About
Peribadi
Muzik
dulu aku ni kira rock gak laa, melayan hiburan spt iron maiden, korn, hardcore lines spt fear factory, rammstein, funky & hiphop pon layan spt bloodhound gang, cypress hill, pernah juga terpengaruh dgn punk & skinhead trend, dll.. tp dlm masa yg sama aku layan juga muzik evergreen spt deep purple, rainbow, pink floyd, dll.. ahh tu kalau nak diikutkan zaman 'dark age' laa sebelum cara hidup bertamadun mula meresap dlm diri aku..skg minat aku pon dah slowly faded dari muzik² mcm tu ke spiritual, pengisian rohani lebih aku suka, lebih peace seriusly.. yaa aku layan beberapa alunan nasyid yg ada touch feeling.. serta alunan zikrullah yg pernah buat air mata mengalir (walau aku tak faham makna) ahaha.. dari alunan zikir ust. badrul amin, (allyrham) ust. asri, ust. shazly, ustaz amaludin, dll.. (owh aku bnyk dosa, sgt bnyk).
Tahun Hijrah
alhamdulillah, Allah memilih aku antara hamba²Nya dipimpin untuk berhijrah dan aku sedang (serta masih terus berusaha) berhijrah dari jahil, fasik, munafik (aku harap sifat yg ni takde pada aku, waiyazubillah) ke perjalanan mengharapkan keredhaanNya.. dan melalui blog ni insya'allah aku cuba menyampaikan apa yang menjadi kewajipan bagi aku sampaikan sebagai memenuhi seruan baginda Nabi s.a.w.."Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat"
Dalam Kubur
satu ketika aku berasa sangat takut atas dosa² aku dulu.. pernah beberapa kali aku terasa masa nak tidur, tiba² aku sedang berada dalam liang lahad, baru dikebumikan, tunggu kedatangan malaikat dgn perasaan yg tak dpt nak digambarkan takut yg teramat walau hanya 2 saat jer aku terasa dalam sana dlm keadaan separa sedar..sejak perkara tu berlaku beberapa kali, aku dgn keinginan yg kuat walau terasa sangat berat mcm dah terbelenggu dgn rantai atau tembok konkrit yg menghalang aku dari menghadap Allah Tuhan Sekelian Alam, akhirnya aku dapat juga sujud kepada Allah.. mohon ampun dan berazam untuk kembali kepada Allah, dgn mohon Allah bantu aku bagi kekuatan utk aku berubah sepenuhnya, walau ambil masa dari sebulan ke setahun.. insyllh aku cuba utk terus istiqamah..
Quit
alhamdulillah, dalam masa setahun aku dapat hadir ke masjid berjemaah walau hanya solat maghrib-isya'.. hiburan, muzik, tv bukan lagi santapan aku, kecuali paparan bermanfaat.. dalam masa 2 tahun aku berhenti terus dari ganja, yaa aku dulu penghisap (lite smoker) dan skg aku bebas ganja (tlg jgn bgtau org lain ek' ;).. dan dalam masa 3 tahun aku berjaya berhenti pula dari rokok, alhamdulillah.. aku dulu perokok tegar, (susah nak berhenti ok).. harap² aku tak kembali merokok semula seperti mereka² yg aku tgk dah berhenti merokok lebih dulu dari aku, tp lama² kembali semula merokok ada juga yg beralih ke e-cigarette pulak (rokok pakai bateri) 3..Blogging
personal site
walopon competition skg sgt sengit, tp peluang tetap ada sebab wujud kepelbagaian niche yg kdg² ntah tak pernah dengar punya topik dah jd trend baru..
Blogspot
kemudian lepas aku yakin akan kebolehan aku dlm blogging dan tahu sedikit bab coding, aku berjaya meng-establish-kan official blog kerja² aku (bukan blog yg anda baca ni) masa tahun 2007 dlm satu niche khusus aku share utk pengguna² luar sana yg aku rasa mungkin berminat dgn topik tersebut.. maaf aku tak boleh bgtau pasal blog tu, sorry ek'..
WordPress
akhirnya atas sebab² masalah teknikal dan berfikir² untuk upgrade, dlm tahun 2010 blog yg berplatformkan blogspot tu aku migrate ke wordpress selfhosted dengan domain name.. sebenarnya aku beli shared hosting with unlimited features, sebab aku yakin kemampuan make money with blog yg ada pada blog tu mampu tanggung hosting aku tu nanti.. alhamdulillah.. google adsense sgt membantu bukan stakat tanggung hosting jer, tp income aku juga bertambah dan graf revenue tu makin naik dari bulan ke bulan seiring dgn visitors blog aku tu..
Joomla
Yaa aku pernah trial & error guna joomla juga.. basicly sama jer mcm platform blogger & wordpress (CMS) style, cuma berbeza dari beberapa sudut, istilah spt widget dipanggil module, dll.. tapi sebab joomla ni tak semeriah WP, jadi aku fokus kpd WP utk main blog aku sana..
Affiliate program
sejak 2004 lagi aku mula belajar secara tak formal pasal affiliate ni, salah satu cabang make money yg dikatakan di atas tadi.. aku dpt beberapa program yg menarik utk dijoin and make sale, istilah net marketingnye 'lucrative' hehe.. aku try, tp last² aku tak minat sebab nak kene promot, promot, promot, promot.. letih laa, dah macam MLM laa pulak..2nd blog
end up aku stick maintain adsense and keep on blogging sahaja.. dari situ aku kembangkan blog tadi ke servis / khidmat berkaitan blog tu (maaf tak boleh reveal,3rd blog
atas minat yg tinggi aku dlm berblogging (dan guest authors yg banyak membantu menghidupkan blog pertama & 2nd blog), aku berkesempatan membuka pula blog ke-3 masa tahun 2010 (aku dah register blog ni tahun 2009 tapi saja simpan dulu), kali ni aku guna semula blogspot yg dah lama aku tinggalkan tu dan aku buka topik baru iaitu tutorial, juga berkaitan dengan blog first tu.. blog ke-3 ni kira senang skit sebab contents memang aku dah ada cuma tinggal nak publishkan jer, tp aku buat slowly laa - 1 topik tutorial 1 post.. yg ni market oversea, bahasa org putih ahaha.. google translate kan ada ;)4th blog
inilah yg anda baca sebagai blog ke-4 ku.. satu²nye my very personal blog.. but not really personal laa, aku cuma mahu berkongsi perkara² bermanfaat dari info, tips, tech, utk aku khasnya dan utk semua amnya.. terutama perkongsian Islamik dari majlis² ilmu, utk orang² seperti aku sendiri dapat menjadi lebih baik dari kejahilan dan kefasikan yang dahulu, sila rujuk semula topik Tahun Hijrah di atas..insya'allah..
mindloading adalah apa yang aku amati, analisa, dan aku keluarkan semula dalam bentuk yang mungkin berbeza dari kamu.. masa ia tengah loading dalam mind, kita boleh proses dia sama ada (+) atau (-) atau (+/-) sebagai outputnya nanti..
it's up to you, its all in your mind..
If you are looking for a good contextual advertising company, I recommend you try Chitika.
ReplyDelete