Hikmah Lebah - Madu & Hasilnya



Madu adalah makanan semulajadi yang bersih, suci bersumberkan anugerah alam. Setelah kita mengenali serba sedikit tentang Hikmah Lebah & Sifatnya, kita berkongsi pula akan Khasiat Madu Lebah & Hasilnya. Madu lebah ada berbagai warna, kekuningan, keemasan, kehijauan, warna coklat dan warna gelap. Bukanlah bermakna yang kekuningan atau keemasan itu yang terbaik, tetapi..

warna-warna madu ini bergantung pada kepada kandungan mineral organiknya di mana kawasan bungaan koloni lebah itu sendiri adalah berbeza mengikut kawasan. Contohnya di Malaysia, lebah hutan mengeluarkan madu oren tua atau kehijauan dan kehitaman berbeza dengan lebah ternak madunya berwarna kekuningan.

Selain dari madu, hasil lebah yang lain juga perlu diketahui akan jenis dan khasiatnya. Mengamalkan memakan Madu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang harus diamalkan sebagai makanan harian bukan sekadar untuk khasiat dan kesihatan tetapi juga untuk mendapatkan pahala sunnah. Selain itu, madu lebah adalah sebagai makanan tambahan untuk kesihatan yang terbukti sejak berkurun lamanya.

Sarang Lebah

Hasil Dari Lebah

Madu lebah adalah bahan utama dihasilkan lebah madu dan mengandungi pelbagai khasiat sebagai makanan tambahan untuk manusia seperti yang telah tercatat dalam Al-Qur'an, Surah An Nahl, ayat 69 ini.

Madu

Sumber tenaga & stamina, meningkatkan metabolisma tubuh, ajen antioksidan, melancarkan peredaran darah, sistem pencernaan, membaiki sel-sel, kecantikan kulit, awet muda, haid tak teratur, tenaga batin, merawat luka, dan lain-lain.

Madu asli juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit kronik seperti barah, lemah jantung, batuk kering, darah tinggi, asma, penyakit berkaitan perut, usus, buasir dll.

Juga baik untuk penyakit ringan seperti batuk, alahan, pening kepala, sakit sendi, pinggang, mata, gastrik, letih, sukar tidur, resdung, haid, rambut gugur, dll.

Propolis

Sejenis damar (resin), yang digunakan lebah untuk menutup 'bilik-bilik' koloni sarangnya berbentuk segi enam itu dari serangan bakteria dan virus. MasyaAllah.. hebatnya makhluk Allah ini.. Damar inilah yang dipanggil Propolis berfungsi membunuh kuman yang boleh merosakkan kandungan dalam sarang lebah.

Propolis dikatakan sebagai antibodi, antibakteria, antivirus yang sangat mujarab membunuh mikro organisma seperti bakteria, virus, kulat. Oleh itu Propolis sangat baik dalam melawan penyakit berkaitan kuman seperti luka-luka, penyakit resdung, pemyakit berkaitan virus dan seumpamanya. Propolis juga sangat baik untuk penyakit-penyakit selain dari itu juga.

Royal Jelly

Royal Jelly atau Jeli Raja berwarna putih adalah makan utama Ratu lebah. Perlu diketahui sekali lagi bahawa Ratu lebah adalah seekor lebah yang memiliki darjat tertinggi dalam suatu koloni lebah dan terdapat lebah pekerja khas yang setia membawakan Royal Jelly untuk ratunya bagi menghasilkan benih-benih anak lebah. Ratu lebah ini juga akan terus hidup lebih lama hingga 5 tahun (atau lebih) berbanding riwayat hidup lebah pekerja sekitar 45 hari.

Royal Jelly merupakan makanan paling lengkap dan yang terbaik dan membuktikan betapa besarnya Kekuasaan Allah S.W.T. menganugerahkan kelebihan lebah yang mampu 'menghasilkan' makanan terbaik untuk manfaat manusia. Royal Jelly mengandungi segala macam zat dan mineral lengkap yang diperlukan oleh tubuh seseorang manusia. Maka amatlah rugu andai kita tidak dapat mengambil manfaat darinya.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An Nahl ayat 69: "(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)." Boleh jadi ayat ini menerangkan bahawa Royal Jelly inilah yang berlainan warnanya iaitu putih berbeza dengan madu.. dan Allah menyatakan secara jelas ianya mengandungi PENAWAR bagi manusia.

Pollen (Debunga)

Pollen atau Bee Pollen adalah debunga dari aktiviti lebah pekerja yang mencari madu dari puluhan hingga ratusan bunga setiap hari. Amat menakjubkan apabila diketahui bahawa lebah juga mengumpulkan debunga atau Pollen bukan sekadar tidak sengaja.. tetapi ianya adalah ilham dari Penciptanya, Allah S.W.T.

Pollen berkhasiat untuk meningkatkan kecerdasan dan IQ, awet muda, diet menurunkan berat badan, mencegah barah, tenaga batin, menopos, ketidaksuburan, kolesterol, arthritis, diabetes, tekanan darah tinggi, anemia, asma, saraf, gangguan prostat dan barbagai lagi.


