Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal, No. 2 & 4 Paling Mudah

Bismillah.. Dalam sejarah kehidupan manusia ini akan wujud suatu Fitnah terbesar yang akan melanda seluruh umat manusia, khususnya umat Islam. Kebanyakan umat Islam telah sedia maklum iaitulah Fitnah Dajjal (fitnatul-masihud-Dajjal).

"Sejak penciptaan Adam sampai kiamat terjadi, tak ada makhluk (dalam riwayat lain: perkara) yang lebih besar dari Dajjal".

[Shahih Muslim, Jilid IV, hlm. 2266, No. 2946]

Dalam Sahih Al Bukhari, Abdullah ibn Umar RA berkata,
"Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan manusia. Beliau memuji Allah kemudian menyebut masalah Dajjal. Beliau bersabda, "Aku sungguh mewasiatkan agar kalian berhati-hati terhadapnya. Tak ada nabi yang tidak memperingatkan kaumnya (tentang masalah Dajjal). Namun, aku akan memberitahukan kepada kalian sesuatu yang tidak dikatakan oleh nabi (sebelumku) kepada kaumnya, bahawa dia (Dajjal) itu buta sebelah, sedangkan Allah tidak buta sebelah".

[Sahih Al Bukhari, bab 'Fitnah' - Penyebutan Dajjal' | Lihat Fath al-Bari, Jilid XIII, hlm. 90]


gambar hiasan

Daripada Abu Umamah ra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah adanya tempoh waktu 3 TAHUN yang SANGAT SUKAR, di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat.

Tahun Pertama
Allah SWT akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan sepertiga dari tanamannya.

Tahun Kedua
Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua supaya menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan dua pertiga dari tumbuh²nya.

Tahun Ketiga
Kemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan semua air hujannya lalu tidak menitiskan setitik air pun, dan Allah memerintahkan kepada bumi supaya menahan semua tanamannya.

Maka setelah itu tidak akan tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT."

Kemudian para sahabat bertanya:
"Dengan apakah manusia akan hidup pada masa itu?"

Baginda SAW menjawab:
"Tahlil (Subhanallah), Takbir (Allahuakbar) dan Tahmid (Alhamdulillah) akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan".

[HR Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim]

.

Marilah kita bersedia dengan senjata yang telah diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya iaitu kita untuk kita mempersiapkan diri kita dan khususnya generasi keturunan kita akan senjata bagi menghadapi FITNAH DAJJAL yang dahsyat ini nanti, bila mana masanya telah tiba.


Post berkatan: 4 Amalan Mudah Memohon Syurga Allah

4 Senjata Mempertahankan Diri Dari Fitnah Dajjal


1. Beramal Dengan Al Quran & Hadis

Dengan kata lain wajibkan diri kita dengan ilmu Allah, rajinkan menuntut ilmu agama, mantapkan aqidah kita kepada Allah. Rajin²lah menghadiri majlis ilmu seperti di masjid² ketika kuliah maghrib, dan seumpamanya.

Dari sini kita akan ketahui akan suatu hadis Nabi SAW yang menerangkan akan suatu amalan yang baik, iaitu membaca Surah Al Kahfi setiap hari (atau malam) Jumaat. Baca Al Quran dan mentadabburnya, iaitu memahami maksudnya, atau sekurang²nya kita menghayati tafsir ayat / surah yang kita baca dan cuba sedaya upaya untuk mengamalkannya.

"Barang siapa membaca Al Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah)".

[HR Ad Darimi]

"Barang siapa membaca Al Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya".

[HR Al Hakim & Al Baihaqi]

2. Mengamalkan Membaca 10 Ayat Awal Surah Al Kahfi

Mari kita berusaha membaca sekurang²nya 10 ayat awal Surah Al Kahfi ini setiap hari hingga kita dapat hafalkannya dan memahami maksud serta usaha untuk beramal dengannya. InsyaAllah dipermudahkan hidup kita dan Allah pelihara kita dari segala fitnah duniawi, fitnah social media, dll.

