Kisah Pelik Dibilik Pembedahan Al Hafidz



Kisah benar ini adalah sebuah kisah luar biasa mengenai seorang pesakit di negara Mesir yang dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Dijangkakan pembedahannya itu tidaklah merbahaya sebagaimana kebiasaan pesakit yang akan dibedah. Namun apa yang menarik dalam kisah kali ini adalah pesakit yang berusia dalam 60an itu adalah seorang Hafidz Al Quran yang saat beliau hendak masuk ke bilik bedah, beliau mula menangis. Doktor yang bertugas untuk membedahnya mula perasan akan reaksinya yang menangis tu.. dan kisah ini seperti yang diceritakan sendiri oleh doktor tersebut kepada Syeikh Muhammad Hassan..
Pesakitnya itu, umurnya sudah melebihi 60 tahun janggutnya sudah beruban dan mukanya berseri². Ketika beliau memakai pakaian bedah yang diberi, beliau menangis.
Berikut adalah dialog antara doktor tersebut dengan pesakitnya itu tatkala dilihat pesakitnya itu menangis:

Doktor: "Mengapakah kamu menangis sedangkan kamu adalah seorang Hafidz Al Quran? Wajah kamu berseri², kamu adalah tauladan bagi kami, (mengapakah kamu menangis)?"

(Bukankah sepatutnya ahli Al Quran itu bersifat tenang dalam segala keadaan kerana Al Quran menjadi amalannya, Al Quran berada dalam dadanya. Tapi pesakitnya ni agak pelik, beliau tak menunjukkan sifat tenang atau seperti tak redha untuk dibedah. Inilah yang membingungkan doktor tersebut.)

Lalu pesakit itu menjawab, "Demi Allah aku menangis bukan kerana takutkan kematian atau pembedahan ini".

Doktor: "Jadi kenapa kamu menangis?"

Kata pesakit tersebut, "Aku mendapat tahu pembedahan ini mengambil masa lebih dari 4 jam".

Doktor: "Ya boleh jadi pembedahan ni berlangsung dalam 4 - 6 jam".

Pesakit: "Alhamdulillah".

"Apakah kamu takut?" Ditanya lagi oleh doktor.

"Tidak sekali-kali". Jawab pesakit itu.

"Jadi kenapa kamu menangis?" Tanya doktor tu lagi kehairanan.

"Aku menangis kerana hari ini aku tak dapat membaca wirid harianku, iaitu Al Quran". Jawab pesakit tersebut dengan perasaan sebak kerana terpaksa berpisah dengan bacaan Al Quran (dalam masa 4 - 6 jam itu).

Mendengar jawapan pesakitnya itu, tersentuh hati doktor dan tak mampu berkata apa². Melainkan doktor tu berkata dalam hatinya "(MasyaAllah, berapa banyak agaknya dia membaca Al Quran dalam sehari)".

Tertarik dengan jawapan pesakitnya itu, doktor mula bertanya lebih lanjut, "Berapa juzuk kamu membaca (Al Quran) sehari?".

Dijawabnya, "Setiap 3 hari aku akan khatam Al Quran, InsyaAllah.. 10 juzuk dalam sehari. Jadi aku (menangis sebab) takut terlepas peluangku untuk membaca Al Quran (ketika aku dibedah sebentar lagi ini)".
Doktor tu menceritakan (kepada Syeikh Muhammad Hassan) betapa dia merasa malu dan hinanya dia dibandingkan dengan pesakitnya itu, yang sungguh dimuliakan dengan Al Quran.


Kata doktor tersebut kepada Sy. Muhammad Hassan, "Pesakit yang perlukan pembedahan tu takut kehilangan masa tak dapat membaca Al Quran seperti kebiasaannya. Padahal dia sememangnya sakit. Sedangkan aku yang sihat ni tak membaca pon Al Quran seminggu, 2 minggu, sebulan.. Walaupon sepotong ayat aku tak baca dari Kitab Allah (Al Quran)".

Sambung dialog doktor dan pesakitnya itu; kata pesakit tua tersebut kepada doktor, "Wahai anakku, bolehkah aku meminta sesuatu?"

"Silakan". Kata doktor.

