Last Call Ibadah Qurban 2019, Murah & Mudah

Assalamualaikum.. Kepada sesiapa yang masih tercari² tempat untuk sertai Ibadah Qurban 2019, atau yang masih dok tunggu payment customer untuk nak sertai Ibadah Qurban 2019. Atau kepada yang masih tak sedar sekarang musim Ibadah Qurban.. sedarlah sekarang..

Mari sertai Ibadah Qurban 2019 yang masih dibuka, walau yang lain telah tutup penyertaan. Lebih² lagi di masjid² atau surau² tempat kita banyak yang dah tutup. Atau mungkin ada antara kita rasa tak mampu sebab tempat atau kariah sendiri harga di luar kemampuan anda, sebab harga lembu kambing di Malaysia memang standard 600 - 700 - 800 sebahagian, itu biasa. Sebab tu kalo ada yang nak join tempat lain sebab harga mampu milik, itu pon kira satu pilihan alternative, maklumlah gaji tak seberapa, lebih² lagi dekat area Lembah Klang ni.

Qurban 2019 Yang Murah & Masih Dibuka


Serantau Muslim




Dari : RM350
Tarikh Akhir : 11 Ogos 2019 (Raya pertama, Ahad)
Facebook : fb.com/pg/SerantauMuslim/about
Sertai di : qurbanmudah.com
.


Korban Haluan




Dari : RM320 kami sertai yg ni
Tarikh Akhir : 8 Ogos 2019 (Khamis)
Facebook : fb.com/pg/haluanmalaysia/about/
Sertai : korban.haluan.org.my
.


EZ Qurban




Dari : RM290 Hot!
Tarikh Akhir : 12 Ogos 2019 (Raya kedua, Isnin)
Facebook : fb.com/pg/ezqurban/about
Sertai : ezqurban.org
.

Murah kaw² dah tu kan RM290 tu.. Kalau anda rasa masih tak mampu tak tahulah, malu kepada Allah & Rasul SAW.

Semoga kita dipermudahkan oleh Allah untuk merebut ganjaran beramal di 10 Hari Awal Zulhijjah dan semoga Allah menerima ibadah Qurban yang kita lakukan.. aamiiin..


No comments:

Powered by Blogger.