Bisa Lebah

Boleh dimakan tapi mestilah kena caranya. Baik untuk saraf dengan membantu mengaktifkan urat saraf bagi yang berpenyakit saraf seperti penyakit Stroke. Selain baik untuk saraf, itu juga bisa lebah baik untuk penyakit rheumatism, HIV dan beberapa lagi yang sedang dalam kajian. Antara artikel menarik untuk dibaca berkaitan kajian Bisa Lebah, HIV & Pengesan Bom.

Lilin Lebah

Lilin lebah juga boleh diambil manfaat selain dibuat lilin, sabun, merawat resdung, krim perubatan, produk kesihatan, kecantikan, & kosmetik, juga sebagai makanan bersama roti, untuk mencegah karat.

Sarang Lebah

Boleh dimakan seperti chewing gam. Memberikan tenaga.


Pupa - Anak Lebah

Pupa, anak lebah adalah suci boleh dimakan, cuma mungkin saja kita yang tak sanggup nak telan. Dipercayai baik untuk kesihatan.


Apiterapi

Apiterapi adalah kaedah perawatan menggunakan lebah sebagai teknik akupuntur.



Khasiat Madu Untuk Kesihatan.


Sesiapa yang menjilat madu dengan 3 kali jilat (madu) kita akan sihat, insyaAllah.
Madu memelihara perut dari penyakit dan membantu sistem pencernaan. Sangat baik untuk mereka yang selalu mengalami masalah pemakanan terutama masalah perut akibat makanan yang mengganggu perut.

Madu bertindak balas dengan membuang toksik dalam badan.
Madu juga akan menjadi perisai kepada tubuh dari serangan bakteria serta racun.


Tips Berkaitan Madu

Pemakanan madu untuk perubatan kadang kala akan memberikan suatu rasa seperti ketidak selesaan. Sebenarnya ia adalah suatu tindak balas positif madu yang sedang menyahtoksidkan benda asing dalam tubuh iaitu proses rawatan sedang berlaku.
Pengguna tidak perlu risau andai ada rasa seperti pening, sakit perut, dan lain-lain. Teruskan mengambil madu secara tetap kerana insyaAllah madu tidak akan memudaratkan kesihatan sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w. memakan madu dan menyarankan kita mengamalkan madu.

Cara Makan

Untuk mendapatkan khasiat terbaik cara memakan madu untuk kesihatan tubuh badan, hendaklah diketahui cara terbaik menggunakannya:

  1. Makan madu secara terus tanpa dicampur dengan makanan lain.
  2. Makan madu dengan air, iaitu membancuh air suam dengan 2 sudu madu.
  3. Sebaiknya makan madu ketika subuh.
  4. Makan madu 2 sudu pagi, 2 sudu malam.
  5. Minum banyak air sebagai ajen penggerak kepada madu untuk khasiatnya dapat dibawa keseluruh sistem tubuh badan.
  6. Amalkan memberi madu kepada anak-anak kecil seawalnya anak masih bayi dengan memberikannya sedikit pada jari dan biarkan bayi anda menghisapnya.

Mengenal Madu Asli

Antara kaedah mengenali Madu Asli, tuangkan madu tersebut perlahan-lahan ke dalam gelas berisi air, ia tidak akan bercampur terus. Madu asli akan jatuh terus ke dasar gelas tanpa melarut. Apabila dikacau barulah ia akan larut bersama air.

Madu Hutan atau dikenali juga Madu Lebah Tualang, dari spesis lebah hutan tropika menghasilkan madu berwarna gelap atau kehijauan. Dikatakan lebah hutan mencari bunga-bungaan hutan yang berbagai jenis tidak diketahui sumbernya. Namun hasil madu dari lebah hutan ini amat berkualiti dan bersifat herba. Madunya mengandungi 18% - 22% air kerana sumber tumbuhan hutan mengandungi cukup air, berbeza dengan madu dari negara panas atau kurang hujan. Sementara madu lebah Asia Barat atau kawasan panas lebih kekuningan atau keemasan kerana bunga-bungaannya yang lebih kering. Begitu juga madu lebah ternak lebih cerah kerana sumber bunga yang tidak pelbagai dapat diperolehi oleh lebah ternak.

Bagaimanapun madu yang terbaik untuk kita sebagai pengguna adalah madu lebah tempatan. Sesuai dengan kurniaan Allah S.W.T. yang memberikan lebah bagi kawasan setempat untuk kegunaan manusia yang hidup di kawasan tersebut. Contohnya lebah di negara Arab lebih sesuai untuk masyarakat Arab di sana dan lebah Malaysia sesuai untuk rakyat Malaysia. Tetapi bukanlah bermakna kita tak boleh makan madu dari negara lain. Wallahu'alam.

1 comment:

  1. I've used Kaspersky protection for a few years now, I'd recommend this Anti-virus to you all.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.