"Aku hendak solat (sunat) 2 rakaat dahulu, dan bila kamu dah letakkan aku di atas tempat pembedahan nanti, tinggalkanlah aku 1 jam tepat untuk aku dapat mengulangi bacaan Al Quran ku". Pinta si pesakit.

Dizinkan oleh doktor seperti diminta pesakitnya itu. Kemudian setelah masa (solat 2 rakaat) yang diberikan sampai, doktor pon datang untuk mula membiusnya.

Pesakitnya itu berkata, "Kamu boleh mulakan pembedahan ke atas ku selepas menunaikan hasrat ku itu dengan TaufiqNya".

Doktor membalas, "Ok kami benarkan kamu berbuat begitu".

Beliau pon berbaring di atas katil bedah dan memulakan bacaan (hafazannya) Al Qurannya. Setelah 1 jam seperti yang dijanjikan, doktor pon datang dan mula memberinya bius. Setelah beberapa ketika pesakitnya itu mula kelihatan tak sedarkan diri. Kemudian doktor bersama kumpulan pembedahan datang untuk memulakan pembedahan ke atas pesakitnya yang sudah tak sedarkan diri itu. Ketika inilah doktor dan kumpulan jururawat pembantu pembedahan itu melihat sesuatu yang luar biasa berlaku ke atas pesakitnya itu.

"Demi Allah, wahai Syeikh Muhammad, aku melihat lidahnya tak berhenti dari membaca Al Quran sepanjang tempoh pembedahan, sedangkan dia dalam keadaan koma (dibius)". Demikianlah doktor itu menceritakan kepada Syeikh Muhammad Hassan.

Kisah ini dipetik dari video Syeikh Muhammad Hassan di bawah


Kesimpulan

Mulianya hamba Allah yang hidup dengan Al Quran. Kisah di atas membuktikan betapa Allah telah memuliakan beliau dengan Al Quran. Dan beruntunglah sesiapa yang dapat hidup dengan Al Quran, kelak nanti Al Quran pasti akan menjadi temannya, pembelanya dan dapat mensyfaatinya di Akhirat kelak.. untungnya..

Masih ingatkah kita suatu ketika dulu bila kisah kubur yang hendak dipindahkan ke tapak kubur baru, kecoh kisah beberapa mayat yang dah berpuluh² tahun bersemadi, ketika dikeluarkan untuk dipindahkan.. mayat² tu elok seperti masih baru. Dan menurut beberapa kisahnya seperti yg diceritakan, antara amalan jenazah yang elok tak reput tersebut adalah amalan membaca Al Quran..

Marilah kita (khususnya diri aku sendiri) berazam dan tekad untuk dapat membaca Al Quran, dengan adab yang betul, iaitu bersuci (berwuduk), mengambil dan membuka kitab Al Quran, melihat pada ayat² Nya, dan membacanya secara tenang, penuh rasa keinsafan. InsyaAllah amalan yang sedikit, walau hanya sepotong ayat sehari sudah memadai untuk menjadi amalan istiqomah kita setiap hari. Dan semoga Allah rezekikan kita dapat membacanya setiap hari, walau hanya sepotong ayat (daripada tiada langsung), seperti yang pernah dikongsikan oleh Ustazah Norafizah Musa - bacalah walau hanya sepotong ayat Al Quran sehari.

Wallahu'alam..

Doa Khatam Al Quran (Hayati maknanya)


Allahummarhamna bil Quran
Waj 'al hulanaa imaamau wanuurau wahudau warahmah

Allahumma zakkirnaa minhuma nasiina
Wa 'allimnaa minhuma jahiilnaa
Warzuqnaa tilaawatahuu aanaa allaili wa aathro fannahaar
Waj 'alhulanaa hujjatan
Ya Rabbal 'alamiin..


Ya Allah Rahmati kami dengan Al Quran.
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan Rahmat
Ya Allah ingatkan kami apa yang (kami) terlupa
Dan ajarkanlah yang kami tak ketahui
Dan rezekikanlah kami membacanya sepanjang malam dan sepanjang siang hari
Dan jadikanlah ia (hujjah) pembela kami di akhirat.
Ya Rabbal 'alamiin..


kredit img: http://khamakarpress.com/2014/10/10/a-war-within-a-war-the-battles-fought-by-gazas-medics/

No comments:

Powered by Blogger.