Kaabah Sebagai Pusat Dunia


Ada apa dengan Kaabah..? Kaabah adalah suatu binaan atau rumah ibadah tertua dunia, diriwayatkan telah dibina sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi, dan diperintahkan Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. untuk dibangunkan dan kekallah ia hingga hari ini.. wallahu'alam

Kaabah Pusat Tumpuan Dunia

Tiada tempat lain di dunia selain Kaabah di Makkah yang sentiasa dikunjungi manusia 24 jam setiap hari, datang menghadapnya dan bertawaf mengelilinginya. Baik di waktu Haji, Umrah atau waktu² lain.

Bayangkan kita mampu melihat manusia di bumi dari angkasa lepas, kita akan lihat berjuta-juta Muslimin di seluruh pelusuk dunia menghadap Kaabah ketika masuknya waktu solat secara berkesinambungan dari timur ke barat, utara ke selatan mengikut putaran bumi, melakukan solat.

Tahukah anda:
  • Hanya dengan memandang sahaja Kaabah, dapat pahala.. jadi kalau nampah kaabah pandanglah banyak²
  • Kaabah atau Baitullah terletak betul² dibawah Baitul Rahmah iaitu suatu tempat seperti Baitullah di langit yang menjadi tempat berhimpunnya para malaikat bertawaf tanpa putus²
  • Solat di Masjidil Haram 100,000 kali lebih utama (gandaan pahala) dari tempat lain, solat di Masjid Nabawi di Madinah 1000 kali dan Masjid Aqsa di Baitulmaqdis 500 kali.
  • Bahkan setiap ibadat di Masjidil Haram itu akan mendapat pahala 100,000 kali lebih berbanding tempat lain.. jadi tidak ke kita terasa ingin sampai ke sana (bagi yg belum)..?
Kaabah tanpa kelambunya. Ia hanyalah binaan sebagai tanda kedudukan kiblat untuk Muslimin di seluruh dunia menghadapkan diri ketika melakukan solat. Jadi perlaku itu akan menyatukan seluruh Muslim kepada satu titik - kiblat.. wallahu'alam

Kaabah & Golden Ratio 1.618

Apa itu Golden Ratio 1.618 ?
Ia adalah suatu kadar ukuran reka bentuk (design) kebanyakan unsur alam semesta ciptaan Allah. Untuk lebih memahami lihat video ni..


Kaabah atas perintah Allah dibangunkan bertepatan dengan kedudukan Golden Ratio 1.618, iaitu jarak antara:
  • Masjidil Haram (21.25N 39.49E) ke Kutub Utara (90.0N 0.0E) = 7,640 km
  • Masjidil Haram (21.25N 39.49E) ke Kutub Selatan (90.0S 0.0E = 12,362 km
    • jadi 12,362 / 7,640 = 1.618 Golden Ratio menegak yang tepat
begitu juga bila diukur secara melintang dan dari bucu ke bucu globe (peta dunia yang dihamparkan)

Kadar ukuran jarak Kaabah dari Kutub Utara dan dari Kutub Selatan adalah pada kadar 1.618 begitu juga kadar jaraknya dari timur dan dari barat menghampiri Golden Ratio. wallahu'alam..

Kaabah & Kompas Bumi

Kaabah juga dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. mengikut spesifikasi design khusus (bukan sembarangan) yang diarahkan oleh Allah S.W.T.
  • Keempat-empat bucu kaabah itu adalah mengikut arah kompas Utara, Selatan, Timur & Barat
    1. Utara - Rukun Iraqi
    2. Selatan - Rukun Yamani
    3. Timur - Hajarul Aswad (Tawaf bermula & berakhir di sini sebagai tanda lengkap 1 pusingan)
    4. Barat - Rukun Syami
New studies show Kaabah as the center of the world



Banyak lagi perihal rahsia disebalik keistimewaan Kaabah ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang dikongsi di sini hanyalah sekadar maklumat tambahan. Sedangkan perkara utama yang harus kita sebagai Muslimin pegang erat adalah Akidah dan Iman yang teguh kepada Allah, bukan ketaksuban kepada benda ciptaanNya atau binaan serta buatan tangan² manusia yang berupa idol.

Segalanya adalah milik Allah, hatta diri kita ini pon adalah milikNya, kita PASTI akan kembali juga kepadaNya untuk diperhitungkan, maka apakah bekal Amalan kita sudah cukup..?
wallahu'alam..


credit:
http://furqaniaacademy.com/English/QuestionAnswers/GoldenRatioofKaaba.htm
http://www.realclearworld.com/video/2012/07/24/new_studies_show_al-kaaba_as_the_center_of_the_world_.html

No comments:

Powered by Blogger.