9 Smartphone Terbaik Kategori Bawah RM500 Ada Dual Kamera

Atas sebab berhajat untuk mencari smartfon baru bagi menggantikan smartfon lama (taklah lama sangat, setakat baru pakai 3-4 tahun), admin mencari senarai smartfon terbaik kategori di bawah RM500. Perasan atau tidak, gajet² sekarang ni nama saja smart, tapi semakin canggih teknologi semakin tak tahan lama gajet zaman sekarang ni.. berbanding teknologi lama.. Baiklah kita lihat 9 senarai recommended Smartphone di bawah RM500.



Sebelum itu harus diingat ini hanyalah 'senarai terbaik' ikut pendapat admin sendiri dengan berdasarkan spesifikasi sekurang²nya:
  • 16GB, 2GB RAM
  • 5.0" Paparan skrin
  • Kamera 8MP hadapan
  • Fingerprint sebagai standard feature

1.  Xiomi Redmi 4X

 

Model kategori bawah RM500 ini adalah bagi spesifikasi Redmi 4X 16GB internal storage & 2GB RAM sahaja. Untuk spesifikasi 32GB, 3GB RAM berharga RM600+ dan 64GB, 4GB RAM harganya RM800+. Model ni juga adalah set import, bermakna jaminan hanya dari kedai, bukan dari Redmi Malaysia.
  • Dual Sim
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad ~ 256GB)
  • Paparan: 5.0" kurang
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 294ppi (pixels per inch)
  • Chipset: Snapdragon 435
  • GPU: Adreno 505
  • Kamera: 13MP utama Baik & 5MP hadapan
  • Bateri: 4100 mAh Terbaik
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 139.2 x 70 x 8.7 mm
  • Keluaran: Mei 2017
  • Harga: RM458
 


2.  Redmi 4A



Satu lagi model Redmi dari jenama Xiomi, ialah abangnya yang setahun lebih tua, Redmi 4A dalam kategori bawah RM500 ini. Namun spesifikasinya agak rendah sedikit dari model Redmi 4X tadi, cuma internal storagenya lebih baik iaitu 32GB berbanding 16GB sahaja pada adiknya Redmi 4X tadi. Model ni menawarkan jaminan rasmi dari Redmi Malaysia.
  • Dual Sim
  • Memori: 32GB Baik, 2GB RAM (Memori Kad ~ 256GB)
  • Paparan: 5.0" kurang
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 296ppi
  • Chipset: Snapdragon 425
  • GPU: Adreno 308
  • Kamera: 13MP utama Baik & 5MP hadapan
  • Bateri: 3120 mAh
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 139.9 x 70.4 x 8.5 mm
  • Keluaran: Nov 2016
  • Harga: RM479




3.  LeEco Le S3 X626



Satu lagi jenama 'made in China' LeTV, LeEco (tak pasti mana satu nama jenamanya, logonya simbol LE, mungkin LeEco nama jenama), yang tak kurang hebat dari spesifikasi yag ditawarkan pada budget bawah RM500. Iaitu model LeEco Le S3 X626. Saya mendapat tahu namanya & beberapa model dari sirinya melalui group Telegram (kalo tak silap). Antara lain kelebihannya adalah full metal body termasuk buttonnya juga dari metal. Lihat sajalah spesifikasinya..
  • Dual Sim
  • Memori: 64GB Terbaik, 4GB RAM Terbaik (Tiada Memori Kad disokong)
  • Paparan: 5.5"
  • Resolusi: 1080 x 1920 dengan 401ppi Terbaik
  • Chipset: Helio X20 deca core
  • GPU: Mali T880 Terbaik
  • Kamera: 21MP utama Terbaik & 8MP hadapan Baik
  • Bateri: 3000 mAh kurang
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 151.1 x 73.9 x 7.5 mm
  • Keluaran: Dis 2016 / Jan 2017
  • Harga: RM494