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ

Dari Abu Darda’ ra, bahwa Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surat Al-Kahfi, nescaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan (10 ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi".

[HR Imam Muslim I/555 No.809 | Imam Ahmad V/196 No.21760 | Ibnu Hibban III/366 No.786 | Al-Hakim II/399 No.3391 | Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman V/453 No.2344].

3. Membaca, Menghafal & Beramal Dengan 10 Ayat Terakhir Surah Al Kahfi

Iaitulah dari ayat 101 - 110 Surah Al Kahfi. Sama juga, kita amalkan baca setiap hari, cuba hafal yang mana mampu dan kita semak tafsirnya serta usaha untuk memahami & mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda ra, bahwa Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal".

4. Menghafal & Membaca 4 Kalimah Doa Dalam Solat

Kita sedia maklum akan suatu doa yang sahih dari Nabi SAW mengajarkan kita untuk membaca 4 permohonan doa ini dalam solat² seharian kita, selepas tasyahhud (tahiyyat) akhir, sebelum salam, iaitu doa:
  • mohon perlindungan dari Neraka Jahannam
  • mohon perlindungan dari azab kubur
  • mohon perlindungan dengan Allah dari fitnah hidup & mati
  • mohon perlindungan dengan Alla dari keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal




Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila salah seorang kalian selesai membaca tasyahhud hendaknya ia berlindung kepada Allah dari 4 perkara. Beliau membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ , وَمِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ , وَمِنْ فِتْنَةِ اَلْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ , وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ اَلْمَسِيحِ اَلدَّجَّالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal".

[HR Bukhari & Muslim - Muttafaq 'alaih]


5. Lari Bila Mendengar Kedatangan Dajjal

Sebagai bonus yang ke-5 Nabi SAW menyuruh kita lari menyembunyikan diri bila mana mendengar kehadirannya. Ni kira langkah terakhirlah. Lari sembunyi dan terus berzikir selama mungkin.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat kita mulakan beramal dengannya dan semoga dapat kita Allah wariskan (ajarkan) juga kepada anak² keturunan kita, sebab kemungkinan besar kalau bukan kita, boleh jadi anak² kita akan menghadapi FITNAH Dajjal ini nanti. Semoga Allah memelihara kita & keturunan kita darinya.. aamiiin..





Post Berkaitan: 4 Kalimat Zikir Lebih Power Dari Yang Lain

Kesimpulan

Ini ada peringatan khususnya buat admin sendiri dan kita seluruhnya akan kehadiran suatu MUSIBAH BESAR, suatu malapetaka akhir zaman yang akan datang tak lama lagi. Bukan bencana alam (ya bencana alam itu bahaya) bahkan musibah / malapetaka / yang disebut fitnah ini adalah suatu ujian terakhir bagi umat manusia, sama ada kita akan lulus atau (kebanyakan) kita akan gagal..!!? Andai kita lulus, insyaAllah Syurga menanti kita, aamiiin.. tapi kalau kita gagal (majoriti kita akan gagal) maka kita akan terjerumus menjadi pengikut Dajjal laknatullah.. wal'iyyazubillahi minzalik..

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pernah dalam suatu kuliahnya menyatakan bahawa selagi ada yang mengingatkan akan perihal Dajjal, maka selama itu dia belum muncul. Dia akan keluar nanti bila mana sudah tidak ada lagi yang memperingatkan akan dia.

Wallahua'lam..



Rujukan:

  • https://www.slideshare.net/cahayamataku_91/cara-mengelak-diri-dari-fitnah-dajjal
  • https://www.hmetro.com.my/addin/2018/07/362195/manfaat-surah-al-kahfi
  • http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2014/08/28/32529/bahaya-fitnah-dajjal-dan-cara-menyelamatkan-diri-darinya
  • http://serambiummah.tribunnews.com/2015/09/15/dalam-sejarah-manusia-ini-dia-fitnah-terbesar-di-akhir-zaman
  • https://abufawaz.wordpress.com/2011/12/09/hadits-hadits-shohih-tentang-keutamaan-surat-al-kahfi-

No comments:

Powered by Blogger.