Subconscious Mind

Subconscious Mind atau istilah bahasanya adalah Minda Separa Sedar ada yang memanggilnya Minda Bawah Sedar.. ada juga menyebut Alam Bawah Sedar.. ada juga menamakannya sebagai Alam Alpha. Namun walau apa pon yang anda sebut, semuanya adalah sama, iaitu Subconscious Mind.. Di sini saya lebih suka menyebutnya sebagai Minda Separa Sedar, lebih formal untuk bahasa melayu. Saya suka untuk berkongsi mengenai ilmu Minda Separa Sedar ini di sini.. walaupon saya bukanlah ahli atau pakar, apa yang disampaikan di sini hanya sekadar perkongsian dari perspektif saya sahaja.. anda bebas untuk bersetuju atau tidak.

Apakah Minda Separa Sedar

Pernahkah anda mendengarnya..? Kalau pernah, tahukah anda apa yang dikatakan tentang Minda Separa Sedar ini..?

What is the Subconscious Mind..? have you ever heard of it at the first place..? What is the purpose..? How does it effects our life..? Well, I just sharing some basic info with you even though I'm not the one who expert about this topic.. I just love to read about this magnificent knowledge, The Power of Subconscious Mind, and I like to share it here. Some infos that I got from a Certified Hypnotherapist, he also a Certified Trainer of subconscious mind training seminar that I knew, who was introduced by my relative. I've been involved few times with their seminars previously. Some other infos I gathered from books and internet as well.. Ok lets back to bahasa.. haha sorry coz my english is not so good but I like to practice writing in english though ☺

Ok kita mula dengan mengenali apakah Minda Separa Sedar itu..?

Minda Separa Sedar adalah suatu bahagian pemikiran atau fungsi otak yang sangat misteri (menurut saintis / psychiatrist), di mana sebahagian besarnya berfungsi:
  • mengawal (control), perjalanan sistem tubuh, fungsi organ-organ dari sebesar-besar organ hinggalah ke sekecil-kecil sel,
  • berinteraksi (interact & communicate) dengan seluruh sistem tubuh yang seterusnya membentuk tingkah laku, karekter serta tabiat,
  • menyimpan data-data memori yang sangat besar sejak kita dilahirkan lagi, berupa data pengalaman hasil dari input melalui 5 pancaindera kita sejak sekian lama semuanya tersimpan dalam 'bank memori'.
  • juga dikatakan sebagai 'Super Computer' pada diri seseorang manusia itu, yang sangat berkuasa untuk pelbagai tujuan.. hinggakan tiada komputer ciptaan manusia sehebat mana sekali pun mampu menandingi kehebatan Minda Separa Sedar ini.

Minda Sedar vs Minda Separa Sedar

Kalau Minda Separa Sedar ini fungsinya di otak, apakah pula peranan akal fikiran..? Adakah akal fikiran berada di dalam Minda Separa Sedar ini..?

Ok, pernahkah anda mendengar bahawa manusia hanya menggunakan 10% sahaja dari bahagian otak untuk berfikir (secara ilmiah). Ada yang mengatakan Albert Einstein hanya menggunakan 12% sahaja otaknya untuk berfikir. Memang benar, hanya 10%-12% sahaja dari bahagian otak yang diperuntukkan oleh Tuhan kepada manusia untuk berfikir secara waras.. walaupun anda seorang genius. Bahagian 12% yang kecil ini dipanggil Minda Sedar, Conscious Mind.. dan yang selebihnya, iaitu 88%-90% dari bahagian otak adalah Minda Separa Sedar.

  • Minda Sedar (Conscious Mind) - 12% bahagian otak
  • Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) - 88% bahagian otak
Adakah selama ini anda memikirkan anda dah guna hingga 12% penggunaan otak..? hahaha.. mungkin kita yg tak berapa nak genius ni stakat 4-5% jer kot ☺☻

Ok, untuk lebih mudah memahami mari kita lihat image ini sebagai perumpamaan betapa berkuasanya Minda Separa Sedar ini.
Teori Iceberg
(klik imej utk besarkan)
Lihat imej di atas dan bayangkan anda sedang berada dalam sebuah kapal / perahu di atas 'permuakaan laut', anda hanya mampu melihat seketul pulau ais yang putih di atas permukaan laut tersebut. Tetapi ketahuilah bahawa dibawahnya terdapat struktur yang jauh lebih besar dan lebih gagah..
[jadi jangan sesekali kapal / perahu anda cuba untuk melanggar iceberg ini, takut nanti jadi seperti Titanic ☺]

Ok sekarang bayangkan imej iceberg tersebut umpama otak kita / minda kita yang terbahagi kepada 2 bahagian, Minda Sedar (di atas permukaan laut) dan Minda Separa Sedar (di bawah permukaan laut). Kekuatan Minda Separa Sedar inilah yang banyak membantu manusia-manusia hebat seperti Albert Einstein, Thomas Edison (pencipta mentol), Leonardo da Vinci dan ramai lagi ahli-ahli pemikir dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang sangat rumit menjadi mudah dan creative. Ramai millionaire yang berjaya menggunakan kehebatan Subconscious Mind ini dalam perniagaan mereka.. dan berbagai-bagai lagi peranannya dikaji oleh sainstis dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Imej 'Teori Iceberg' ini selalu menjadi perumpamaan dalam bidang psikologi minda khususnya. Jadi sekarang harap anda dapat gambaran sedikit perihal kekuatan Minda Separa Sedar yang berada di bawah kesedaran kita sendiri. Apa yang kelihatan di atas permukaan laut itu hanyalah sebahagian kecil yang kita gunakan untuk berfikir, analisa terhadap penyelesaian masalah, dan sebagainya. Bagaimana kita mampu menggunakan keseluruhan 100% fungsi minda kita dalam menghadapi kehidupan yang cemerlang..?

InsyaAllah, ada rezeki nanti kita sambung dan berbincang lagi tentang peranan & fungsi Minda Separa Sedar ini.. wallahu'alam..


nota: Apa yang penulis share di sini adalah sekadar perkongsian dan pemahaman penulis serba sedikit, hanya untuk mengumpul maklumat serta menguatkan lagi pemahaman untuk diri penulis sendiri sahaja..

2 comments:

  1. Good info..Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. thanks for coming..
    thanks for reading..
    thanks for komen..
    : )

    ReplyDelete

Powered by Blogger.