4.  ZTE Nubia N1 Lite


Jenama ZTE ini bukanlah baru seperti mana Xiomi serta LeEco di atas, tapi beberapa tahun dulu sebelum munculnya lambakan jenama, ZTE ni antara yang popular juga. Namun beberapa nama yang pernah seangkatan sudah (hampir²) tenggelam. Lihat spesifikasinya untuk model di bawah RM500 ni..
  • Dual Sim
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad ~ 128GB)
  • Paparan: 5.5"
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 267ppi
  • Chipset: Mediatek MT6737
  • GPU: Mali T720
  • Kamera: 8MP utama & 5MP hadapan
  • Bateri: 3000 mAh kurang
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 153 x 77.5 x 8.4 mm
  • Keluaran: Feb 2017
  • Harga: RM499



5.  ZTE Blade A910



Satu lagi jenama ZTE yang merupakan abang (tua setahun) kepada Nubia N1 Lite, ZTE Blade A910 menawarkan kelebihan pada kameranya. Beberapa online store mengkategorikannya dalam senarai budget di bawah RM500, walaupon harga di ZTE Malaysia secara rasmi menyatakan harganya RM699.
  • Dual Sim
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad ~ 128GB)
  • Paparan: 5.5"
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 267ppi
  • Chipset: Mediatek MT6735
  • GPU: Mali T720
  • Kamera: 13MP utama Baik & 8MP hadapan Baik
  • Bateri: 2540 mAh kurang
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 154 x 79 x 6.9 mm
  • Keluaran: Apr 2016
  • Harga: RM449



6.  Neffos TP-Link X1




Neffos ini adalah keluaran TP-Link, ya pembuat router yang femes tu di seluruh dunia tu (tapi mereka rupanya masih 'made in China' origin). Jadi bidang connection adalah kepakaran mereka, mengapa tidak mereka diversify ke Smartphone. Kita lihat apa yang ditawarkan oleh Neffos T-Link untuk mobile phone di bawah RM500 ini..
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad disokong)
  • Paparan: 5.0" kurang
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 294ppi
  • Chipset: Mediatek MT6750
  • GPU: Mali T860
  • Kamera: 13MP utama Baik & 5MP hadapan
  • Bateri: 2550 mAh kurang
  • OS: Android 7, Nougat Baik
  • Saiz: 142.6 x 71.2 x 8.5 mm
  • Keluaran: Jun 2017
  • Harga: RM499



7.  Meizu M5


  • Dual Sim
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad disokong)
  • Paparan: 5.2"
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 282ppi
  • Chipset: Mediatek MT6750
  • GPU: Mali T860
  • Kamera: 13MP utama Baik & 5MP hadapan
  • Bateri: 3070 mAh
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 147.3 x 72.8 x 8.2 mm
  • Keluaran: Okt 2016
  • Harga: RM459



8.  Asus Zenfone 2 ZE551ML



Jenama ASUS antara yang tidak asing bagi kita dalam technologi komputer apatah lagi dalam produk mobile phonenya. ASUS terkenal dengan model Zenfone yang terdiri dari beberapa siri. Di sini kita lihat model Zenfone 2 ZE551ML yang agak berusia tapi masih dikira boleh bersaing dalam kategori bawah RM500. Apa yang kelihatan di bawah, model ini merupakan model yang paling tebal, hampr 11mm (tak selesa berada dalam poket seluar), berbanding saingannya yang lain semua di bawah 9mm.
  • Dual Sim
  • Memori: 16GB, 4GB RAM (Memori Kad ~ 256GB)
  • Paparan: 5.5" + Corning Gorilla Glass 3
  • Resolusi: 1080 x 1920 dengan 401ppi Terbaik
  • Chipset: Intel Atom Z3580
  • GPU: PowerVR G6430
  • Kamera: 13MP utama Baik & 5MP hadapan
  • Bateri: 3000 mAh
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 152.5 x 77.2 x 10.9 mm
  • Keluaran: Okt 2016
  • Harga: RM479



