melihat Dosa2 orang yang gugur ketika orang tersebut berwudhuk.. akhirnya kerana terlalu banyak melihat Dosa2 manusia hingga beliau rasa terganggu, maka beliau berdoa kpd Allah utk menutup semula Hijab tersebut supaya beliau tak lagi terganggu dgn kenampakkan Dosa2 org lain.. wallahua'lam..

      Maka inilah yg admin maksudkan dgn Sixth Sense secara teorinya, yg dihuraikan oleh seorang pakar psikologi secara ilmiah.. admin hanya menyampaikan utk rujukan admin disamping berkongsi info..

      Jadi menjawab soalan Unknown, kalo spt yg admin maksudkan, maka tiada salahnya, takdelah berdosa.. tapi kalo dimaksudkan dgn sixth sense yg lain dan bercanggah dgn syariat Islam, maka boleh jadi Haram.. wallahua'lam.. sila rujuk ustaz / ustazah yg lebih 'arif dlm bab ni ye..

      Delete
  14. Assalam.
    Sy slalu dpt rasakan jika ada khabar buruk yg sy atau org plng dekat dgn sy akn terima. Cnthnya tiba2 saya rasa sgt sedih sampai menangis sdgkan sy tak tau punca, esk paginya sy dpt berita adik ipar xcdnt awl pg tu. Dll byk pkra lain lg.
    Sy tak suka prsaan ni sbb sy jd tak tenang dan kdg2 smpai tak dpt tido bla prsaan ni dtg.
    Dan sy krp lalui kdaan spt yg pnh sy mimpi smpai sy jd keliru dan takut.

    ReplyDelete
  15. apa hukum kalau kita sebagai manusia membuka mata batin kita?? cthnya kita buka tu atas sebab hanya ingin melihat benda halus??

    ReplyDelete
  16. Saya baru saja perasan bila ada orang nangis tiba tiba saya nangis walau orang tu tak kenal kalau marah saya pun marah

    ReplyDelete
  17. Saya ada six sense. Saya bole nampak makhluk ghaib,org yang berilmu,alam lain. Tapi mengetahui masa tu saya tak ad kelebihan tersebut. Saya ragukan perkara itu.

    ReplyDelete
  18. six sence..pengalaman saya..klu nmpak benda yang x sepatutnya mcm hantu ke apa ke klu kita x beramal..ada benda yang x sepatutnya dalam diri...tp klu ibadah kita jaga dengan betul solat x tinggal sentiasa berzikir..ingat Allah..kita nmpak semua perkara baik2 jer dengan mata hati..kuncinya kena blaja ikhlaskan diri..walaupon perkara tersebut pada zahirnya nmpak x elok..tarik nafas dlm2 tgk dengan mata hati..kebaikan ada disebaliknya..ilmu Allah tu luas..

    ReplyDelete
  19. Dalam berkata kata kadang-2 kita rasa kita pandai...dalam berkata-2 kadang-2 kita sombong walau kata-2 tu berpandukan agama kononnya.Jangan suruh Org asah deria keenam atau mata ketiga tu.Ia bukanlah sesuatu yg boleh diasah.Ia akan terbuka sendiri hijabnya selapis demi selapis bergantung pada kdudukan makam diri kita dalam mengenali Tuhan.. tapi jangan kerjakan sesuatu untuk makam.dan Jangan ucapkan sikit pun kesalahan dlm menyampaikan ilmu.Jangan sombong dan Jangan Riak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.