Islam Adalah Agama Masa Hadapan (Jewish Rabbi)


Pendita Yahudi (Rabbi) ini mengakui Islam adalah agama (yang akan terus berkembang) masa hadapan. Menurut analisanya, agama Yahudi telah gagal, Kristian juga telah gagal, bahkan beliau melabelkan Israel negaranya itu sendiri sebagai punca kejahatan (origin of evil) dan beliau mengakui Israel bakal akan dihapuskan (eliminate), sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang pernah mengatakan umat Islam bakal memerangi Yahudi besar-besaran..


Kristian telah gagal sejak kurun ke 19 lagi bila ajarannya yang bertentangan antara mazhabnya sendiri menjadi semakin tak dapat diterima oleh para pengikutnya. Percanggahan kandungan antara versi² Bible yang bertentangan malah paderi² mereka juga masih tak mampu menghuraikan mengapa wujudnya pertentangan antara versi² bible serta aliran mazhab yang saling bercanggah. Paderi² Kristian sentiasa mengelak untuk ditanya atau menjawab soalan berkaitan permasalahan dalam ajaran Kristian.

Judaism (agama Yahudi) pula telah dibayangi oleh pengaruh Zionisme hingga pengikutnya lebih cenderung berada 'dibawah perintah' rejim zionis. Jadi agama yahudi ini lebih gagal dari Kristian yang berkembang keseluruh dunia (walaupon telah tersesat).

"Democracy is the unlimited atheism. Democracy is an ugly thing, it is the top of atheism at all" [video at 3:00]

Atheism pula majoritinya adalah dari pengikut Kristian yang gagal mendapat jawapan atas persoalan² mereka berkaitan konsep ketuhanan sebenar.. kerana mereka (atheis) ini dari golongan pemikir yang tidak membuta tuli percaya Tuhan itu 3 dalam 1. Akhirnya mereka memilih tidak percaya pada tuhan, padahal mereka hakikatnya (naluri seorang manusia) percaya adanya kuasa pentadbir seluruh alam, iaitu Tuhan Yang Satu.. cuma mereka masih belum benar² mendapat pengetahuan tentang Allah, Tuhan Seluruh Alam, Pemilik Langit & Bumi, Pencipta tiap² sesuatu.

"If this was the elimination of the state (Israel), as I think within 70 years most of the land will embrace the religion of Islam!" [video at 6:22]

Islam adalah agama yang lahir dari akhlak dan disiplin yang sempurna melalui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dibina kukuh dan teguhnya ajaran Islam itu mampu untuk terus hidup dan berkembang (survive) dalam apa² keadaan sekali pun dan dalam keadaan yang sukar sekali pun. Bahkan Islam terbukti mampu untuk terus maju hingga dapat dilihat perkembangannya hari ini seperti perkembangan sistem kewangan Islam, sistem perundangan Islam, industri pemakanan Islamik telah diterima oleh semua golongan, Islam dalam bidang perubatan, pembinaan, kesenian, pendidikan dan lain².

Islam berjaya diaplikasikan dalam setiap sudut kehidupan, dan pasti mampu untuk terus berkembang, kerana Islam pernah melalui zaman² yang sukar, pernah ditindas, diperangi, bahkan difitnah hingga ke hari ini sebagai pengganas (kononnya), namun Islam tetap hidup bahkan semakin dikaji dan diminati oleh mereka yang benar² ingin mengetahui tentangnya.
Because of this religion (Islam) is strong enough, and can lead the people in the right direction. [video at 6:33]

"Islam will win, with or without you..!!" -Ahmad Deedat.

No comments:

Powered by Blogger.