9.  Leagoo M8 Pro (Dual Lense)



Ini dia satu lagi jenama 'made in China' yang cuba bersaing rapat dengan jenama² terkenal lain, walau dari negara mereka sendiri. Leagoo membariskan model² yang sangat kompetitif dengan harga tak mampu dilawan oleh jenama² lain.. murah & berbaloi. Perhatikan betul² model yang satu ni adalah Leagoo M8 Pro bukan M8 tanpa Pro, sebab kedua²nya adalah berbeza model. Jadi pastikan jangan tersalah beli yang bukan Pro (kecuali atas kehendak anda).
  • Dual Sim, Dual Standby, Dual Camera
  • Memori: 16GB, 2GB RAM (Memori Kad ~ 128GB)
  • Paparan: 5.7" Terbaik + Corning Gorilla Glass 4 Terbaik
  • Resolusi: 720 x 1280 dengan 294ppi
  • Chipset: Mediatek MT6737
  • GPU: Mali T720
  • Kamera: 13MP + 5MP dual camera utama Terbaik & 8MP hadapan Baik
  • Bateri: 3500 mAh
  • OS: Android 6, Marshmalow
  • Saiz: 154.5 x 79.8 x 8.8 mm
  • Keluaran: Nov 2016
  • Harga: RM459



Kesimpulan - Top 3

1.  Redmi 4X

Gajet yang berbaloi untuk penggunaan 'endurance', kalau anda jenis manusia yang 23 jam ngadap enfon :) Secara peribadi, walaupon model Redmi 4X ni spec ditawarkan cukup bagus, tapi malangnya, admin tak berapa suka skrin yang kurang dari 5.5" letih nak scroll / pan (gerak kiri. kanan. atas, bwh) bila browse net. Jadi model Redmi 4X ni cuma 5.0" tolak tepi dulu..
...

3.  LeEco Le S3 X626

Fon jenama baru ni pula macam best jer, macam canggih jer spec dia :) Tapi bila admin survey dia punya company, tak jumpa lak official LeEco Malaysia untuk nak dapatkan info pasal after sales support kita sebagai bakal customer mereka. Akhirnya admin jumpa kes CEO & syarikatnya yang bermasalah. Adehh kalau bermasalah macam ni masalah juga laa jenama ni nanti, spec dah cun.. harga terbaik RM494 di lzd pon dah cun..
...

9.  Leagoo M8 Pro (Dual Lense)

Hmm yang ni dalam perhatian admin gak, apa menarik, specnya bolehlah untuk budget bawah RM500 harus diingat tu.. cuma kelebihannya selain dari Dual Lense (walaupon mungkin tak sehebat kamera dual lense fon highend, tp dah mcm fon highend laa juga kalau org tgk ahahaha), ia juga menawarkan skrin terbesar iaitu 5.7" bagus sangat utk kita yang suka browse net anywhere anytime ni :) boleh laa kalau nak invest setakat RM459 (harga termurah yg admin jumpa di lzd) pakai utk 1-2 tahun lagi sementara Note 8 jatuh harga 1-2 tahun lagi ahahahaa..
...

Demikianlah yang dapat admin survey untuk mencari smartfon baru menggantikan Galaxy Note 3 Neo hanya setelah 3 tahun lebih guna dan semakin memperlihatkan ragamnya yg macam² tu.. Tapi admin masih berkira² budget utk menggatikannya dalam anggaran bawah RM500 tu pasal survey ni dikongsi dalam blog ni. Sebab sebenarnya seperti dikatakan tadi, admin tengah tunggu Galaxy Note 8 jatuh harga, dari harga yg tak masuk dek akal sekarang ni dekat 4 ribu, untuk turun ke sekitar 2 ribu, boleh ker :) Sebab admin mmg perlukan Stylus Pen pada smartphone yang (malangnya) hanya ada pada fon Samsung Galaxy Note sahaja.. admin sebagai seorg designer memang perlukan stylus pen utk catat info & draw guna fon on the go.. fon brand lain kenapa tak buat stylus pen gak..!!? bersainglah.. kami consumer perlukannya..

Apa pon harus diingat sekali lagi bahawa harga² smartphone terbaik di bawah RM500 yang disenaraikan di atas adalah merujuk kepada harga online yang ditawarkan oleh penjual online 'lzd'. Di mana anda boleh beli terus melalui mereka..

Wassalam..

No comments:

Powered by Blogger.