Saintis Barat Yang Mengakui Kebenaran Fakta Al Quran - Embriologi
Saintis barat yang mengakui kebenaran fakta Al Quran dalam kajian sainsnya, Professor Keith L Moore, adalah seorang Embriologi terkenal dan hasil kajiannya menjadi rujukan saintis kemudiannya.
Beliau sebenarnya adalah seorang doktor dan saintis dalam bidang biologi pengkhususan kajian anatomi, iaitu struktur tubuh (manusia & haiwan). Kajian beliau lebih popular dalam bab Embrio (kejadian janin manusia).
Beliau terkenal dengan pengakuannya tentang fakta ayat Al Quran yang menerangkan tentang kejadian manusia dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging hingga menjadi manusia.
Lihat Al Quran Surah Al Mukminun, Ayat 13-14.
13. Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.
14. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Beliau juga telah menulis buku bertajuk 'The Quran on Embryology'.. buku ini menjadi rujukan saintifik dan telah dipilih oleh pihak berauthority di Amerika sebagai 'The Best Book Authorised by One Person'.
Video Penerangan Prof. Keith L Moore Antara Ayat Quran Dengan Foto² Pembentukan Embrio / Janin
...
Video Penuh Syarah Embryology in the Qur'an
Subhanallah..
sumber:
youtube
wiki
http://www.surah.my/2/223
http://www.surah.my/23/12-16
http://www.surah.my/76/2
http://www.surah.my/80/19-20
http://duniamuallaf.blogspot.my/2013/05/dr-keith-l-moore-ini-tidak-mungkin.html
No comments: