Selamat Datang Barack Obama, Foto & Selfie

President U.S. Barack Obama disambut dengan ucapan 'Selamat Datang' (agaknye), diakan tahu cakap Melayu..


♫ Senyumm.. tak perlu kata apa² ♪



Perbarisan RAMD bergerak menyambut ketibaan Presiden Barack Obama keluar dari pesawat rasmi Presiden U.S. Air Force One sebaik tiba di lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, 26 April 2014.



Presiden U.S. Barack Obama, presiden yang ke 44 U.S., merupakan yang ke-2 selepas Lyndon pada tahun 1966 datang ke Malaysia ketika zaman perang Vietnam dengan U.S.



Sebaik tiba di Dataran Parlimen, disambut oleh Yang Dipertuan Agung dan PM Najib. Lihat beliau pandang Agung (bersongkok sebelah kiri).. agaknya masa dalam keretanya dia dah diberikan / dah cek dah gambar Agung, kot² tersilap org atau tak tau mana satu kot nak kena salam dulu.. huhu..



Lepas salam Agung baru salam PM, protokol.. semua prcedure tu pasti dah disediakan oleh org² beliau dari dlm Air Force One atau dalam The Beast kereta khasnya tu.. kereta tu cermin tingkapnya jer 12cm tebal, kalis bom..!!



Sebaik tiba, aktiviti pertama memeriksa Perbarisan Diraja sebagai sambutan Selamat Datang.. agak²nye team security Secret Service Obama ni cuak gak tengok pegawai pengiring Obama ni yang bawak pedang rasmi terhunus ikut belakang beliau mengiring perbarisan tentera RAMD..



Sebenarnya Perbarisan Diraja RAMD ni pernah dijemput khas untuk berkhidmat (Changing of The Guards) di Istana Buckingham di U.K. sebagai pertukaran kawalan istana antara Istana Negara dengan istana Queen Elizabeth.


Alaa cakap Melayu jer pon boleh Tuanku, Mr. Presiden faham punyer huhuhu.. (apalaa agaknye disembangkan tu).

Malan Malam Diraja

Jamuan Makan Malam Diraja di Istana Negara bersama DYM Agung, Raja Permaisuri Agung, PM Najib















last but not least.. 
senyum, ♪ tak perlu kata apa apa ♫ ☻

@Barack Obama & PM @NajibRazak #Selfie

No comments:

Powered by Blogger.